Tuesday, June 25, 2013

Tips Bisnes Makanan Dari Rumah

Teks: Aishah Hussein

Assalamualaikum sahabat-sahabat.  Maaf kerana lama tidak membuat entri.

Sejak dari minggu lepas, saya sangat-sangat sibuk menyiapkan tempahan cookies, brownies dan muffin untuk beberapa majlis kahwin dan bertunang.  Mujur ada pembantu yang dapat ringankan tugasan-tugasan di rumah.  Siang-siang membakar, bila malam nak buat entri mata pun dah layu.





Bisnes makanan dari rumah sebenarnya sangat-sangatlah mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak.  Sesiapa sahaja boleh lakukan, janji ada kemahuan.

Saya sendiri tidak memasarkan produk saya ke mana-mana.  Apa yang saya buat pada asalnya adalah membawa ke pejabat dengan niat  hendak menjamu kawan-kawan.  Tiada niat untuk berniaga. Tetapi setelah itu, kawan-kawan sudah mula menempah brownies dan cookies.  Sekarang pun, saya hanya lakukan suka-suka sahaja dan tiada niat untuk membuat bisnes secara besar-besaran.

Suri rumah yang bekerja sangat mudah untuk menjana pendapatan tambahan melalui bisnes makanan.  Cuba buat resipi-resipi yang kita rasa mudah untuk kita sendiri lakukan.  Banyak resipi-resipi di internet yang kalian boleh google dan cuba.  Cari resipi yang ada banyak komen positif. Buat sehingga kalian sudah rasa yakin, kemudian bawa produk tersebut ke pejabat, surau atau ke kenduri doa selamat.  Boleh juga diberi kepada jiran-jiran.

Dengan cara ini, kita dapat tahu terus komen-komen tentang produk kita.  Selalunya jika produk kita memang sedap, mereka pasti akan terus bagi tahu.  Jika ada yang betul-betul suka akan terus ingin menempah dengan kita.

Tetapi jika mereka makan dan hanya berdiam diri, kalian jangan cepat mengalah.  Cuba perbaiki lagi produk kita.  Mungkin ada tersilap di mana-mana ataupun cuba resipi lain pula.  Kalian harus kuat semangat dan cuba sehingga berjaya hasilkan produk yang disukai oleh orang lain bukan yang disukai oleh kalian sendiri.

Pernah ada pakar motivasi berkata "jika kita buka restoran dan jual lauk yang kita sendiri suka, baik tak payah buka restoran.  Sebabnya kita jual untuk orang lain beli bukan untuk kita yang beli.  Jadi masaklah makanan yang orang lain suka makan, bukan yang kita suka makan".

Saya doakan sahabat-sahabat di luar sana yang ingin mulakan bisnes makanan dari rumah diberi kekuatan untuk teruskan niat kalian.  Moga berjaya kerana sudah ramai mereka yang berjaya di luar sana.

Ikuti kisah pahit getir pengalaman usahawan-usahan dalam ebook 101 Idea Bisnes Makanan.


 pre-order sekarang dengan harga RM30

Tuesday, June 18, 2013

Membakar dan terus membakar

Teks: Aishah Hussein

Sudah 5 hari membakar secara konsisten. Hari ini baru terasa kepenatannya. Pagi-pagi selepas menghantar adik dan angah, balik rumah tidur kucing(cat nap) sekejap. Walaupun sekejap, rasa macam 1 jam, itupun terjaga bila bunyi loceng jam kejutkan masa untuk keluarkan tray cookies dari oven.

Ya, saya membakar cookies, bukan membakar sampah di kawasan terbuka ya. Alhamdulillah, pembantu saya yang baru sampai dari Mesir juga banyak meringankan tugasan saya di rumah. Terima kasih along yang membantu menyusun cookies di dalam tray dan balang.


Sudah lama sebenarnya, merindui kehadiran seorang sahabat perempuan di rumah. Asyik berborak dengan hero-hero aje. Sejak bergelar WAHM, bercerita dengan sahabat perempuan semuanya secara online. Whatsapp, sms, fb messenger semua itu menjadi penghubung saya dengan rakan-rakan baru dan lama.

