Alhamdulillah pagi Isnin yang hebat. Bagi yang berpuasa sunat hari ini, tahniah.
Hari ini sarapan biskut kering cicah kopi sahaja. Yang lain sambung tidur terus selepas Subuh. Walaupun sampai agak lewat juga dari Perak tetapi sempat juga melihat kemenangan Pahang :) Saya tidak begitu menghogoh "bolo" tetapi tumpang gembira kerana pasukan negeri saya menang setelah sekian lama tidak memegang Piala Malaysia.
Setiap kali musim bola, nostalgia menggamit saya ke memori ketika kecil. Rumah berhampiran dengan Stadium Darul Makmur. Jika musim bola, rumah kami memang diterangi dengan lampu spotlight dari stadium. Sorakan penonton di stadium juga kedengaran sampai ke rumah.
Masa kecil dahulu kala, bermain dengan rakan-rakan kampung di sekitar stadium. Berlari-lari di tangga stadium, kadang-kadang hanya di keliling stadium berkejar-kejar. Masih saya ingat di situ ada kedai roti apek Cina. Dahulu mana ada kaum bumiputera yang menjual roti. Roti buku putih seperti roti gardenia panas-panas keluar oven terus dipotong di situ. Ketika itu rasa sangat menakjubkan dapat melihat mesin memotong roti.
Sebenarnya di stadium ini juga adalah tempat kami sekeluarga mencari pendapatan tambahan. Setiap kali musim bola, arwah emak dan kakak ipar akan berniaga di situ. Jadual bola memang tahu lah waktu itu. Kalau pasukan yang bagus main memang untung banyak berjual di situ. Mula-mula emak dan kakak ipar berniaga bersama, apabila sudah ada modal lebih sikit, barulah emak dan kakak berniaga berasingan.
Jika perlawanan bola diadakan pada malam Sabtu, Jumaat malam kami akan mengusung meja ke stadium. Bukan meja lipat seperti yang orang berniaga tu tetapi meja makan yang besar. Kalau abang ada, arwah emak akan mengusung dengan abang. Jika abang bekerja malam, saya dan emak akan mengusung berdua. Oleh kerana ketika itu saya baru darjah 5, ketinggian yang tidak sama dengan emak membuatkan kami berhenti-henti juga sepanjang perjalanan. Tidak jauh, mungkin dalam 5-7 minit jika berjalan dengan laju. Tetapi dengan saya mungkin mengambil masa sedikit. Yang paling mengerikan bagi saya ketika itu ialah terpaksa menyeberangi longkang besar dan dihubungi dengan batang kayu yang melendut. Setiap kali lalu berdebar-debar. Pengalaman yang mengerikan tetapi menyeronokkan. Saat yang dinanti-nantikan untuk keluar malam mengangkat meja.
Sampai di lokasi, meja kami biarkan sahaja. Itu sebagai penanda tempat itu sudah ditempah oleh kami. Kalau lah ada orang curi meja kami, memang tiada meja makan lah kami di rumah nanti. Ketika itu boleh bilang aje peniaga yang berniaga. Esok petang selesai masak, sekitar lepas asar kami sudah mula mengangkut makanan yang sudah dimasak. Yang ringan-ringan bawa dengan basikal, jika yang berat diusung dengan tangan berdua. Antaranya mee goreng, mihun goreng, mee kari, karipap, tauhu sumbat dan lain-lain. Tauhu sumbat itu ketika saya sudah Tingkatan 1 saya sudah buat sendiri dan untung dari jualan adalah saya punya. Itu sebagai upah :)
Mula-mula menjual makanan untuk dibungkus sahaja. Lama-lama sudah ada modal beli meja lipat dan kerusi, pelanggan sudah boleh duduk makan di situ. Air juga kami kami sudah mula jual. Bila guna meja lipat, sudah boleh usung dengan basikal sahaja. Letak atas basikal dan tolak. Abang akan usung satu, seorang lagi tolak atas basikal.
Subhanallah. Terlalu banyak kenangan jika ingin dikenang kembali. Ada kenangan pahit dan manis tetapi bila dipandang ke belakang kita boleh tersenyum. Kenangan itulah yang mengajar erti kehidupan kepada kita sebenarnya.
Itu berniaga makanan zaman dahulu. Sekarang jika ingin lebih mudah, boleh melalui internet. Mulakan dengan apa yang ada juga. Masak di rumah tetapi tidak perlu keluar rumah. Ambil tempahan melalui online dan buat mengikut apa yang orang tempah. Lebih selamat bagi yang kurang modal.
Bina blog modal percuma. Buat fanpage facebook juga percuma. Modal hanya beli laptop dan sewa talian internet atau broadband. Sudah cukup untuk permulaan. Apabila sudah ada modal lebih, boleh membeli gajet yang lebih canggih dan hadiri kursus pemasaran untuk menambaik pemasaran produk kita.
Bagi yang tidak minat memasak, boleh mulakan dengan produk dropship.
Boleh PM saya Aishah Hussein untuk mendaftar di kelas asas blogdan fanpage.
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
No comments:
Post a Comment