Sunday, March 31, 2013

Selagi ada peluang -31.03.13

Teks : Aishah Hussein
Fto: Carian Google 

Semalam, setelah pusing-pusing kota, petangnya saya habiskan masa saya bersama keluarga abang.  Namanya pun hari keluarga.  Sambil berborak-borak kosong dengan kakak ipar, banyak ilmu dan tips tentang bisnes yang saya saya dapat walaupun beliau hanya melakukan bisnes kecil-kecilan sahaja.  Pada pandangan kita sikit sahaja pulangannya tetapi rupanya sangat membantu meringankan beban kewangan keluarga.    Walaupun tiada kaitannya dengan bidang masakan tetapi berkaitrapat dengan bisnes secara amnya.

Ini pandangan dari seorang suri rumah yang banyak membantu menjana pendapatan untuk keluarganya.  Walaupun beliau suri rumah sepenuh masa, tetapi beliau bijak menggunakan peluang yang ada di sekeliling untuk menjalankan bisnes.  Sebenarnya banyak benda yang boleh dijadikan bisnes.  Cuma kena pro-aktif sama ada dalam mencari produk mahupun  mencari peluang.

Kongsi beliau, kita boleh mulakan bisnes secara kecil-kecilan.  Dengan modal yang sedikit kita boleh beli barang-barang secara pukal dan menjualnya dengan mengambil untung yang berpatutan.  Pesannya tak perlu ambil untung banyak, sekadar pulang modal dan tambah sikit  untuk mendapatkan untung.

Kelonggaran bagi pelanggan untuk membayar secara ansuran juga dilihat sebagai  satu jalan untuk mendapat duit belanja di hujung bulan.  Kalau bagi orang yang nak cepat dapat duit, memang nak masa tu juga duit, tetapi berbeza dengan beliau.  Bila kita bagi pelanggan bayar secara ansuran, tentunya mereka akan bayar pada hujung bulan.  Jadi di hujung bulan, kita juga seperti mendapat gaji tetap di hujung bulan.  Tetapi syaratnya  mesti pelanggan yang boleh dipercayai, kalau tak memang tak pulang modal lah nampaknya. 



Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti mahupun ke kursus-kursus usahawan, beliau mampu mencari pelanggan dengan mudah.  Sekali-sekala pergi minum-minum  di kedai-kedai atau warung. Niatnya bukan kerana nak membazir duit untuk saja-saja pegi minum, tetapi menggunakan peluang mencari sasaran pelanggan.  Sambil-sambil minum bertegur sapa dengan orang sebelah meja.  Dengan hanya membuka topik yang berkaitan dengan orang tersebut, dia sudah dapat menarik mereka dari kenalan menjadi pelanggan.   Soalan-soalan yang mudah-mudah sahaja yang digunakan.  Tinggal di mana.  Kerja mana.  Buat apa. Sambil-sambil tu hulurkan katalog atau pamphlet “Travel percutian sambil shopping di Bandung”.  Nanti pelanggan akan menyusul telefon, kalau bukan dia sendiri tetapi mungkin kawan-kawan dia.  Ini adalah salah satu teknik pemasaran offline yang saya bincang kan di dalam entri lepas. 



Saya sungguh kagum dengan semangat kental dia berniaga.  Walaupun bisnes yang dia buat itu hanya kecil-kecilan tetapi kerana semangatnya untuk menjana pendapatan tambahan untuk keluarga menjadikan dia seorang yang rajin menggunakan peluang yang ada di depan mata.

Saturday, March 30, 2013

Kursus Pengendalian Makanan

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google


Ada beberapa agensi-agensi swasta yang diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menawarkan kursus pengendalian makanan.    Antaranya seperti di bawah.  Saya akan cuba  kemaskinikan senarai ini kepada senarai yang terkini.








Pengendalian Makanan

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google 
  
Seorang pengendali makanan adalah pekerja yang terlibat di dalam aktiviti yang melibatkan makanan.  Ini termasuk pekerja yang terlibat di dalam aktiviti pengendalian seperti memproses, menyediakan seperti memotong dan memasak, menghantar makanan, dan yang mencuci premis serta peralatan.