Sebenarnya, semua itu juga menjadi penghubung saya dengan pelanggan. Suri rumah yang ingin tahu cara untuk memulakan bisnes dari rumah menggunakan blog dan fan page boleh pm saya. Tiada produk, kami boleh sediakan.

Singgah di kedai saya:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
http://buku-online4u.blogspot.com/

https://www.facebook.com/ZeeDonCollections 
https://www.facebook.com/MZSecretSoapSbg2


Friday, June 14, 2013

Lassi Mangga

Teks: Aishah Hussein

Semalam seharian penat menunggu along di KLIA.  Sampai di rumah lewat juga setelah bawa dia makan roti canai.  Itu yang dia teringin nak makan, kami layan aje lah.

Hari ini pergi mengambil keputusan peperiksaan si adik.  Sudah lama tidak keluar rumah waktu tengah hari begini, terasa betul panasnya di luar sana.  Bila panas-panas begini, teringat kepada minuman yang digemari oleh keluarga.

Di sini saya kongsikan resipi untuk membuat homemade Lassi Mangga.  Kalau di kedai-kedai mungkin harganya RM5 segelas, kadang-kadang mencecah RM8 di kedai mamak.  Lebih baik buat di rumah sahaja, satu jug dapat minum bergelas-gelas.



Lassi Mangga (Anggaran 4-5 cawan)
Bahan-bahan
1 bekas yogurt(tak kisah brand apa, tetapi guna yang perasa natural)
1/2 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
1/2 cawan jus mangga (beli yang pekat, yang saya selalu guna brand SUN di pasaraya Giant)
2 cawan susu
1 cawan air masak
Ketulan ais yang kecil




 Cara-cara:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam jug blender.  Pastikan blender dibasuh bersih agar tidak terasa pedas pula ya :-)
2. Masukkan ketulan ais dan putarkan 2-3 minit.
3. Tuang ke dalam gelas dan ia boleh diminum terus.

Cuba ya.  Memang sedap diminum waktu cuaca panas.  Kalau untuk keluarga saya, saya selalunya buat 2 kali resipi untuk satu jug besar.

Thursday, June 13, 2013

WAHM, rancang dan ambil kesempatan

Teks: Aishah Hussein

Beberapa hari ini sibuk menyiapkan tempahan cookies.  Masih lagi bersambung hari ini, tetapi hanya untuk setengah hari. Petang nak pergi ke airport menjemput along.  Tersangat lah rindu kepada anak yang seorang ini.

Sebenarnya dua tiga hari ini, selain dari sibuk, badan juga terasa penat.  Bila en suami berada di luar kawasan, tugasan menghantar dan mengambil itu yang membuat badan jadi penat.   Tetapi masih bersyukur kerana tidak perlu menempuh jam di dalam trafik lalulintas seperti dulu-dulu semasa masih bekerja.  Setiap kali saya pulang dari menghantar anak-anak, saya amat berterima kasih kepada Allah.  Mujurlah saya tidak turut serta bersama mereka bersesak-sesak ke pejabat.

Bila badan penat, masa ini memang terfikir nak panggil servis cuci rumah dan kain baju rasa macam nak hantar  dobi.  Sebenarnya, suri rumah juga layak untuk memanjakan diri.  Sekali-sekala apa salahnya mengambil servis sebegitu.  Sudah bekerja setiap hari, 7 hari seminggu, jadi sekali sekala beri upah kepada diri kita sendiri untuk mengambil cuti dan berehat.  Pergi ke spa atau saloon untuk servis mana-mana yang perlu.  Itulah untung menjadi WAHM, rancang bila nak kerja dan bercuti.  Cuti kita tidak perlu sama dengan orang bekerja.  Ambil kesempatan waktu orang pergi bekerja untuk kita membeli-belah.

Ok, saya perlu pergi sekarang untuk bersiap mengambil adik dan membeli stok bahan untuk tempahan.  Pagi-pagi macam ini orang tak ramai.

Pakej asas WAHM Soho masih lagi berlangsung hingga ke akhir bulan ini. Dapatkan 1 ebook percuma dengan membeli 2 ebook.  Panduan untuk persiapan menjana pendapatan dari rumah.  Bukan hanya untuk suri rumah yang tidak bekerja, tetapi juga yang masih bekerja dan ingin mencari pendapatan tambahan.


