Tuesday, April 30, 2013

Perpisahan - 09.04.13

Teks: Aishah Hussein

Perpisahan bukan suatu yang disukai oleh sesiapa.  Tetapi setiap perjumpaan ada perpisahan.  Sebenarnya sejak seminggu sebelum tarikh akhir bekerja, sahabat-sahabat rapat tidak henti-henti belanja makan.  Syukur di atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.  Persahabatan dan juga makanan.

Hari kedua selepas berhenti, mereka di jabatan pula mengadakan jamuan perpisahan buat saya.  Moga ikatan persahabatan terus kekal.

Antara gambar kenangan bersama sahabat-sahabat.




Kanser menyerang lagi - 24.03.13

Teks: Aishah Hussein
Foto: satuharisatusunnah

Jika di dalam entri Mencari RedhaMu saya menceritakan kisah teman rapat saya yang mengidap kanser.

Pada Disember 2012, dikhabarkan berita sedih tentang pengasuh anak-anak yang didiagnos dengan penyakit kanser rahim tahap 3.  Kak Nor  juga seorang yang tabah, begitu redha menerima berita dari doktor.

Setelah dua tiga kali berdepan dengan berita sebegini, apa yang saya boleh katakan kepada dia ialah saya hanya mampu berdoa.  Perkataan sabar tidak begitu sesuai untuk saya keluarkan kerana saya tahu orang yang baru sahaja diuji tidak akan dapat menerima perkataan tersebut.

Petang-petang dikala saya menuggu anak pulang, saya akan berborak dengan dia.  Masih mampu bercerita tentang bangun malam bertahajjud, tentang keluarga seperti yang biasa kami lakukan bila ada kelapangan di waktu petang.

Pada hujung bulan Januari, selesai pembedahan pembuangan rahim, rupanya kanser tersebut telah melarat ke sebbahagian usus.  Dan kanser tersebut sudah mencapai tahap 4.

Kali terakhir saya berjumpa dia di hospital, dua hari selepas pembedahan. Alhamdulillah, walaupun suara tidak begitu kedengaran tetapi dia kelihatan kuat.  Selama 2 minggu, saya tidak berjumpa dia,  tidak mahu mengganggu dia berehat. 

Siapa sangka malam 14 Februari 2013, saya mendapat panggilan dari seorang sahabat yang juga pernah menghantar anaknya ke rumah kakak pengasuh.  Beliau mengkhabarkan berita bahawa Kak Nor telah meninggal dunia.

Kami memang sangat terkejut kerana menyangka Kak Nor sudah sihat.  Menurut anak saudaranya, beliau meninggal selepas sehari menjalani kimoterapi.  Menurut kata doktor, dia bukan meninggal kerana rawatan kimo tersebut tetapi kerana serangan sakit jantung akibat stres.  Tetapi semua itu adalah penyebab sahaja kerana ajal maut itu sudah ditentukan oleh Allah.

Saya kehilangan seorang pengasuh, seorang sahabat dan juga seorang kakak.  Jasa beliau terlalu banyak dan tidak mungkin terbalas oleh saya dan keluarga.  Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.





Monday, April 29, 2013

Dah besar baru kena serangan asma

Teks: Aishah Hussein

Hari ini sibuk mengemaskini data produk online.  Angah juga sudah semakin sihat, cuma batuknya masih kuat.  Soalan pertama setiap doktor yang kami jumpa ialah, "kenapa ye tiba-tiba kena serangan asma.  Tak pernah kena macam ni"?

Terus teringat kepada si kucing Hikari yang selalu menjadi teman main dan tidur anak-anak di rumah ni.  Itulah puncanya.  Jadi hari ini Hikari mengiau di luar aje.  Tidak dibenarkan masuk ke rumah.  Kesian pulak dia.  Apa nak buat demi kesihatan anak-anak juga. Tengoklah berapa hari anak-anak dapat tahan perasan kesian mereka itu.

Minyak Habbatus Sauda Minsyam

Jus Delima




Dapatkan produk-produk sunnah di kedai Produk Sunnah online kami.



