Saturday, September 27, 2014

Ulasan Kelas Blog Bisnes - Umi Arbee

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Selesai membakar Congo Bar lagi.  Kek Carrot untuk jamuan malam ini sudah selesai dibuat malam tadi.  Maish lagi dalam proses menyiapkan artikel untuk majalah.  Banyak gangguan pula hari ini.  Biasalah buat kerja saat terakhir memang banyak dugaan :)

Sementara itu, rakan-rakan boleh baca dulu ulasan protege ABDR ya.

Ulasan Kelas Blog Bisnes
Guru Online : anys idayu zakaria
Protege : Umi Arbee
sumber : http://panduansuribekerjadirumah.blogspot.com/2014/06/bagaimana-menempatkan-diriblog-di.html

Bagaimana menempatkan diri atau blog di carian teratas?

Bismillah. Syukur Allah dengan kuasaMu.
Blog yang hampir setahun diusahakan berada di tangga pertama, mukasurat pertama untuk carian google kata kunci qaseh gold bangi. Jujurnya saya mendapat ramai customer alam maya melalui blog. Kata mereka..jumpa di google. Bagaimana lakukannya?

Pokoknya ialah:
♧Pokok nombor 1. Menulis tentang kebaikan qaseh gold, bukannya kehebatan atau nawaitu menjual semata-mata. Sebarkan kebaikan. Usah segan. Bukan anda seorang yang tidak tahu. Masih ramai yang tidak tahu. Ini salah satu contoh cara menerangkan mengenai kebaikan habbatussauda' yakni salah satu ramuan dalam qaseh gold.

♧Pokok nombor 2. Tajuk adalah sangat penting. Fikirkan tajuk yang dapat menarik minat pembaca. Tempatkan diri dalam kasut pembaca. Apa yang pembaca mahu tahu. Misalnya menyebut tentang qaseh gold, ia ialah produk makanan. Untuk menelan makanan melalui tekak masuk ke perut semestinyalah apa yang ingin diketahui ialah kandungannya. Letakkan tajuknya..kandungan atau ramuan qaseh gold.

♧Pokok nombor 3. Bercerita dalam penulisan kita. Elakkan promosi iklan misalnya jualan murah, beli 2 percuma 1 atau sementara stok masih ada secara terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan. Selitkan dengan cerita, nasihat atau tips yang berguna. Ini salah satu contoh cara bercerita perihal anak dengan menyelitkan iklan tonik rambut secara santai.

♧Pokok nombor 4. Jadilah lebih kreatif. Jangan sempitkan pada penulisan sahaja. Gunakan gambar yang menarik, audio atau video. Ini salah satu contoh cara menulis tentang qaseh gold menyokong penyusuan susu ibu dengan bantuan video.

♧Pokok nombor 5. Pertukaran link blog. Inilah untungnya bergabung dalam akademi. Setiap protege dan alumni wajib masukkan link sahabat akademi di blog masing-masing. Ini sangat-sangat membantu menaikkan blog kita. Walau bagaimanapun mesti rajin kemaskini blog.

Mahu tahu lebih jelas?
Mahu diajar dengan bimbingan cikgu?
Boleh hubungi saya.
Saya bermula sebagai anak murid akademi ini. Niat asal hanyalah untuk menghasilkan blog qaseh gold bangi. Setelah tamat belajar, cikgu menawarkan saya menjadi pengurus online akademi.
Saya terima kerana pokoknya:
♧tali ukhwah akademi ini sangat kuat.
♧saya gembira menjadi sebahagian dari akademi ini.
♧pengasas, cikgu dan sahabat banyak memberi tips mengurus masa dan rumahtangga dan lain-lain tips yang tak pernah terlintas di kepala.
♧pengurus online mampu menjana pendapatan 4 angka tanpa perlu keluar dari rumah.
♧cabaran bekerja di rumah jauh lebih hebat dari makan gaji, maka tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sama dengan kita.
|moga dipermudahkanNYA|


Thursday, September 25, 2014

Bijak urus masa WAHM

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Salam pagi Khamis.
Mulakan dengan Bismillah.  Selesaikan tugasan mengikut senarai.  Tugasan seorang WAHM tidak pernah ada noktah.  Walau tidak ke pejabat berebut dengan orang lain di atas jalanraya, seorang wahm juga sibuk seawal pagi sebelum subuh.  Malah ada juga wahm yang perlu keluar menghantar anak-anak ke sekolah kerana lokasi sekolah yang jauh dari rumah dan bila pasangan masing-masing tiada di rumah (saya lah tu hihi).  Andai tidak dibuat jadual harian, memang tidak akan selesai mana-mana tugasan.  Perasaan nak buat semua benda dalam satu masa akan ada.  Stres pula yang akan menghambati kita.  Jadi senaraikan 20 tugasan sebelum tidur.  Pagi esoknya rujuk senarai semak.  Tandakan setiap tugasan yang telah selesai.  Selesai tugasan, kita boleh ambil masa untuk rehat sebentar dalam keadaan tenang.