Tuesday, June 11, 2013

Idea untuk Doorgift

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google.

Projek doorgift masih berjalan.  Saya hanya buat yang ringkas dan mudah aje.  Belum mula packing lagi.  Cuma siapkan pembakaran dulu, minggu depan baru bungkus dengan pertolongan along. Esok buatkan brownies untu sahabat along yang teringin nak rasa brownies ibu.

Berbalik kepada projek doorgift, walaupun sampul cookie yang saya gunakan hanyalah yang ringkas sahaja, saya suka melihat  contoh-contoh beg cookie dan doorgift di intenet.  Banyak yang cantik-cantik dan boleh dijadikan idea untuk projek kalian.

Pemilihan sampul-sampul cookie untuk dijadikan doorgift perlu juga bergantung kepada bajet pelanggan ya.  Boleh pilih dari jenis plastik atau pun kertas.  Jika di Malaysia, plastik yang bercorak ada di jual di kedai-kedai bakeri.  Atau boleh google untuk cari kedai online yang menjual cello plastik untuk makanan.





Jika bajet pelanggan anda tinggi, boleh diletakkan di dalam balang kecil seperti di bawah.


Lagi idea-idea menarik doorgift.



 

Monday, June 10, 2013

Percutian sudah berakhir, set minda untuk kembali fokus

Teks: Aishah Hussein

Syukur hari ini kita dapat berjumpa lagi.  Setelah sibuk di hujung minggu kini kembali kepada rutin asal.  Cuti 2 minggu membuatkan badan ini sedikit liat untuk bergerak cergas menyiapkan kelengkapan anak-anak ke sekolah.  Ini sudah kira terbalik, emak budak pula yang liat, sedangkan anak-anak sudah siapkan segala beg-beg dari malam tadi.

Sebelum tidur malam tadi ibu sudah menyuruh adik setkan minda.  Selepas dia membaca semua surah yang telah dia hafaz, saya suruh dia beritahu pada diri sendiri, "esok saya mudah bangun solat Subuh.  Esok saya seronok untuk pergi ke sekolah".

Pagi ini memang adik mudah bangun Subuh.  Sampai depan tempat transit pun boleh terus keluar kereta ambil beg dan masuk dalam mandi.  Senyum manis aje muka adik hari ini.  Kalau tak selalunya muka mengantuk dan silap-silap haribulan ada sahaja kesilapan yang dicarinya setiap pagi.  Alhamdulillah pagi ini mood dia ceria.

Untuk ibu, pagi ini sudah set minda untuk siapkan mana-mana tugasan yang masih sangkut.  Dan projek doorgift masih berterusan.  Projek brownies sentiasa datang walaupun bukan setiap hari, saya bersyukur kerana Allah memakbulkan doa saya.  Apa yang saya doa, "Ya Allah, mohon kurniaMU agar diberikan rezeki dari segenap arah untuk segala hal dunia dan akhirat mengikut kemampuanku ya Allah, hanya engkau yang lebih mengetahui yang terbaik buat diriku". 

Saya tahu jika Allah memberi saya tempahan yang banyak, saya sendiri juga tidak mampu lakukannya kerana keadaan kesihatan saya.  Tetapi sesungguhnya DIA yang lebih mengetahui, jika dia memberi juga tempahan yang banyak, dia juga yang akan memberikan bantuan kepada saya.

In shaa allah, minggu ini juga Allah kirimkan bantuan tenaga kepada saya,  dari Mesir datangnya tapi bukan asalnya ya.  Saya harap dengan bantuan dia, saya dapat fokus kepada fasa akhir ebook saya sambil menyiapkan tempahan dan juga membuat penghantaran beberapa tempahan produk-produk yang lain.  Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.  Sahabat-sahabat yang menyokong dan turut mendoakan kejayaan saya, saya ucapkan terima kasih.  Moga kalian juga akan berjaya dunia akhirat.

Ebook 101 Idea Bisnes Makanan
Mula terbit secara rasmi 30 Jun 2013!

Pre Order sekarang hanya dengan RM30.
 