Sup Ikan Merah

Teks: Aishah Hussein

Sup adalah satu menu yang paling senang disediakan.  Anak-anak yang tidak suka makan lauk pedas memang suka makan sup.  Sewaktu kerja dulu, kalau lambat sampai di rumah bila jam teruk, sup adalah antara menu yang dimasak.

Kali ini saya kongsikan resipi Sup Ikan Merah

Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:
2 keping Ikan Merah
2 ulas Bawang putih  } ditumbuk
2 ulas Bawang merah} ditumbuk
3 ulas Bawang putih  } dihiris
3 ulas Bawang merah} dihiris1 inci Halia dimayang halus
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam secukup rasa
1-2 biji Tomato
Daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan


Cara-caranya:
1. Ikan dibasuh bersih.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan rempah-rempah.
4. Setelah itu masukkan bahan-bahan yang telah dihiris.
5. Setelah warna kekuningan, masukkan air.
5. Bila air telah menggelegak, masukkan ikan.
6. Mauskkan garam secukup rasa.  Biar  sehingga ikan masak.
7. Masukkan tomato, daun bawang dan daun sup.
8. Jika ada, boleh letakkan bawang goreng.


Sunday, April 28, 2013

Keterujaan dalam bidang masakan - 18.03.13

Teks: Aishah Hussein

Minat memasak ini hadir dalam diri saya sejak saya dari sekolah menengah.  Seingat saya dari tingkatan satu lagi.

Sewaktu saya kecil lagi, saya memang selalu memerhatikan emak dan kakak saya membuat kuih.  Biasalah, masa itu jadi tukang kacau aje.  Yang paling seronok bila buat karipap.  Bancuhan tepung akan diberi, jadi buatlah karipap sendiri.

Kakak saya juga suka membuat kuih raya.  Bila diperlukan pertolongan untuk meletak ceri di atas biskut, saya lah orang yang dicarinya.  Masa itu, dapat upah biskut yg terlebih garing pun dah puas hati.

Bila kakak sudah bekerja di Kualal Lumpur, di rumah tinggal saya seorang aje anak perempuan, nak tak nak memang kena masak lah.

Waktu tingkatan satu, emak terpaksa keluar bekerja di kantin sekolah.  Jadi bila nenek tidak sihat, saya terpaksa mengambil alih tugas memasak.  Pagi-pagi sebelum pergi sekolah sesi petang, saya akan masak nasi dan lauk yang mudah-mudah aje.  Masak sayur lemak taugeh dan ikan goreng berlada pun dah cukup.

Bila di sekolah pula, saya ambil subjek Sains Rumahtangga.  Jadi minat memasak semakin bertambah.  Bila bercerita dengan kawan-kawan pun bercerita macam mana nak masak itu ini.  Tahun itu juga sudah mula teringin nak buat biskut raya.  Biskut yang pertama adalah biskut peanut butter.  Memang sedap sangatlah rasanya waktu itu.

Sewaktu di kelas kami diajar masak rendang, buat kek dan macam-macam lagi.  Dari situlah saya rasa minat saya dipupuk.

Tetapi semuanya terhenti bila masuk univerisiti.  Ketika di kolej persediaan, makan semuanya beli di kedai.  Jadi tiada peluang dan tempat untuk memasak pun.  Bila duduk di luar negara, kami terpaksa memasak sendiri.  Dari situ,  tumbuh kembali minat memasak, cuma setakat masak untuk makan sendiri aje.  Bila waktu hari raya, boleh lah tunjukkan skil masak.

Minat memasak itu tidak pernah padam seingat saya.  Saya suka memasak dan suka memberi orang mencuba masakan saya.  Bila sudah berkahwin, saya suka menjemput kawan-kawan datang ke rumah  Seolah satu kepuasan bila dapat menjamu kawan-kawan makan.

Semasa berlaku kegawatan ekonomi, saya telah mengambil cuti tanpa gaji.  Sewaktu itu, seorang sahabat mengajak saya pergi ke kelas masakan.  Bermula dari situ, saya mula mencuba satu demi satu resipi dan membawa ke ofis untuk kawan-kawan makan.

Fudge Brownies
Alhamdulillah, walaupun saya bukanlah seorang usahawan, tetapi kini saya sudah boleh menyediakan pelbagai masakan.  Masakan yang dulu rasanya hanya boleh beli di kedai tetapi kini saya boleh masak sendiri untuk keluarga saya.