Saya kongsikan sedikit sebahagian dari penulisan Pn Masayu dalam ebook Super Wahm Super Mom

Apa seronoknya bekerja dari rumah. Saya senaraikan 8 kegembiraan berikut.
1. Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah
mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2. Saya masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak- anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3. Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yang ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

4. Bila-bila masa sahaja saya boleh ubahsuai soho saya. Ketika rajin menggebu menulis, saya boleh fokus menulis, ketika kanak-kanak riang mahukan perhatian, saya ubahsuai semula mengikut keperluan iaitu saya dan anak-anak masih boleh bersama dalam suasana yang kami sukai.

Bagi kalian yang ingin mengetahui cara rakan-rakan wahm menguruskan keluarga dan bisnes, boleh dapatkan ebook ini.  Banyak tips dan pengalaman dari mereka yang dikongsikan di dalam ebook ini.

Boleh klik sini untuk pembelian dan juga untuk dapatkan harga PROMOSI.
http://buku-online4u.blogspot.com/2014/05/pakej-ebook-101-idea-homebased-bisnes_1.html


Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.
Bergabung bersama kami 830 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam
Grup Coaching - Minggu kedua Oktober
Kelas Online - 12/10/14, Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com




Tuesday, September 23, 2014

Blueberry Streusel Muffin

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Pagi yang ceria. Dari jendela sudah kelihatan warna jingga matahari terbit. Walau belum menyinar sepenuhnya, kita sudah merasa yakin bahawa sinarannya pasti akan terpancar ke seluruh alam. Allahu Akbar. Meyakini sesuatu yang belum pasti namun apabila kita meyakini akan janji Allah, kita pasti akan merasa tenang. Datang atau tidak datang. Jadi atau tidak jadi. Semuanya milik Allah. Kita hanya mampu merancang dan berdoa. Yang selebihnya Allah yang merencanakan.

Terima kasih Allah atas segala-galaNYA.

H ari ini saya ingin berkongsi resipi muffin yang saya cuba semalam,  Blueberry Streusel Muffin .  Kata Cikgu Zaila, "kerlassnya nama".   Malam tadi makan muffin ini masih panas.  Memang sangat sedap.  Bukan puji masakan saya tetapi puji resipi ini :) Yang penting  keluarga suka.  Kalau tidak suka, jenuh saya nak habiskan.  Dengan kerangupan walnut dan keharuman bau kulit kayu manis, ia sangat membuka selera dimakan panas-panas.  Kalau nak tambah kolestrol lagi, letak butter sewaktu ia masih panas.  Mungkin bagi orang yang tidak suka dengan kulit kayu manis, boleh abaikan bahan ini tetapi bagi saya serbuk inilah yang membuatkan muffin itu lebih menarik selera.

Ok.  Bagi membalas kenyataan Cikgu Zaila.  Sebut namanya macam kelas gitu tetapi pada bahasa mudah nya  ia adalah topping rapuh yang diletakkan di atas muffin, roti, kek dan pai.   Yang saya pernah jumpa, ada yang diperbuat dari  tepung, mentega, dan gula dan ada yang terdiri dari gula, serbuk cinnamon dan kekacang seperti resipi muffin ini.  Dan ia berasal dari negara Jerman(dari internet).  Jadi kalau nak sebut tu sebut lah dengan slang Jerman.  Saya pun kurang pandai, cuma tahu makan aje.

Berbalik kepada cerita resipi.  Muffin ini teksturnya sangat gebu dan lembut.  Ia kategori muffin yang lembut. Sehingga ke pagi ini, walnutnya masih rangup dan tekstur masih lembut dan lebih lembap.  Yang saya boleh rumuskan di sini, ia lembut kerana resipinya menggunakan yogurt.  Dan cara membuatnya juga seperti membuat kek di mana butter dipukul bersama gula.  Jika muffin jenis berat, caranya hanya gaul bahan basah dan kering.  Terpulang pada selera masing-masing.  Boleh cuba kedua-duanya jenis dan rakan-rakan boleh dapat rasa perbezaannya.  Bagi saya pula, kalau mood malas menguasai diri, saya lebih suka buat muffin yang berat dan padat.  Ia lebih senang nak buat.  Tidak memerlukan sebarang peralatan membuat kek.  Cukup whisk dan senduk.  Muffin jenis ini, walaupun ia jenis yang berat tetapi teksturnya masih lembut dan lembap.

