Ahamdulillah cuaca pagi ini redup tetapi masih bersyukur di atas apa juga pemberian DIA.
Terima kasih Allah di atas segala rezeki yang KAU berikan. Rezeki yang Allah berikan walau datang dalam bentuk wang ringgit tetapi yang paling manusia hargai adalah rezeki kesihatan. Walau duit berkepuk tetapi jika terbaring di katil kesakitan, tidak membahagiakan juga.
Setiap hari doakan agar kita diberi rezeki yang berkat supaya rezeki itu walau datang dalam jumlah yang sedikit tetapi masih mampu digunakan untuk kebaikan dan amal ibadat. Mampu digunakan untuk membantu ibubapa dan keluarga. Mampu membayar zakat dan memberi kepada yang lebih berhak.
Saya juga manusia yang mudah lupa. Allah telah mengingatkan saya kepada rezeki yang Allah pernah berikan dahulu iaitu kesihatan kepada kedua kaki. Tetapi kini syukur Allah memberi saya penyakit osteoarthritis kepada kedua lutut saya dan juga plantar fasciitis kepada tumit saya. walaupun penyakit adalah satu ujian tetapi juga ia memberi rezeki kepada pesakit jika dia mampu untuk lebih dekat dengan Allah. Semasa masih bekerja, saya masih mampu untuk ke hospital kerana ditanggung sepenuhnya oleh insuran syarikat tetapi kini setelah berhenti kerja semua perbelanjaan terpaksa ditanggung sendiri. Apa yang ada hanyalah mampu berdoa agar ditunjukkan jalan rawatan yang serasi dan percuma untuk terus memberi kesembuhan kepada saya.
Alhamdulillah kini saya dilorongkan oleh Allah untuk mencuba rawatan katil Ceragem yang memberikan perkhidmatan percuma kepada pesakit. PERCUMA? Saya sendiri tidak percaya waktu mula-mula mendengar dari biras saya. Mesti nak suruh kita beli. Harga katil tersebut adalah dalam lingkungan 10K. Memang tidak mampu, jadi syarikat Ceragem menawarkan kepada kita untuk menggunakan secara percuma sampai bila-bila.
Apa yang menarik ialah cara mereka memasarkan produk mereka. Untuk memperkenalkan produk, mereka memberi kepada masyarakat yang datang dengan pelbagai penyakit. Alhamdulillah ramai yang sembuh dari penyakit mereka terutamanya yang mengidap ketumbuhan, darah tinggi dan kencing manis. Dari sini promo dari mulut ke mulut berlaku dan semakin ramai orang yang datang untuk menggunakan katil mereka. Di situ disediakan lebih kurang 30 katil. Dalam sehari lebih kurang 300 orang yang akan datang ke situ. Jadi dari 300 orang yang datang akan membawa cerita tentang kebaikan katil tersebut. Promosi secara percuma yang mereka gunakan ini memang sangat-sangat berkesan kerana yang memasarkan produk mereka adalah orang yang mendapat kebaikan dari produk ini. Testimoni yang memang betul-betul bukan rekaan semata-mata.
Untuk membeli juga, boleh membayar secara ansuran. Bayar sedikit-sedikit, RM2 pun mereka terima. Mereka faham yang datang bukan semua dari golongan berada.
Saya baru melakukan rawatan masuk hari ketiga. Mudah-mudahan saya juga mendapat manfaat dari menggunakan servis yang mereka tawarkan ini. Sekiranya ada perubahan, saya akan kongsikan kebaikan nya di entri lain.
No comments:
Post a Comment