Sekarang juga masih belajar untuk menambah ilmu dengan harapan ilmu-ilmu ini dapat dicurahkan kepada anak cucu saya pula suatu hari nanti.


Kelas asas blog dan penulisan masih lagi dibuka.  Yuran akan dinaikkan selepas cukup 10 orang.
Daftar sekarang hanya RM130 di http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
Atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com

Ayam Goreng Berempah

Teks: Aishah Hussein

Ayam goreng memang disukai oleh anak-anak.  Jadi bile ke pasar, ayam mesti beli lebih dari lauk lain.  Tetapi kalau asyik buat ayam goreng kunyit aje,  jemu juga anak-anak.  Apa kata puan buat ayam goreng berempah pulak sekali sekala.  Bunyi macam susah tetapi hakikatnya senang aje.

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:
12 ketul Ayam
5 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang merah
1 inci Halia
1 sudu besar Cili boh {jika suka}
1 sudu besar Rempah kari
5 helai Daun kari
4 batang serai
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit

Cara-caranya:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Campurkan cili boh, rempah kari, daun kari, garam dan kunyit.
3. Tumbuk serai sehingga pecah dan gaulkan sekali.
4. Gaul ayam dengan bahan-bahan tadi dan perap setengah jam {kalau nak cepat boleh digoreng terus}
5. Goreng ayam di dalam minyak panas.

Belajar dan terus belajar - 28.04.13

Teks:Aishah Hussein

Banyak lagi proses yang perlu dipelajari.  Hari ini terpaksa menolak peluang belajar bersama seorang sahabat lantaran tiada siapa untuk menjaga si adik kerana angah pula akan ke seminar PMR pagi ini.  Namun pemergian angah  ke seminar terpaksa dibatalkan kerana demam dan batuk teruk dari malam tadi.  Rupanya pemergian ibu ke kelas tidak dibenarkan Allah adalah supaya dapat membawa angah ke klinik.

Semuanya sudah disusun oleh Allah.  Bila kita sudah memegang jawatan seorang ibu, fitrahnya  kembali untuk keluarga juga.  Moga semua urusan dipermudahkan ALlah hendaknya.

Tawaran Ebook Pantang.
Beli Ebook 30 Tips Sihat Ibu Hamil & Pantang
FREE Ebook 20 Menu Sihat Pantang & Hamil

BONUS!! Ebook Super WAHM Super Mom
BONUS EBOOK akan diberikan selepas Puan-Puan membuat ulasan tentang Ebook 30 Tips Sihat Ibu Hamil & Pantang

Tawaran sah sehingga 20 Mei 2013.


Untuk pembelian sila ke emel ke noraisah.hussein@gmail.com
atau ke Buku online dan http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/30-tips-ibu-hamil-pantang.html


Saturday, April 27, 2013

Hujung minggu tapi masih bekerja - 27.04.13

Teks: Aishah Hussein

Hari ini sekolah buat kelas ganti.  Dalam kepala ni setting memang cuti hari sabtu, jadinya perlahan lah sikit momentum hari ini.

Pukul 10.40am baru mula masak untuk adik.  Sambil mulut bising menyuruh dia mandi.   Pukul 11.20am baru dia mula makan.  Sambil melayan dia makan, mengemas apa yang boleh di dapur.  Lepas itu barulah sibuk nak gosok baju sekolah dia.

Tepat pukul 12.10pm bergerak terus ke sekolah.  Dalam perjalananan, adik seperti mengingatkan, "cikgu cakap sekolah mula pukul 12.30 tengah hari".  "Baik sayang, ibu sedang cuba untuk sampai pada pukul 12.20pm", sambil tersenyum mendengar sindiran adik.

Sampai di rumah kelihatan angah sedang melipat kain.  Syukur kerana Allah memberikan pertolongan kepada saya.

Bermula hari ini, rutin menghantar anak-anak perlu diambil alih kerana en suami bertugas di luar.  Moga Allah sentiasa bersama kami.  Terima kasih Allah.