Pencinta Muffin, ini dia resipi.  Dalam resipi guna Blueberry.  Buah blueberry, malah jem blueberry juga sudah habis jadi terpaksa buat muffin biasa sahaja.  Lepas ini saya akan cuba dengan buah bluberry pula.  Tentu lebih sedap ada masam-masam buah.

Blueberry Streusel Muffin 




Bahan untuk Streusel 
100gm gula perang
67gm badam atau walnut
1 camca teh serbuk kulit kayu manis

Bahan untuk Muffin
115gm butter (unsalted)
100gm gula
50gm gula perang
2 biji telur
1/2 cawan yogurt
2 camca teh vanilla
220g all-purpose flour
1 camca teh baking soda
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh salt (tidak perlu ditambah jika gunakan salted butter)
1/4 cawan susu segar
250gm buah blueberry

Cara-cara:

Sediakan streusel terlebih dahulu
1. Campurkan gula perang, walnut dan serbuk kulit kayu manis di dalam satu bekas dan ketepikan dahulu.

Untuk Muffin
1. Ayak tepung bersama baking soda dan baking powder dan ketepikan.
2.  Pukul butter sehingga lembut dan kembang.
3. Campurkan gula putih dan gula perang dan pukul sehingga putih dan gebu sedikit.
4. Campurkan telur sebiji-sebiji, vanila dan yogurt.
5.  Masukkan tepung dalam pecahan 3 kali.
6.  Dan akhir sekali masukkan susu segar.  Kacau menggunakan senduk pun boleh.

Sewaktu memasukkan ke dalam acuan muffin, masukkan dalam anggaran 1 sudu besar bancuhan muffin.  Kemudian letakkan steusel di atasnya dan tambah lagi dengan bancuhan muffin sehingga ia sama paras dengan kertas muffin.   Tambah lagi streusel di bahagian atas muffin tersebut dan bakar.

Bakar pada suhu 200C selama 5 minit kemudian turunkan suhu ke 180C (itu cara yang diajar.  Boleh ikut cara itu atau ikut kesesuaian oven masing-masing).
Resipi ini menghasilkan lebih kurang 12 biji muffin bersaiz sederhana.



Monday, September 22, 2014

Nostalgia KPP Shah Alam

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Hari ini perlu selesaikan tempahan cookies untuk raya haji.  Pelanggan ini memang selalu ulang oder.  Syukur kerana walau tidak pernah promo tetapi Allah bagi aje rezeki.

Hari ini juga Allah bagi kejutan, terima wassap dari seorang rakan lama, Ana.  Zaman kanak-kanak remaja di KPP Shah Alam.  Banyak kenangan manis.  Zaman tengah nakal.  Salah seorang rakan sebilik, rakan rapat saya juga sudah pergi meninggalkan saya pada tahun 2004 akibat kanser paru-paru.  Kadang-kadang bila duduk termenung, teringat pada rakan sebilik. Selalu juga teringat pada Ana.  Nak telefon, no telefon sudah hilang bersama telefon lama dulu-dulu.  Mujurlah no telefon saya masih disimpan di dalam telefon Ana.  Banyak soalan dan jawapan yang bertukar di antara kami.  Maklumlah, sudah berbelas tahun tidak berjumpa dan tidak berhubung.

Sekarang masing-masing sudah jadi ibu-ibu belaka.  Anak-anak sudah umur belasan tahun.
Andai dapat dikembalikan zaman silam, banyak yang kita ingin lakukan perubahan.  Tetapi pada hakikatnya perkataan kalau/andai semua itu tiada dalam kamus lagi.  Jadi terus pandang hadapan dan maju ke hadapan.  Yang sudah berlaku, biarkan ia menjadi penyebab untuk kita berubah ke arah kebaikan pada hari ini dan masa hadapan.

Ok sambung lagi di lain entri. Perut sudah lapar.  Isi minyak dulu kemudian sambung membakar cookies.

Saturday, September 20, 2014

Manfaatkan cuti sekolah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.

Cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujung.  Kami tidak ke mana-mana kerana sebelum cuti sekolah, kami sudah bercuti pulang ke kampung membawa Along. Hari ini sempat bawa anak-anak pusing-pusing 'window shopping'.  Beli pun yang perlu sahaja, yang penting dapat bersama satu keluarga.

