Tuesday, September 23, 2014

Blueberry Streusel Muffin

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Pagi yang ceria. Dari jendela sudah kelihatan warna jingga matahari terbit. Walau belum menyinar sepenuhnya, kita sudah merasa yakin bahawa sinarannya pasti akan terpancar ke seluruh alam. Allahu Akbar. Meyakini sesuatu yang belum pasti namun apabila kita meyakini akan janji Allah, kita pasti akan merasa tenang. Datang atau tidak datang. Jadi atau tidak jadi. Semuanya milik Allah. Kita hanya mampu merancang dan berdoa. Yang selebihnya Allah yang merencanakan.

Terima kasih Allah atas segala-galaNYA.

H ari ini saya ingin berkongsi resipi muffin yang saya cuba semalam,  Blueberry Streusel Muffin .  Kata Cikgu Zaila, "kerlassnya nama".   Malam tadi makan muffin ini masih panas.  Memang sangat sedap.  Bukan puji masakan saya tetapi puji resipi ini :) Yang penting  keluarga suka.  Kalau tidak suka, jenuh saya nak habiskan.  Dengan kerangupan walnut dan keharuman bau kulit kayu manis, ia sangat membuka selera dimakan panas-panas.  Kalau nak tambah kolestrol lagi, letak butter sewaktu ia masih panas.  Mungkin bagi orang yang tidak suka dengan kulit kayu manis, boleh abaikan bahan ini tetapi bagi saya serbuk inilah yang membuatkan muffin itu lebih menarik selera.

Ok.  Bagi membalas kenyataan Cikgu Zaila.  Sebut namanya macam kelas gitu tetapi pada bahasa mudah nya  ia adalah topping rapuh yang diletakkan di atas muffin, roti, kek dan pai.   Yang saya pernah jumpa, ada yang diperbuat dari  tepung, mentega, dan gula dan ada yang terdiri dari gula, serbuk cinnamon dan kekacang seperti resipi muffin ini.  Dan ia berasal dari negara Jerman(dari internet).  Jadi kalau nak sebut tu sebut lah dengan slang Jerman.  Saya pun kurang pandai, cuma tahu makan aje.

Berbalik kepada cerita resipi.  Muffin ini teksturnya sangat gebu dan lembut.  Ia kategori muffin yang lembut. Sehingga ke pagi ini, walnutnya masih rangup dan tekstur masih lembut dan lebih lembap.  Yang saya boleh rumuskan di sini, ia lembut kerana resipinya menggunakan yogurt.  Dan cara membuatnya juga seperti membuat kek di mana butter dipukul bersama gula.  Jika muffin jenis berat, caranya hanya gaul bahan basah dan kering.  Terpulang pada selera masing-masing.  Boleh cuba kedua-duanya jenis dan rakan-rakan boleh dapat rasa perbezaannya.  Bagi saya pula, kalau mood malas menguasai diri, saya lebih suka buat muffin yang berat dan padat.  Ia lebih senang nak buat.  Tidak memerlukan sebarang peralatan membuat kek.  Cukup whisk dan senduk.  Muffin jenis ini, walaupun ia jenis yang berat tetapi teksturnya masih lembut dan lembap.

Pencinta Muffin, ini dia resipi.  Dalam resipi guna Blueberry.  Buah blueberry, malah jem blueberry juga sudah habis jadi terpaksa buat muffin biasa sahaja.  Lepas ini saya akan cuba dengan buah bluberry pula.  Tentu lebih sedap ada masam-masam buah.

Blueberry Streusel Muffin 




Bahan untuk Streusel 
100gm gula perang
67gm badam atau walnut
1 camca teh serbuk kulit kayu manis

Bahan untuk Muffin
115gm butter (unsalted)
100gm gula
50gm gula perang
2 biji telur
1/2 cawan yogurt
2 camca teh vanilla
220g all-purpose flour
1 camca teh baking soda
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh salt (tidak perlu ditambah jika gunakan salted butter)
1/4 cawan susu segar
250gm buah blueberry

Cara-cara:

Sediakan streusel terlebih dahulu
1. Campurkan gula perang, walnut dan serbuk kulit kayu manis di dalam satu bekas dan ketepikan dahulu.

Untuk Muffin
1. Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder dan ketepikan.
2.  Pukul butter sehingga lembut dan kembang.
3. Campurkan gula putih dan gula perang dan pukul sehingga putih dan gebu sedikit.
4. Campurkan telur sebiji-sebiji, vanila dan yogurt.
5.  Masukkan tepung dalam pecahan 3 kali.
6.  Dan akhir sekali masukkan susu segar.  Kacau menggunakan senduk pun boleh.

Sewaktu memasukkan ke dalam acuan muffin, masukkan dalam anggaran 1 sudu besar bancuhan muffin.  Kemudian letakkan steusel di atasnya dan tambah lagi dengan bancuhan muffin sehingga ia sama paras dengan kertas muffin.   Tambah lagi streusel di bahagian atas muffin tersebut dan bakar.

Bakar pada suhu 200C selama 5 minit kemudian turunkan suhu ke 180C (itu cara yang diajar.  Boleh ikut cara itu atau ikut kesesuaian oven masing-masing).
Resipi ini menghasilkan lebih kurang 12 biji muffin bersaiz sederhana.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...