Untuk dapatkan promosi di atas emel ke noraisah.hussein@gmail.com atau
ke http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/ebook-super-wahm-super-mom-urus-masa.html


Dapatkan juga promosi terbaru kami ebook 30 tips Ibu hamil & pantang.
Anda juga layak untuk menerima ebook Super wahm super mom secara percuma.
Tawaran sah sehingga 20 Mei 2013.
  Sila ke Buku Online atau

Friday, April 26, 2013

Tips mengendali makanan

Teks: Aishah Hussein

Pengendalian makanan adalah sangat penting bila menjalankan bisnes makanan.  Walaupun tidak pernah menghadiri kursus pengendalian makanan,  secara dasarnya saya akan mengambil langkah berhati-hati bila mengendalikan tempahan pelanggan.

Ini adalah antara tips yang kita sebagai orang biasa juga patut tahu dan amalkannya dalam rutin penyediaan makanan di rumah:

1. Jaga kebersihan dengan membasuh tangan sebelum memulakan kerja memasak. Kuku tangan hendaklah dipotong pendek agar tiada kotoran yang melekat di kuku berpindah ke makanan.  Antara bakteria yang sedia maklum selalu mencemari makanan melalui kuku dan tangan adalah E-coli.  Kuman ini selalunya berpindah dari najis dan ini bermakna sewaktu pergi ke tandas, tangan tidak dicuci bersih.

2. Ketika memasak dan memproses makanan, tidak digalakkan memakai barang kemas.  Tanpa kita sedari, sebenarnya banyak kuman melekat di celah-celah gelang tangan dan cincin.  Bila barang kemas kita terkena makanan sewaktu kita memproses atau menghidangkan makanan, kuman yang terlekat juga akan mencemari makanan tersebut.


3.  Ketika mengendalikan makanan, kita harus memakai sarung tangan.  Sama seperti no 1, pencemaran makanan dari tangan yang kotor dapat dielakkan.


4.  Peralatan yang kita gunakan juga haruslah bersih.  Basuh jika ada habuk-habuk yang terlekat.  Bekas yang terdedah juga harus diambil perhatian.  Bimbang jika ada haiwan seperti tikus mencemari peralatan dengan air kencing.  Sudah banyak kes yang melibatkan kematian berkaitan dengan pencemaran dari air kencing tikus.


5.  Berselawatlah setiap kali kita menyediakan makanan sambil berdoa kesejahteraan kepada individu yang memakan makanan yang kita sediakan.


Foto:
news.abnxcess.com
eatocracy.cnn.com
www.foodauthority.nsw.gov.au
www.wikihow.com 




Menyelam sambil minum air - 26.04.13

Teks: Aishah Hussein

Setelah penat satu hari menyelesaikan tempahan brownies semalam, hari ini baru terasa penat.  Tengahari ini saya akan pergi menghantar tempahan memandangkan tempahan-tempahan ini adalah dari kawan-kawan ofis lama.  Selain dari mengambil tempahan, dapat juga berjumpa dan bertanya khabar mereka.

Jadi, suri rumah yang lain, janganlah kita asyik duduk di rumah aje.  Sekali-sekala keluarlah berjumpa kawan-kawan, sambil-sambil menjana pendapatan dapat juga menghilangkan rasa jemu duduk di rumah.




Thursday, April 25, 2013

Tips tangan pijar

Teks: Aishah Hussein

Tadi sewaktu tangan saya pijar kerana memotong cili, saya terus teringat satu amalan orang tua-tua.  Kalau orang sekarang dipanggil tips.

Mungkin ada yang tak faham perkataan pijar itu apa.  Pijar itu adalah rasa panas bila kita memegang cili samada sewaktu kita memotong atau pun membasuh cili kering ataupun cili hidup.

Amalan yang arwah mak saya selalu buat adalah  menyapu minyak masak ke tangan yang pijar.  Sambil-sambil tu selawat dan niat agar dihilangkan rasa pijar tersebut.



Ada juga tips lain yang pernah saya baca, antaranya:

1. Apabila kita terasa pijar tangan,  genggamkan gula sambil menggosok di bahagian tangan yang panas itu.

2.   Ada juga yang menyarankan meramas-ramas beras untuk hilangkan rasa pijar.

3.  Boleh juga menggosok dengan garam halus, caranya sama seperti dengan gula ataupun direndam tangan ke dalam air garam.

