Foto: Carian Google

Bukan senang untuk menyusun kembali dari catatan jawapan. Tetapi Alhamdulillah sesi temuramah berjalan lancar. Nantikan kemunculannya.
Sumber: Bab 3 super wahm super mom dapatkan di Buku Online atau
di http://buku-online4u.blogspot.com/
Tekanan urus rumahtangga
Pada mulanya memang sukar. Tekanan dengan kerenah 4 orang anak (dulu semua hantar taska). Saya perlu uruskan kerja rumah, siapkan tempahan, pentadbiran perniagaan dan nak menahan perasaan terperap dalam rumah. Saya menghadapi masalah kemurungan hampir enam bulan, alhamdulillah saya ada ramai sahabat seangkatan yang beri sokongan.
Dan sekarang selepas dua tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya sudah boleh sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir dua kali untuk menolak sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5.
Ya, saya masih tepuk dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang adalah kepuasan yang saya dapat. Tidak semua orang dapat merasa untuk dibayar bila hobi di rumah di samping anal-anak tersayang.
Perkongsian Noor Hidawati.
No comments:
Post a Comment