Monday, November 11, 2013

Menyusukan anak, pengalaman terindah kurniaan Allah

Teks: Aishah Hussein

Terima kasih Allah.  Hari ini saya masih boleh menaip dan berkongsi.  Hujng minggu berada di kampung, rezeki Allah berikan berkumpul bersama ipar-duai.  Seronok jika kesemua adik-beradik dapat berlebih-kurang dalam segala hal.  Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Akhir-akhir ini, saya banyak menerima rakan-rakan di blog dan facebook.  Kebanyakannya semua ibu-ibu muda.  Saya melihat ramai di kalangan mereka yang menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif.  Syabas buat mereka.  Perkongsian mereka di blog dan facebook membuat saya teringat ketika saya berusaha keras memberikan susu ibu kepada anak saya yang ketiga.


Ketika saya mengandungkan anak ketiga, saya sudah siapkan diri saya fizikal dan mental untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif.  Ketika mengandung, setiap kali waktu makan saya akan mencari maklumat di internet tentang susu ibu.  Daftar di forum dan mencatit semua info yang perlu saya lakukan untuk berjaya menyusukan anak.  Saya memang nekad kali ini kerana saya tidak berjaya dengan dua anak yang pertama.  Ketika itu saya tidak mempunyai ilmu tentang penyusuan eksklusif.  Buku-buku juga tidak banyak, jadi apabila ada penolakan dari bayi, saya terus berhenti mencuba.  Agak menyedihkan juga sebab galakan penyusuan secara eksklusif di kalangan ibu-ibu yang bekerja tidak banyak yang saya dapat lihat berbanding dengan di barat.  Sedangkan ia sangat digalakkan di dalam Islam.  Mungkin penyebaran tentang hal ini tidak banyak ketika itu di negara kita.

Saya terpaksa bersalin secara pembedahan untuk anak ketiga kerana kedudukan uri berada di bawah menutup jalan untuk bayi keluar.  Saya memang sudah tahu tentang ini ketika kandungan berusia 7 bulan lagi.  Jadi saya sudah siapkan ilmu jika kelahiran melalui pembedahan bagaimanakah persiapan untuk menyusukan bayi.  Walaupun masih mengharap dan berdoa agar kelahiran bayi kali itu secara normal seperti kedua-dua anak sebelum itu tetapi Allah telah merancang agar saya melalui proses melahirkan secara pembedahan.

Allah Maha Mengetahui.  Pada hari pertama dilahirkan, bayi saya tiada masalah untuk menyusu badan.  Syukur sangat-sangat.  Tetapi masuk hari kedua, saya pula demam.  Badan sudah seram sejuk.  Makan pun tiada selera.  Saya tertanya-tanya adakah ini "bentan" yang selalu disebut-sebut oleh orang tua.  Ketika itu, arwah ibu saya tiada di sisi kerana beliau juga dimasukkan ke hospital.  Jadi saya tiada sesiapa untuk membantu.  Hanya mengharapkan suami dan anak sulung saya.  Hari keempat saya pulang ke rumah dengan keadaan badan masih demam.  Walaupun ketika itu jururawat menyarankan saya untuk terus tinggal di wad tetapi saya kerana memikirkan bil hospital yang akan bertambah saya minta untuk terus pulang.

Tiba di rumah, saya masih tiada selera untuk makan.  Perut terasa penuh angin.  Apabila masuk makanan saya akan muntah.  Untuk menyusu bayi pun sudah tidak larat.  Tetapi digagahkan juga, namun saya terpaksa memberikan susu formula juga ketika itu kerana keadaan saya sudah lemah.  Sudahlah perut dibedah, menahan kesakitan ketika muntah Allah saja yang tahu.  Ketika itu saya seolah-olah  sudah lupa yang saya baru sahaja menjalani pembedahan.  Sakit di perut dengan penuh angin dan memualkan setiap kali makan lebih mengawal minda saya.

Setelah 2 hari keadaan berlarutan, (sampai saya dah muntah hijau), saya minta suami bawakan saya kembali ke hospital pada malam ke 2.  Bayangkan bayi yang baru berusia seminggu terpaksa saya tinggalkan di rumah dengan along yang baru berusia 11 tahun.  Mujur sudah diajar along untuk buat susu jika adik menangis.

Saya ditahan di wad selama seminggu.  Ketika along datang keesokan harinya, saya bertanya dia bagaimana adik semalam.  Dia senyum aje menceritakan adik menangis skejap aje.  "Along bagi dia susu dan tukarkan pampers".  Kesian along terpaksa menggantikan ibu malam itu.

Ketika kejadian ini berlaku, suami saya sudahpun bekerja sendiri jadi tiada masalah untuk berulang-alik menjaga saya.  Bayi yang baru lahir terpaksa ditinggalkan di rumah abang saya oleh suami supaya kakak ipar dapat menjaganya.  Selama itu juga bayi hanya disusukan dengan susu formula.  Seperti memahami ibu yang berada di hospital, adik tidak banyak meragam.  Kata kakak ipar dia cuma seperti mencari-cari ingin disusukan.  Kesian adik.  Impian saya untuk menyusu bayi saya sepenuhnya tinggal kenangan.  Ketika itu saya tidak terfikir untuk mengepam dan menyimpan susu.  Mungkin juga kerana saya terlalu sakit, semuanya lupa.  Jururawat di hospital juga tidak memberikan cadangan apa-apa kepada saya ketika itu.

Setelah seminggu di hospital, alhamdulillah saya kembali pulih.  Kata doktor ketika pembedahan sewaktu caesarian, usus saya dialih dan mungkin usus saya sensitif apabila diubah atau tersentuh.  Itu yang membuatkan saya alah teruk selepas pembedahan.  Lebih kurang begitu yang saya faham.