Friday, June 7, 2013

Tips gaya makan sihat

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Rezeki di mana-mana.
Malam tadi cajer laptop sudah buat hal. Malam tadi juga pergi cari tapi sebab model lama, terpaksa ke supplier juga.
Lepas siapkan bancuhan cookies, disimpankan ke dalam chiller, terus keluar mencari cajer sambil-sambil meronda di kedai buku Popular. Dah rambang mata si angah nak pilih yang mana.
Memang gedung ilmu di sini. Habiskan hari-hari terakhir cuti sekolah anak-anak dengan mencari bahan bacaan.
Kelam kabut balik solat Jumaat, jadinya anak-anak makan KFC sahaja.
Saya sebenarnya tidak begitu menggalakkan anak-anak memakan makanan segera.  Mereka hanya dibenarkan untuk makan KFC mungkin paling kerap pun hanya sekali sebulan.  Memang tidak dapat dielakkan, anak-anak memang suka dengan ayam.  Cuma bila disediakan di restoran segera, saya dapat rasakan minyak yang digunakan sudah berkali-kali digunakan untuk menggoreng.  Berapa kali kah minyak itu ditukar.  Dikhuatiri jika makanan sebegini selalu diberi kepada anak-anak, boleh meningkatkan kadar kolestrol dalam badan. 
Jika anak-anak inginkan ayam yang berperisa, buat sendiri di rumah.  Beli ayam dan goreng bersama tepung magik keluaran produk Muslim. 
Jika ikut gaya hidup sihat, minyak tidak boleh digunakan mengggoreng lebih dari dua kali.  Andai dilakukan, ia akan dicemari sejenis bahan yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kanser dan sakit jantung.  Selepas menggoreng ayam, jika minyak masih berwarna cerah, tapis minyak tersebut dan simpan di dalam bekas bertutup.  Jika minyak sudah berwarna gelap, buanglah minyak tersebut demi kesihatan keluarga kita.
Didiklah anak-anak untuk memakan makanan yang sihat lagi halal.  Seeloknya ajar mulakan dengan makanan sunnah seawal pagi seperti kismis, kurma, habbatus sauda, madu dan air zam-zam.
 

Wednesday, June 5, 2013

Talian Wahm di mana-mana

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah pagi ini bersiaran dari rumah.  Semalam seharian berada di perkampungan Pulau Pangkor. Talian agak lembab, tenggelam timbul.

Bila sudah bergelar WAHM yang paling seronok adalah bahagian pergi bercuti. Kebetulan semalam seorang sahabat menghantar message bertanya "seronok ke duduk di rumah?".  Ya seronok sebab nak cuti bila-bila masa aje, cuma bab nak cari duit tu kena sentiasa usaha.  Tidak macam dulu lagi, ada usaha ke tiada usaha ke, gaji tetap masuk hujung bulan.

Tetapi bila sudah bergelar WAHM ini, saya belajar banyak ilmu baru.  Baik dari segi bisnes online mahupun dari segi memasak.  Ada yang dapat dari online dan juga dari sahabat yang offline.

Kalau dulu tak ambil tahu pun pasal posting status di facebook.  Tetapi sekarang bila pergi bercuti sudah buat siap-siap dua tiga schedule posting di fan page.  Kemudahan applikasi di telefon bimbit juga banyak memudahkan bisnes online pada masa kini.  Ada page manager lah, fb messenger lah semuanya boleh digunakan di mana sahaja, janji ada talian internet.

Syukuri nikmat yang diberikan oleh Allah.  Moga dipermudahkan Allah kepada saya dan juga sahabat seperjuangan.
1. Pakej asas Wahm Soho masih lagi harga kasih sayang RM100 sehingga 15 Jun 2013.
    atau tempah di sini Borang Tempahan

2. Untuk pendaftaran kelas asas blog, penulisan dan fan page
    boleh mula daftar di sini https://www.facebook.com/messages/BukuOnline4U
   Yuran sebenar adalah RM180. 
   Harga kasih sayang adalah RM130 dan akan diberikan ebook asas blog untuk rujukan. 
  


3. Tawaran ebook pantang secara percuma juga masih berjalan sehingga 30 Jun 2013.
    Dengan pembelian mana-mana set kehamilan, berpantang atau set bersalin, anda
 akan dapat memiliki ebook 30 Tips sihat hamil & pantang secara percuma




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...