Boleh lah mencuba salah satu mengikut kesesuaian.  Tiada jaminan kerana yang menyembuhkan hanya Allah, kita hanya mencari jalan penyelesaian.

Foto:
sitik.wordpress.com
anizyn.blogspot.com
mindheartbodysoul.blogspot.com
ews.kemendag.go.id
www.wahidaghazali.com

Hari yang sibuk - 25.04.13

Teks: Aishah Hussein

Hari ini adalah hari yang sibuk.  Pagi tadi ke KLIA kemudian ke kedai mencari bahan untuk projek hari ini.

Sekarang sibuk untuk habiskan projek membakar.  Semoga diberi kekuatan untuk menyelesaikannya dan menghantar ke destinasi esok.

Terima kasih Allah di atas rezekiMU.


Dapatkan ebook 30 Tips sihat ibu hamil & pantang berserta 1 ebook bonus Menu Sihat.

Dengan pembelian sebelum atau pada 20 Mei 2013, anda telah layak untuk memiliki ebook Super Wahm Super Mom secara percuma.

Dapatkan sekarang di Buku Online dan di http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/30-tips-ibu-hamil-pantang.html

Wednesday, April 24, 2013

Bisnes nasi lemak

Teks: Aishah Hussein

Nasi lemak merupakan beras yang dimasak di dalam santan, sedikit garam dan di letakkan daun pandan untuk mewangikan nasi lemak.  Nasi lemak akan dilengkapkan dengan sambal ikan bilis, timun dan telur rebus. 

Nasi lemak asalnya dihidangkan sebagai sarapan pagi.  Tetapi dengan kesibukan penduduk-penduduk di kawasan bandar, kini nasi lemak juga sudah menjadi hidangan sepanjang masa.

Nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang atau surat khabar juga ada diletakkan di kedai-kedai makan ataupun gerai.  Jenis yang begini memang digemari ramai kerana ia mudah serta ringkas dan tidak terlalu berat dengan lauk-pauk.

Bagi yang suka makan dengan lauk tambahan, terdapat juga kedai-kedai yang menjual nasi lemak bersama  lauk-lauk tambahan.  Lauk-lauk yang selalunya dimakan bersama nasi lemak adalah seperti rendang ayam atau daging, sambal sotong, paru goreng dan ayam goreng.








Foto:
www.8tvbestintheworld.com.my
missyaniabdullah.blogspot.com
sukehatiakuokey.blogspot.com 

Tiada berkesudahan - 24.04.13

Teks: Aishah Hussein

Tugasan suri rumah memang tiada berkesudahan.  Rasanya baru 3 hari lepas sudah kemas rumah.  Hari ini dah bersepah.  Bakul kain tak pernah kosong.

Semalam, seorang rakan yang belum berkahwin berkata, "berat  rupanya tanggungjawab sebagai seorang wanita".

Sememangnya berat.  Bagi suri rumah yang bekerja, kalau dia seorang usahawan masih mampu lagi membuat kerja-kerja sampingan di rumah.  Bagi yang tidak bekerja, tugasan memasak, mengemas, melayan kerenah anak-anak, suami semua itu tidak pernah berakhir sehingga ke akhir hayat.  Moga kita sama-sama mendapatkan keberkatan dan rahmat dariNYA.

Jadi siapa yang bercadang untuk berkahwin, kuatkan mental dan fizikal. 


Ingin belajar asas blog dan penulisan.
Daftar segera di http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html
atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com
 

Tuesday, April 23, 2013

Alhamdulillah - 23.04.13

Teks:  Aishah Hussein

Alhamdulillah cuaca hari ini cerah sekali.  Tugasan di rumah telah selesai.  Sebentar lagi perlu ke luar untuk berjumpa seorang sahabat.  Tidak semestinya sudah jadi suri rumah asyik buat kerja kat rumah aje.  Sesekali perlu keluar juga untuk hilangkan stress. 

 Di dalam ebook Super Wahm Super Mom ada disenaraikan tips untuk hilangkan stres serta pengurusan rumahtangga.  Ebook ini bukan untuk panduan suri rumah yang duduk di rumah sahaja tetapi juga sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja.