Seorang pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan dan mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Jika gagal mematuhinya, boleh disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun. Semua pengendali makanan perlu mengikuti kursus ini hanya sekali seumur hidup dan boleh menjalani latihan tambahan untuk tujuan meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan mengikut keperluan. Namun begitu, pengendali makanan perlu menghadiri kursus semula sekiranya berlaku kejadian keracunan makanan dan premis tidak menepati syarat-syarat kebersihan.

Kursus pengendalian makanan akan merangkumi topic-topik berikut:

·      Akta Makanan 1983 & Peraturan Kebersihan Makanan 2009
·      Tanggungjawab Pekerja & Majikan
·      Kebaikan Mengamalkan Kersihan
·      Kebersihan & Keselamatan Makanan
·      Kualiti Makanan & Pencemaran Makanan
·      Agen Pencemaran; Penyakit Bawaan Makanan
·      Keracunan Makanan dan Pencegahan
·      Kawalan Sisa Buangan & Makhluk Perosak
·      Etika kerja: pencucian, pembasmian, kebersihan diri dan Premis
 
 
 Bayaran untuk kursus adalah murah dan hanya memerlukan 3 jam dari masa anda. 

Hari keluarga - 30.03.13

Teks : Aishah Hussein

Hujung minggu adalah hari untuk keluarga.  Cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujungnya.  Kami tidak ke mana-mana pun.  Kesian anak-anak.  Jadi hari ini, saya akan bawa mereka pusing-pusing kota.  Selamat berhujung minggu.

 Klik sini untuk pembelian - Buku Online
Atau emel terus ke noraisah.hussein@gmail.com untuk tempahan dan pertanyaan.


Friday, March 29, 2013

Pendaftaran premis makanan

Teks : Aishah Hussein

Untuk membuka premis makanan, ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.

Di dalam Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 dinyatakan semua premis makanan perlu didaftarkan agar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembungkusan semula apa-apa makanan itu dapat dijalankan.  Hanya premis makanan yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan untuk tujuan jualan sahaja diwajibkan untuk didaftarkan.

Antara soalan-soalan lazim yang saya petik dari sini:

1.  Saya menjalankan perniagaan katering di rumah. Maka wajibkah saya untuk mendaftar dengan Kementerian Kesihatan?

Anda wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan perniagaan katering termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.

2. Kami menyediakan perkhidmatan gudang makanan dan tidak menjalankan apa-apa aktiviti pemprosesan makanan. Mengikut Peraturan terbabit, adakah premis gudang kami dikehendaki berdaftar?
Anda tidak perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan tetapi perlu mematuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

3.  Saya menjual nasi lemak dan rojak dengan menggunakan kenderaan lori yang diubahsuai. Di bawah kategori manakah saya perlu berdaftar?

Anda perlu mendaftar premis dalam kategori kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.
4.  Syarikat saya hanya menjalankan perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan. Adakah saya perlu mendaftarkan Syarikat tersebut?

Anda tidak perlu mendaftar syarikat perkhidmatan pengangkutan / penghantaran makanan untuk pelanggan.
5. Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang itu gagal untuk mendaftarkan premisnya?

Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk mendaftarkan premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.
6. Berapakah yuran atau fi pendaftaran premis yang perlu dibayar?

Tiada yuran atau fi yang dikenakan bagi tujuan pendaftaran premis makanan.
7. Berapa lamakah tempoh pendaftaran sah dan adakah perlu diperbaharui?

Tempoh sah bagi sesuatu pendaftaran premis ialah selama tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Apabila tamat tempoh, pendaftaran premis perlu diperbaharui bagi membolehkan aktiviti penjualan makanan dijalankan.
Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk memperbaharui pendaftaran premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun. 
Banyak lagi soalan-soalan lazim yang boleh dijadikan panduan.  Sila ke pautan ini.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar premis anda.

