Sunday, March 17, 2013

Black Bottom Cheese Cupcake

Teks : Aishah Hussein
 
Semasa saya belajar di luar negara, kami pelajar-pelajar Malaysia kerap juga buat makan-makan, terutamanya pada Hariraya Aidilfitri.  Ada satu tahun tu, sahabat saya membuat jamuan hariraya, dan pensyarah yang rapat dengan pelajar Malaysia turut dijemput.  Salah seorang pensyarah yang datang  telah membawa sejenis cupcake sebagai buah tangan.  Bila saya rasa cupcake tersebut, saya memang terus jatuh cinta pada rasanya.  Lalu dengan bantuan sahabat saya itu, saya berjaya mendapat resipi cupcake tersebut.

Jadi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian resipi tersebut.  Terima kasih Mrs Mendes untuk resipi ini.


Black Bottom Cheese Cupcake
Bahan-bahan:
A.
250gm cream cheese
1/3 cawan castor sugar
1 biji telur

B.
1 cawan chocolate chip

C.
1 ½ cawan  tepung gandum
¾ cawan gula castor
¼ cawan koko
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam

D.
1 cawan  air
1/3 minyak masak
1 sudu besar cuka
1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
1.       Pukul semua bahan A sehingga rata.
2.       Gaulkan  chocolate chip ke dalam bahan A.
3.       Untuk bahan C.  Ayak tepung dan koko bersama baking soda.  Masukkan bahan-bahan yang lain ke dalam tepung tadi.
4.       Campurkan kesemua bahan D ke dalam bahan B tadi dan pukul sehingga rata.
5.       Isikan adunan tadi ke dalam mangkuk kertas cupcake sehingga 1/3 penuh.
6.       Tambah setiap mangkuk kertas cupcake dengan bahan cream cheese tadi.
7.       Bakar pada suhu 170C selama 30-35 minit.  Perlu diingatkan suhu dan masa untuk memasak bergantung kepada oven masing-masing.
Adunan menghasilkan lebih kurang 32 biji cupcake yang bersaiz M.

2 comments:

  1. alamak..terliur sudah tengok cup cake tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cmtu mazlen kena cuba resipi tu hihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...