Thursday, June 18, 2015

Ramadhan pertama 2015

Teks: Aishah Hussein

Ahamdulillah.
Ramadhan Kareem.
Hari pertama Ramadhan.  Tadi si adik telefon dari rumah aciknya.  Bunyi suara ceria aje.  2 hari lepas, saya dan angah mengimbau kembali kisah adik menunjukkan kerenah hari pertama puasa ketika berumur 6 tahun dan 7 tahun.  Yang paling kelakar, siap boleh terbang terbaring di depan pintu dapur sambil menangis kerana Kak Long bertanyakan sesuatu kepada adik.  Macam-macam kerenah anak-anak.  Itu semua akan menjadi kenangan buat mereka bila dewasa kelak.

Alhamdulillah, adik sudah semakin matang.  Malam tadi aje buat-buat lupa bertanya,
"Esok pagi bawa bekal apa ya ibu?"
Ibu jawab aje, bawa lah brownies dengan salted caramel.  Nanti boleh pergi makan di kantin dengan rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Senyum aje adik.

Tahun ini, pemandu/pembantu saya tidak pulang bercuti.  Dia nak rasa beraya jauh dari keluarga tahun ni.  Selalunya Kak Long yang akan mengambil adik-adik dari sekolah tetapi tahun ini, terpaksalah saya yang merempit.

Alhamdulillah juga tempahan juga saya tidak ambil banyak untuk ramadhan ini.  Allah bagi peluang untuk luangkan masa bersama Al Quran dan kuliah-kuliah agama.  Dan bulan Ramadhan ini juga saya bersama seorang sahabat  sudah sertai kelas talaqqi Al Quran. Jadi bertambah padat sikit jadual.
Nikmat mana lagi yang ingin kita dustakan.  Tiada istilah jemu jika tidak bekerja.  Kita yang merancangnya dan Allah sebaik-baik perancang.

Saya doakan semoga kita sama-sama dapat mendidik hawa nafsu kita dalam bulan Ramadhan ini agar nafsu kita dapat membawa kita kepada keinginan yang lebih baik di sisi Allah bermula Ramadhan ini. Gunakan 30 hari yang Allah bagi ini sebaik-baiknya.

Untuk petang ini, seperti biasa untuk berbuka, saya hanya sediakan 1 menu asas dan ulam-ulaman dari kebun kecil saya.  Andai sempat tambah 1 jenis pencuci mulut.

Menu hari pertama adalah Ayam Bakar Susu. Boleh klik sini ya untuk resipi nya.
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ayam-susu-chicken-in-milk.html

atau untuk resipi lain klik label Resipi Ramadhan



Wednesday, June 17, 2015

Kemenangan bulan mulia

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Selamat datang Ramadhan.  Kita sambut bulan barakah ini dengan penuh kegembiraan.
Sudah siap checklist ibadah kita.
Bacaan Quran nya.
Solat sunat nya.
Qiamulail nya.
Selepas itu baru lihat
checklist senarai menu berbuka :)

Semalam ustaz Kamal menyuruh masing-masing tanya satu soalan pada diri kita, kenapa Allah beri kita peluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini.  Tak perlu bagi tahu pada sesiapa.  Fikirkan dan mahasabbah.
Bersyukurlah kerana Allah masih beri peluang untuk kita bertemu Ramadhan dan mengambil peluang ini pula untuk beribadat lebih baik dari hari-hari dan bulan-bulan yang sebelum ini.

Moga kita sama-sama mendapat kemenangan di akhir Ramadhan inshaallah.

Tuesday, June 9, 2015

Ahlan wa sahlan Ramadhan 1436H

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan.  Semua persiapan dan kelengkapan raya mesti sudah disediakan.  Bagaimana pula dengan persiapan Ramadhan kita.   Jom buat senarai semak untuk matlamat mencapai Ramadhan yang lebih baik tahun ini.  Bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga dalam bentuk kerohanian dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Ayuh kita jadikan Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ini.  Ahlan wa sahlan Ramadhan.  Aku ingin menemui engkau Ramadhan.  Moga Allah memberi rezeki pada kita untuk menjalankan ibadah di dalam bulan Ramadhan ini dengan lebih sempurna di mata Allah.

Saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca andai ada yang saya tulis di sini menyinggung perasaan semua.  Saya hanya manusia biasa tetapi saya inginkan pengampunan Allah.
Mari kita juga maafkan dosa orang lain moga dengan itu juga Allah mengampunkan dosa kita kepada Nya.


Wednesday, June 3, 2015

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage - Muhariyanti Che Mat

Teks: Muhariyanti binti Che Mat

Sumber : http://muhariyantichemat.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

DI SINI BERMULA
Minat untuk menulis memang ada. Impian untuk menjalankan perniagaan secara kecil - kecilan juga ada. Namun, tidak tahu bagaimana dan apakah cara yang mudah dan berkesan untuk seorang suri seperti saya. Justeru, pencarian dilakukan sehinggalah saya terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini. Tambahan pula, sahabat baik saya, Kizeewatty Zainal juga merupakan alumni ABDR yang mengambil kelas untuk melancarkan perniagaan online beliau. Melalui email, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Zaila Mohamad. Sangat kagum dengan beliau yang ketika itu mempunyai 4 orang cahaya mata tetapi masih mampu menjadi seorang WAHM dan guru online yang berjaya, saya terus mendaftarkan diri. Alhamdulillah, syukur.

KENAPA PILIH ABDR?
Saya berniat untuk menjalankan perniagaan online. Justeru, dengan bilangan alumni yang sebegini ramai, saya rasa saya mampu membina satu rangkaian network yang sangat baik menggunakan platform ABDR. Lagipun, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif dan berkesan. Dengan pelaburan sebanyak RM200, saya diajar untuk membangunkan sebuah blog dan fanpage sendiri. Menariknya, sebagai keluarga ABDR, saya akan dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai kelas sebelum ini.

Terdapat pelbagai jenis kelas dan pakej yang ditawarkan oleh ABDR dan tenaga pengajarnya juga ramai, anda boleh memilih guru yang anda suka. Kelas yang terbaru ialah Kelas Asas Blog dan Fanpage serta Beriklan di Instagram. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage bersama Puan Zaila (fb: Zaila Mohamad). Melalui pakej ini, saya diberikan 4 ebook iaitu:

1.            Belajar Asas Blog
2.            Super WAHM, Super Mom
3.            Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
4.            101 Idea Home-Based Bisnes

PERJALANANKU
Pada permulaan kelas, saya telah disuruh untuk membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya, tanpa paksaan. Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara online melalui facebook dan Whatsapp pada waktu pagi ketika anak masih lena diulit mimpi. Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog dan fanpage. Ia sangat berguna kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah cuba membangunkan blog sendiri tetapi gagal kerana tiada ilmu tentang blog.

Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Zaila dan dapat diselesaikan segera sekiranya beliau sedang online. Jika tidak, beliau akan memberi respon dalam masa kurang 24 jam. Kelas yang sangat fleksibel, bukan? Ada masa, buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan yang lebih penting. Tiada paksaan, tiada had masa. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah anda menghasilkan blog sendiri. Sangat menarik!

Sepanjang mengikuti kelas secara online, bermacam yang telah saya lalui. Ditegur, dimarahi, dinasihati, semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang pelajar, tidak boleh melawan cakap gurunya. Namun, puan Zaila sememangnya seorang yang sangat berfikiran terbuka dan memahami pelajarnya. Masakan tidak, mungkin saya satu-satunya pelajar beliau yang sangat liat dan pemalas, sehinggakan beliau selalu mengingatkan saya tentang tugasan yang perlu disiapkan. Tugasan yang hanya mengambil masa tidak sampai sejam, kadang-kadang seminggu baru saya selesaikan. Walhal sebagai seorang suri yang 24 jam masanya di rumah, saya sebenarnya boleh membuat tugasan pada bila-bila masa sahaja. Inilah yang dikatakan sindrom malas menggunakan komputer riba. Terima kasih buat guru saya puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya.

SEGALANYA BELUM BERAKHIR
Alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat digunakan sepanjang hidup saya sama ada sebagai WAHM ataupun SAHM yang berjaya. Semoga blog dan fanpage yang dihasilkan mampu mempromosikan perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Kepada sahabat-sahabat yang merasakan terbeban dengan taraf hidup yang semakin meningkat serta mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah langkah baru. Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah anda akan menyedari manfaat dan keberkesanannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...