Cuti sekolah ini sempat mencuba beberapa resipi yang jumpa di internet.  Setelah mencuba Congo Bar,  Angah pula sibuk nak belajar buat Congo Bar.  Alhamdulillah, berjaya juga Angah hasilkan Congo Bar.  Dapat lah kami menjamu kawan-kawan si adik yang selalu datang bermain ke rumah terutamanya antara waktu Maghrib dan Isyak. (Sejak kebelakangan ini, si adik rajin ke surau bersama rakan-rakan.  Itu ajelah waktu dia dapat bermain dengan rakan-rakan memandangkan mereka bukan satu sekolah dengan adik).


Satu perempat bahagian diletakkan kacang Badam sebab ibu nak rasa sedap atau tidak.  Saya tambahkan dengan Butterscotch chip juga.  Sedap juga bila ditambah Badam tetapi Butterscoth membuatkan ia menjadi terlebih manis pula.

Hai.  Tak habis-habis Congo ya.  Sampai Cikgu Mona pun ingat nak pergi ke Congo.  Hi.hi.



Monday, September 15, 2014

Jom kita ke Congo

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  1 minggu sibuk dengan urusan tempahan dan persiapan untuk barang-barang Along balik ke Mesir.  Syukur, semalam Along sudah selamat sampai.  Masih jauh lagi perjalanan Along.  Moga dipermudahkan segala urusan.

Hari ini sudah bermula cuti sekolah.  Hanya rehat di rumah sahaja.  Selesaikan tugasan rumah dan tugasan online.

Ketika siapkan tempahan, masih sempat selitkan untuk buat Congo Bar.  Resipi ini saya rujuk di blog Kitchen Guardian dan juga dari seorang rakan 'baker'.  Dapat juga buatkan untuk Along bawa balik ke Mesir untuk kawan-kawan.  Banyak pula saya nampak rakan-rakan baker yang post gambar Congo Bar ni, timbul pula rasa ingin tahu rasa Congo Bar ni.  Kalau sedap boleh tambah dalam senarai pilihan untuk tempahan.

Congo Bar ini ada juga yang panggil 'Blondie'.  Jangan tanya saya kenapa.  Congo pun saya masih tercari-cari kenapa.  Tetapi rasa ia adalah antara rasa brownies dan biskut Coklat Cip yang liat.  Rasanya manis sangat bagi mereka yang tidak suka pada kemanisan.  Untuk budak-budak memang laku keras.
Kalau nak sedap boleh tambahkan kekacang seperti Pecan atau kepingan Almond.

Cara membuatnya sangat mudah. Cuba buat waktu cuti sekolah ni untuk anak-anak. Sekejap aje licin.

Congo Bar


Hasil gabungan dari kedua-dua resipi.

Bahan-bahan
2 3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
2/3 cawan butter
340gm gula perang
1 sk esen vanilla
3 biji telur
250gm coklat cip

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul butter dengan gula perang.
3. Masuk telur sebiji-sebiji. Kacau rata dan masukkan vanila.
4. Masuk tepung.
5. Masukkan coklat cip
6. Bakar dalam pan 10x10 atau 11x11.
7. Potong setelah sejuk.


Saja nak letak gambar kat sini.
Tempahan dari rakan tempohari. (Untuk rujukan Along dan Angah)

Tart telur

Tart buah

Monday, September 8, 2014

Penuhkan hari dengan tugasan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Setelah bercuti ke Kuantan mengikut en suami bertugas, hari ini saya kembali bersiaran di Shah Alam.
Hari ini perlu membeli stok untuk tempahan minggu ini.  Saya jadi cair bila ada kawan yang merayu nak makan tart telur :)

Minggu ini sedikit sibuk untuk persiapan tempahan dan juga mencari barang-barang untuk along bawa pulang ke Mesir.  Biasalah tu.  Balik Malaysia beg tidak penuh tetapi bila pulang ke sana, perut beg jadi kembung.

Bagi yang berminat untuk sertai kelas-kelas di ABDR, boleh aje terus PM ke inbox saya atau whatsapp.  Kalau boleh PM atau whatsapp sebab lebih mudah untuk saya berikan link yang berkaitan.  SMS ni agak terhad. Ok nanti saya sambung lagi.  Nak pergi cek stok apa yang tiada, kemudian terus keluar untuk ambil si adik dari sekolah.

Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.
Bergabung bersama kami 830 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 6 sept(shah alam) & 13 sept (Melaka)
Grup Coaching - 4 sept & 11 sept (Khamis)
Kelas Online - 8 sept(Isnin), dan 1 sesi untuk hari Ahad, 21/9/14
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...