Usahawan makanan bolen mendaftarkan premis mereka dengan menggunakan salah satu cara di bawah:
·       menggunakan aplikasi atas talian yang beralamat di http://fosimdomestic.moh.gov.my/
     
·       memuat turun Borang Pendaftaran Premis Makanan di laman web http://fsq.moh.gov.my/  (bahagian depan web & klik > BORANG )
  
·       mendaftar premis makanan di Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran

Harga Sebuah Persahabatan - 29.03.13

Teks: Nor Aisah Hussein

Persahabatan juga seperti pemasaran. Ada sahabat online dan juga offline.  Sejak 2 minggu lepas saya seronok kerana dapat mengenali beberapa kenalan online.  Kesemuanya hebat-hebat dengan pelbagai latar belakang.  Tetapi tidak bermakna saya akan melupakan sahabat offline.

Semalam beberapa sahabat rapat di pejabat membuat kejutan menghadiahkan jamuan makan tengahari yang eksklusif di hotel.  Tidak cukup dengan makanan yang enak, dihadiahkan juga kepada saya hadiah yang memang bertepatan dengan keperluan saya.  Sebuah jam tangan yang cantik yang saya rasa saya sendiri tidak akan membelinya.



Terima kasih kepada sahabat-sahabatku. Moga kalian akan kekal menjadi sahabat dunia akhirat.  Bukanlah jamuan yang mahal mahupun hadiah yang menarik untuk saya menilai persahabatan kami.  Tetapi masa yang kami habiskan semalam bersama-sama, itulah hadiah yang tersemat di dalam hati saya.  Bukan senang dapat keluar makan sama-sama, gelak-gelak tak perlu fikir pasal kerja.  Dan bukan hanya semalam saya hargai persahabatan kami tetapi sejak dari mula kenal lagi.

Semoga persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat.

Terima kasih Allah.

Thursday, March 28, 2013

Pemasaran Offline

Teks : Aishah Hussein

Di dalam entri sebelum ini, saya ada bincangkan apa yang dimaksudkan dengan pemasaran online dan kelebihannya.  Tidak dinafikan pemasaran offline juga memang diperlukan  untuk kejayaan sesebuah bisnes.   Pemasaran cara ini memerlukan belanja yang lebih dari pemasaran secara online.
                                          
Apakah Pemasaran Offline?

Apakah keburukan dan kebaikannya?

1.  Sebaran maklumat produk secara offline.boleh dilakukan dengan memberi pamphlet secara percuma.  Pamplet tersebut jangan lah terlalu fokus kepada bisnes.  Jadikan ia sebagai bahan menambah ilmu, contohnya meletakkan resepi atau tips yang berkaitan dengan produk tersebut.

2. Menggunakan kereta sebagai medium peromosi.  Letakkan stiker iklan pada belakang kereta. 

3.  Cuba jadikan pelanggan pertama kalian sebagai saluran untuk mendapat pelanggan kedua.  Testimoni yang baik dari pelanggan pertama akan menarik pelanggan-pelanggan yang seterusnya.

4.  Perlukan kedai dan ini melibatkan kos sewa premis dan juga gaji pekerja.  Di sinilah pemasaran offline sangat penting kerana kedai yang setempat hanya diketahui oleh penduduk setempat.  Perlukan sebaran maklumat yang betul betul hebat.  Perlu keluar berjumpa pelanggan sasaran untuk promosi.  Masa juga banyak terbuang dan ini tidak termasuk rejection dari pelanggan.

5. Kedai kebanyakan beroperasi dengan masa yang dihadkan.  Ia perlu ditutup.  Berbanding pemasaran online, kedai dibuka kepada pelanggan 24 jam. Perlu ada masa untuk ditutup.

6. Perlukan pekerja untuk menjaga kedai.  Keburukannya, kita mudah ditipu oleh pekerja yang tidak amanah.  Perlu sentiasa mengawasi kedai.  Kos untuk pengawasan CCTV juga perlu diadakan.

7. Berurusan jualan dgn pelanggan secara bersemuka adalah lebih ada sentuhan di hati.  Di sini boleh menambah kepercayaan pelanggan kepada kita.  Pelanggan juga boleh melihat sendiri produk  dan memegang atau merasa dan terus menilai mutu prodk.  Terutamanya produk seperti makanan.

