Di dalam
entri sebelum ini, saya ada bincangkan apa yang dimaksudkan dengan pemasaran
online dan kelebihannya. Tidak dinafikan
pemasaran offline juga memang diperlukan
untuk kejayaan sesebuah bisnes. Pemasaran cara ini memerlukan belanja yang
lebih dari pemasaran secara online.
Apakah Pemasaran
Offline?
Apakah
keburukan dan kebaikannya?
1. Sebaran
maklumat produk secara offline.boleh dilakukan dengan memberi pamphlet secara
percuma. Pamplet tersebut jangan lah
terlalu fokus kepada bisnes. Jadikan ia
sebagai bahan menambah ilmu, contohnya meletakkan resepi atau tips yang
berkaitan dengan produk tersebut.
2. Menggunakan kereta sebagai medium peromosi. Letakkan stiker iklan pada belakang
kereta.
3. Cuba
jadikan pelanggan pertama kalian sebagai saluran untuk mendapat pelanggan kedua. Testimoni yang baik dari pelanggan pertama
akan menarik pelanggan-pelanggan yang seterusnya.
4. Perlukan
kedai dan ini melibatkan kos sewa premis dan juga gaji pekerja. Di sinilah pemasaran offline sangat penting
kerana kedai yang setempat hanya diketahui oleh penduduk setempat. Perlukan sebaran maklumat yang betul betul
hebat. Perlu keluar berjumpa pelanggan
sasaran untuk promosi. Masa juga banyak
terbuang dan ini tidak termasuk rejection dari pelanggan.
5. Kedai kebanyakan beroperasi dengan masa yang
dihadkan. Ia perlu ditutup. Berbanding pemasaran online, kedai dibuka
kepada pelanggan 24 jam. Perlu ada masa untuk ditutup.
6. Perlukan pekerja untuk menjaga kedai. Keburukannya, kita mudah ditipu oleh pekerja
yang tidak amanah. Perlu sentiasa
mengawasi kedai. Kos untuk pengawasan
CCTV juga perlu diadakan.
7.
Berurusan jualan dgn pelanggan secara bersemuka adalah lebih ada sentuhan di
hati. Di sini boleh menambah kepercayaan
pelanggan kepada kita. Pelanggan juga
boleh melihat sendiri produk dan
memegang atau merasa dan terus menilai mutu prodk. Terutamanya produk seperti makanan.
8.
Tawarkan diskaun kepada grup yang tertentu, contohnya diskaun kepada
pelajar.
Akan bersambung…mata dah tak boleh
buka lagi…
No comments:
Post a Comment