 Senaskah hanya RM25


Atau dapatkan pakej ini.
Harga RM45
Kalian bayar terus untuk ebook Jana Wang Di Rumah di www.janawangdirumah.com
Baki RM25 bayar di sini ya

Monday, April 22, 2013

Ulasan Ebook Super Wahm Super Mom

Teks : Aishah Hussein

Hari ini barulah saya dapat menghabiskan bacaan ebook Super Wahm Super Mom.   Walaupun saya sendiri sudah memegang jawatan seorang WAHM sejak 2 minggu lalu, tetapi terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat.  Tiada ruang untuk saya selitkan bagi pembacaan ebook ini.  Alhamdulillah akhirnya Allah mengizinkan saya menamatkan pembacaan ebook ini.

Ingin saya memetik salah satu kegembiraan dan keseronokan bekerja dari rumah yang disenaraikan oleh penulis:

Pilih yang terbaik untuk kehidupan. Hidup hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan
perkara yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja, jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.

Salah satu sebab kenapa saya berhenti kerja adalah untuk berada bersama-sama dengan anak-anak saya.  Ketika saya tekad untuk berhenti kerja, saya memang betul-betul berserah kepada Allah untuk menentukan pilihan saya.  Kerja sehingga usia 50 tahun  pun tidak akan mendapat ganjaran yang kita inginkan.  Saya tidak mahu lagi melepaskan peluang untuk melayan anak-anak seperti peluang yang telah saya lepaskan sewaktu dengan anak sulung dulu.  Betul, mereka membesar hanya sekali dan saya rasa amat rindu untuk membelai anak sulung saya ketika beliau kecil dulu.  Seperti wujud satu tidak kepuasan di dalam diri ini.

Sebelum saya mengenali penulis, saya memang pernah dengar perkataan WAHM dan  SOHO.  Tetapi tidak tahu perbezaannya.  Setelah membaca ebook ini, barulah saya faham apa takrifan yang sebenarnya.

Ebook ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bukan sahaja untuk suri rumah sepenuh masa tetapi juga untuk ibu-ibu yang bekerja.  Bagi wanita-wanita yang bercadang untuk berhenti kerja dan bekerja dari rumah, memang elok membaca ebook ini untuk dijadikan panduan.  Sayangnya saya tidak diketemukan dengan ebook ini sebelum saya membuat keputusan untuk berhenti kerja.  Apa-apa pun, syukur masih belum terlambat untuk dijadikan panduan.

Di dalam ebook ini terdapat tips untuk menguruskan stres, tips sukses urus masa dan tips urus rumahtangga.  Ramai yang menyangka suri rumah sepenuh masa ada banyak masa untuk bersembang dan menonton tv.  Tanpa pengurusan masa, satu tugas pun tidak akan selesai. 

Saya sendiri juga sudah melaluinya.  Walaupun masih baru bergelar WAHM, saya sudah  rasa seperti masa 24 jam itu tidak cukup buat saya.  Masa mula-mula berhenti kerja, semua kerja di rumah saya rasa saya perlu untuk selesaikan.  Mula rasa stress mana satu nak buat ni.  Dengan kain sampai 2 bakul tidak berlipat, masa untuk masak lagi, masa untuk selesaikan kerja online.  Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah mula boleh selesaikan sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.

Saya mulakan dengan bangun lebih awal dan selesaikan persiapan untuk anak-anak seperti biasa.  Setelah mereka semua sudah pergi ke sekolah dan pejabat, saya akan berehat dan selesaikan dulu urusan saya dengan Allah. Kemudian barulah saya selesaikan tugas di rumah dan sambung dengan tugasan online saya. 

Tidak dinafikan juga bekerja sendiri ini kita dapat menyusun jadual kita sendiri.  Tetapi semangat kena kuat untuk disiplinkan diri.

Secara keseluruhannya ebook Super Wahm Super Mom ini amat sesuai dimiliki oleh semua wanita yang bekerja di pejabat mahupun di rumah.


Dapatkan ebook ini segera di Buku Online atau 

Teruskan tugas seorang WAHM - 22.04.13

Teks: Aishah Hussein

Masih banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan.  Baik tugasan rumah dan juga penulisan.  Hari ini niat di hati ingin menyediakan sajian tengahari yang mudah aje untuk angah.