8.  Tawarkan diskaun kepada grup yang tertentu, contohnya diskaun kepada pelajar.

Akan bersambung…mata dah tak boleh buka lagi…

Persahabatan Baru - 28.03.13

-->
Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Hari ini saya merasa sangat seronok kerana pagi tadi saya mendapat respon yang sangat baik dari usahawan di bidang makanan untuk tugasan menemuramah.  Salah seorangnya adalah usahawan bisnes roti. Rendah diri orangnya dan malu untuk berkongsi pengalaman katanya kerana masih baru.  Tetapi pengalaman dari usahawan kecil-kecilan inilah yang akan membantu suri rumah  yang masih buntu untuk mula bisnes di bidang ini.

Seorang lagi usahawan adalah seorang yang terkenal.  Seorang chef juga seorang penulis dan telah lama saya ikuti beliau di satu forum masakan secara senyap-senyap.  Sejak mula saya kenal dia iaitu di sekitar tahun 2004, sehingga sekarang peribadinya masih seperti yang saya kenal 9 tahun yang dulu.  Seorang yang sangat rendah diri dan  sangat-sangat terkesima saya bila beliau sendiri yang mengusulkan untuk berjumpa dengan saya di Shah Alam.  Kebetulan beliau akan berada di KL untuk shooting masakan beliau.  Jika diizinkan Allah, saya akan berjumpa beliau secara personal awal April ini.  Biarlah saya rahsiakan dulu siapa orangnya.  In shaa allah, andainya semua berjalan lancar, nantikan penampilan beliau di dalam ebook yang akan diterbitkan.  Saya hanya berusaha, semuanya ditentukan Allah.  Apa-apa pun terima kasih Allah kerana menemukan dengan sahabat-sahabat baru di alam maya ini.  


Bisnes "Pack Lunch" ke Ofis

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Setelah 22 tahun bekerja di ofis yang sama, saya dapat rasakan kebosanan untuk membuat pilihan menu makan tengahari.  Asyik-asyik makan nasi campur yang sama.  Bayangkan kedai yang sama, peniaga yang sama, malah kedudukan tray lauk pun sama.  Takkanlah setiap hari nak keluar cari makan kat tempat lain.  Nak keluar parking, balik nanti dah tiada tempat.  Lagipun cuaca selalunya panas di luar sana.  Jadi nak tak nak, beli bungkus dan makan di pantry.  Paling kurang sejuk sikit duduk dalam aircond.  Makan lah nasi campur yang sama ataupun order yang goreng-goreng.  Asyik-asyik Mee Kungfu, dah jemu tukar pulak Mee Sup.  Pedek kata dah habis lah senarai menu tu kami cuba.

Terpikir jugak saya kenapa tiada orang yang cuba untuk buat bisnes “pack lunch”  untuk pekerja-pekerja di ofis.  Apa yang perlu dibuat, hantar pamphlet yang ada pilihan menu ke ofis-ofis.  Menu tidak perlu menu yang hebat-hebat tetapi mesti sedap dimakan.  Buat masakan yang stail “home made”.  Di Kuala Lumpur ni memang laku. Contohnya pakej nasi, gulai nangka dan ikan goreng atau pakej nasi, ayam masak cili api dan sayur kobis.  Hantar menu di waktu pagi, dan ambik semula pesanan waktu petang.  Boleh juga tinggalkan nombor telefon pada pamphlet tetapi lebih baik jika kita sendiri yang datang berjumpa pelanggan.  Dengan ini dapat memberi keyakinan kepada pelanggan.  Dan yang penting harga mesti berpatutan.