Tetapi selepas selesai masalah usus,  masalah lain pula timbul.  Luka pembedahan saya pula menunjukkan saya ada infeksi.  Kelihatan seperti ada nanah.  Mungkin itu juga kerana banyak pergerakan dan muntah ketika sakit menyebabkan luka pembedahan terbuka sedikit.  Wallahua'lam.  Mujur ketika dirujuk kepada doktor, beliau membenarkan saya pulang juga tetapi saya perlu ke klinik setiap hari untuk cuci luka tersebut.  Menarik nafas lega kerana dapat pulang.  Ketika itu saya sudah tidak sabar untuk kembali sambung menyusukan bayi saya.  Walaupun sudah seminggu tidak menyusukan, tetapi saya masih ingin teruskan impian saya.

Bukan senang untuk kembalikan susu badan.  Semua tips yang saya pernah baca saya cuba.  Makan kurma, buat sup lobak putih, minum susu setiap hari, masak nasi masukkan halba dan macam-macam lagi.  Tidak lupa juga air rebusan buah mata kucing direbus bersama gula merah.  Ini menjadi minuman kegemaran bukan hanya untuk saya tetapi juga untuk satu keluarga.  Alhamdulillah dengan izin Allah, si adik berjaya menyusu walaupun tidak sepenuhnya tetapi sepanjang ada di rumah hanya susu ibu yang saya berikan kepada dia.

Ketika saya dalam pantang, suami yang banyak membantu.  Seminggu pertama, berulang-alik ke klinik untuk mencuci luka.  Juga ketika itu berulang-alik melawat arwah saya yang berada di rumah abang.  Arwah yang memang bercadang untuk menjaga saya tetapi terpaksa di rawat di hospital kerana mengalami osteoporosis, itu kata jururawat di HUKM kerana saya tidak berpeluang untuk bertemu doktor yang melawat di awal pagi.  Hanya abang yang dapat berjumpa. Pada hakikatnya, serangan kanser sudah melarat ke tulang belakang.  Itu yang menyebabkan beliau tidak dapat berjalan (Jika diberi rezeki oleh Allah, kisah ini akan saya kongsikan di entri lain).  Ditakdirkan arwah emak pergi ketika adik berumur 60 hari.  Bagai bertukar nyawa dengan arwah namun saya bersyukur kerana diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan tanpa emak yang membesarkan saya.  Cuti tanpa gaji yang saya rancang untuk ambil dengan niat untuk menjaga arwah di kampung terpaksa dibatalkan, sebaliknya hanya mengambil cuti compassionate.

Berbalik kepada kisah penyusuan bayi saya.  Apabila kembali bekerja, saya cuba sedaya upaya untuk membuat stok.  Setiap hari membawa 2 beg, 1 beg tangan dan satu lagi beg yang diisi dengan kelengkapan mengepam susu.  Ketika itu, pejabat saya di bangunan rumah kedai.  Saya akan cuba mencari tempat untuk mengepam.  Pernah juga terpkasa mengepam di tandas.  Pernah tertinggal botol susu dan terpaksa membuang susu bagi mengelakkan bengkak.  Selepas itu saya beralih tempat untuk mengepam di surau awal pagi.  Tengah hari surau agak padat dengan pekerja memandangkan surau ketika itu hanya sebuah bilik kecil.  Jadi saya terpaksa mencari ruang lain untuk mengepam.  Apabila kerja di pejabat banyak, tidak berpeluang untuk turun ke surau, jadi  terpaksa mengepam di dalam bilik stor di bawah tangga.  

Allah sahaja yang tahu banyak betul dugaan yang saya lalui untuk memastikan anak saya dapat  minum susu ibu setiap hari.  Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat juga merasa untuk menyusukan bayi.  Pengasuh juga ketika itu memang banyak membantu saya untuk berikan susu ibu yang saya bekalkan kepada anak saya ketika saya bekerja.

Ketika saya sibuk cuba menyimpan stok susu untuk si adik, sempat juga saya memberi angah merasa susu ibu.  Ketika itu dia sudah berumur 7 tahun, jadi saya berikan dia minum melalui cawan.  Saya juga ada meminta maaf kepada Along dan angah sambil menerangkan kepada mereka kenapa saya tidak dapat memberikan susu ibu secara eksklusif kepada mereka dulu.  Saya harap mereka memaafkan saya.

Terima kasih kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyusukan anak saya walaupun hanya selama setahun lebih.  Itu adalah satu rezeki yang Allah berikan kepada saya yang mana saya tidak dapat lakukan ketika bersama anak-anak yang terdahulu.

Saya harap ibu-ibu di luar sana tidak akan cepat putus asa untuk menyusukan anak-anak.  Kuatkan mental dan sentiasa berdoa.  InshaAllah Allah akan bantu niat yang baik.

Foto: http:/nissaonisaa.blogspot.com
----------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

5 comments:

  1. Salam Azlin. Inshaallah cuba lagi. Umur masih muda, masih ada peluang lagi :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang sangat menarik. Sekarang ni ramai ibu-ibu yang suka ambil jalan mudah. Kalau baby menolak untuk menyusu badan, terus je suakan baby dengan susu formula. kesian baby..


    Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik.
    -umminiena.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fatimah sudi singgah di blog saya. Perlu kuat semangat sejak dari hamil lagi :)

      Delete
  3. Byknya dugaan sis nak menyusu anak. Tahniah sbb sgt tabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang, lain dugaannya. Yang penting jangan mengalah sebelum mencuba ;)
      Terima kasih Arinie singgah di blog akak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...