Saturday, March 16, 2013

Ayam Susu (Chicken in Milk)


Teks: Aishah Hussein

Kali ini saya nak berkongsi resipi masakan Barat pula. 

Resipi ini saya dapat semasa menonton rancangan masakan Jamie’s Oliver.  Ianya sesuai dimakan untuk makan tengahari ataupun malam bersama nasi putih dan salad.  Proses nak sediakannya pun taklah susah mana.  Bahan-bahannya pun masih senang dicari.  Saya sendiri pun ubahsuai mengikut tekak orang melayu. Resipi ini sesuai untuk suri rumah yang perlu menyediakan masakan yang pantas dan sihat tapi enak untuk keluarga.   Bila dah masuk oven dah boleh buat kerja-kerja rumah lain.  Jangan lupa mencubanya ye!





Chicken in Milk
Bahan-bahan:
1 ekor ayam {Boleh gunakan whole chicken atau ayam yang telah dipotong}
garam secukup rasa
serbuk lada hitam kasar
½ buku butter / ½ cawan minyak {boleh juga gunakan minyak zaiton}
susu segar kotak
segenggam daun sage {sekiranya suka}
1-2 biji lemon
1 labu bawang putih
Cara-caranya:
1.        Panaskan oven 190C.
2.        Lumurkan garam dan lada hitam pada ayam yang telah dibersihkan .
3.        Panaskan periuk atau pan yang boleh dimasukkan ke dalam oven.
4.        Masukkan butter/minyak.
5.        Goreng ayam di dalam butter/minyak bukan untuk betul-betul masak tapi hanya sekadar menggaringkan bahagian luar sahaja.
6.        Keluarkan ayam ke dalam bekas sementara.  Buang minyak lebihan goring dan guna semula pan tersebut.
7.        Masukkan kembali ayam ke dalam pan.
8.        Ketuk bawang putih hanya untuk memecahkan dan masukkan dengan kulitnya sekali bersama ayam.{pastikan ianya telah dibasuh terlebih dahulu}
9.        Tuang susu segar ke dalam pan sehingga ke paras separuh ayam.  Tetapi jika suka kuah yang lebih boleh letak banyak.
10.     Perah lemon ke dalam pan tadi.  Jika suka masam boleh letak sehingga dua biji.  Dan jika suka boleh masukkan sekali kulit lemon ke dalam perut ayam atau jika guna ketulan ayam potong, letakkan sahaja di keliling ayam.
11.     Jika anda ingin menggunakan daun sage, boleh sumbatkan ke dalam perut ayam tersebut dan di sekelilingnya.
12.     Tambah garam jika suka.
13.     Bakar ayam selama 1 ½ jam atau sehingga ayam masak.
14.     Perahan limau akan membuat susu tersebut berketul dan menjadikan ianya sos ataupun kuah yang sedap.
Ayam ini sedap dimakan bersama nasi putih dan salad daun ketumbar {akan diberikan di dalam entri akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...