Dalam seminggu, boleh cuba buat Menu Istimewa Minggu ini.  Contohnya, Nasi Briyani Kambing/ Ayam Goreng.  Atau sekali-sekala buat makanan barat seperti Sphagetti Oglio dan seangkatan dengannya.  Dengan itu pekerja yang sudah jemu makan di gerai-gerai depan ofis seperti saya dan kawan-kawan dapat juga menukar selera sekali-sekala.  Silap-silap terus jadi pelanggan kekal.
Pakej "pack lunch" boleh dibungkus di dalam polisterin, tetapi lebih elok diletakkan di dalam kotak  ataupun bekas yang boleh dipanaskan di dalam microwave.  Ini memudahkan pelanggan memanaskannya bagi mereka yang suka makanan yang panas.  Bila sudah berada di kawasan pejabat, kita boleh sms wakil dari setiap pejabat untuk mewar-warkan yang anda sudah berada di kawasan tersebut.  Jadi kita tidak perlu mengangkat semuanya ke atas.  Cuma jumpa di lobi atau tunggu di kereta yang diletakkan di kawasan berdekatan dengan pintu masuk bangunan.  In shaa allah, memang seronok punya pelanggan sekali-sekala dapat tukar selera.

Wednesday, March 27, 2013

Idea vs Masa - 27.03.13

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google 


Setelah hampir dua minggu menulis di blog, saya masih dapat rasakan susah untuk mencari idea untuk membuat entri.  Bagi orang yang sudah biasa seperti sifu, ada aje idea yang nak dicoretkan.  Kadang-kadang bila dah kelabu otak nak fikir mencari bahan untuk ditulis, terus seru sifu.  Alhamdulillah, terus cerah gambaran.

Lagipun sekarang dah mula kerja.  Kuranglah sikit masa untuk mengadap laptop tu.  Nasib baik sifu dah bagi tips untuk membawa ke mana sahaja buku catatan.  Teringat atau ternampak apa yang boleh memberi idea, catit dalam buku.  Jadi nanti ada masa masukkan ke dalam entri.

Sebenarnya bila menulis blog tanpa tunjuk ajar dari seorang guru, ketandusan idea akan membuatkan kita lama-lama malas untuk membuat entri.  Boleh lihat perbandingan blog lama saya sebelum berguru dan blog saya selepas mendaftar di kelas asas blog.

Ini blog pertama saya:  http://luvinbaking.blogspot.com/ 

Ini blog selepas berguru: http://aishah-hussein.blogspot.com/

Walaupun masih baru tetapi paling tidak saya sudah membuat lebih dari 20 entri.  Masih banyak yang ingin disampaikan tapi masa tidak mengizinkan.  In shaa allah..tunggu. Saya sedang menghitung hari…

Kelas Online Belajar Asas Blog-Pendaftaran Masih Dibuka!

Kalian akan belajar:

1. Belajar asas blog

2.Create blog (personal dan juga bisnes)



Selepas pandai, boleh buat seberapa banyak blog



3. Tips penulisan di blog



Bonus (bernilai RM75)

1. Ebook super wahm super mom
2. Ebook mula bisnes butik

Hasil akhir

-Sebuah ebook penulisan bersama.

Mengapa perlu ada blog

1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.

2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.

3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.



4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Bagaimana kelas diadakan?

-Kelas adalah secara online 

- Kelas adalah fleksibel mengikut masa kalian
-Tugasan diberikan namun ia adalah sangat mudah untuk diikuti.
- Tugasan penulisan dan tips penulisan, agar selepas 44 hari kalian sudah mahir dan mampu menjadikan informasi blog adalah sesuai dengan sasaran pembaca
-Perlunya blog yang berinformasi dan santai agar dapat membina kredibiliti sekiranya kalian seorang usahawan online.
-Juga boleh dijadikan platform untuk serius di bidang penulisan, mahu menghasilkan ebook atau buku.
- Analisa akan dibuat berdasarkan pendidikan, pengalaman, kemahiran minat dan matlamat yang mahu dicapai. Analisa ini akan menentuka blog apa yang paling sesuai untuk dimulakan memperkenalkan diri dan penjenamaan diri agar dikenali pembaca blog.
-Sudah tentunya kalian tahu, blog adalah salah satu pemasaran yang efektif disamping promosi di facebook.

Berminat?
Hubungi saya di sini Buku Online atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com


 Yuran sekarang adalah RM120, harga yuran akan dinaikkan selepas cukup 20 penyertaan dan yuran baru adalah RM150.  Tinggal 10 penyertaan lagi untuk kelas kedua ini.

 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...