Mulanya ingat nak beli aje di kedai, maklum ibunya berpuasa.  Jadi hajat di hati ingat nak masak petang nanti aje lah.

Tetapi bila difikirkan,  apalah susah sangat masak nasi dan sejenis lauk untuk angah seorang.  Malam nanti pun angah tidak makan malam di rumah juga kerana kelas tusyen dia dari petang sampai ke malam.  Kesian angah.

Lagipun, bukankah masakan dari air tangan ibu lebih berkat.

Jadi saya nak pergi masak sekarang.  Nak masak apa pun tak tau lagi.  Masuk dapur baru dapat ilham.





Dapatkan ebook Super Wahm Super Mom di Buku Online dan
http://buku-online4u.blogspot.com/2013/04/ebook-super-wahm-super-mom-urus-masa.html

Sunnah Rasulullah - 20.04.13

Teks : Aishah Hussein


Sabtu lepas, kami membawa anak-anak untuk merasa beriadah cara rasulullah.  Daripada asyik bermain game di komputer, sekali sekala keluar rumah untuk beriadah.

Si adik sibuk mengajak ayahnya untuk menunggang kuda.  Jadi kami bawa mereka ke Denai Alam Recreation Centre. 

Di sini ada bermacam-macam sukan yang ditawarkan. Antaranya memanah, berkuda dan motorcross. Tetapi untuk ahli ada kelebihan mendapat percuma untuk sukan-sukan yang tertentu.  Untuk menjadi ahli hanya perlu membayar RM180 setahun.  Dan ahli akan diberi diskaun 50 peratus untuk sukan-sukan yang berbayar.




Si adik sebenarnya tidak puas memanah.  Masih lagi ingin pergi ke situ.  Moga diberikan rezeki oleh Allah buat dia.

Terima kasih Allah kerana diberi peluang menggembirakan hati anak-anak.









Dapatkan pemakanan sunnah rasululullah madu dan kurma di Kedai Produk Sunnah kami.

 

Gerai Burger

Teks: Aishah Hussein

Salah satu dari cabang makanan segera produk tempatan adalah gerai burger.  Gerai-gerai burger ini selalunya dibuka berhampiran dengan kedai-kedai makan.  Tetapi ada juga yang didirikan di kawasan perumahan.

Sasaran pelanggan peniaga-peniaga ini adalah anak-anak remaja serta kanak-kanak.  Tetapi golongan dewasa ada juga yang menyukai burger produk tempatan ini.

Gerai burger ini selalunya menjual Benjo, Burger Daging, Burger Ayam, Burger Arnab, Burger Kambing, dan yang sedang popular sekarang adalah Burger Bakar.  Setiap satu menu itu juga ada yang ditambahkan pakej istimewa di mana ditambah telur ataupun pun keju.


Gerai burger selalunya mula beroperasi lewat petang sehingga lewat malam.  Ini adalah kerana sasarannya adalah pelajar-pelajar dan anak bujang yang suka keluar untuk makan dan minum lewat malam.

Bisnes ini selalunya dimonopoli oleh golongan remaja lelaki kerana proses menyediakannya mudah.
Bahan-bahan mentah untuk bisnes burger seperti kepingan daging dan sayur-sayuran  juga senang didapati di pasaraya-pasaraya.




Foto:
joinme.com.my
virtualmystic.wordpress.com

Sunday, April 21, 2013

Beriadah bersama keluarga - 21.04.13

Teks: Aishah Hussein

Hujung minggu adalah hari untuk keluarga.  Dua hari ini tak sempat untuk membuat catatan harian.  Minggu ini kami banyak melakukan riadah.  Seronok bila dapat gembirakan hati anak-anak.

Sambil beriadah masih ingatkan along nun jauh di sana.  Apa sahaja aktiviti yang kami lakukan di sini selalunya akan dirakamkan ke dalam image dan dihantar melalui whatsapp.  Itu sahaja cara saya untuk menghilangkan rasa rindu along kepada kami.


Dapatkan ebook 30 Tips sihat ibu hamil & pantang di Buku Online

Saturday, April 20, 2013

Kek Kukus

Teks : Aishah Hussein

Kek kukus adalah jenis kek yang dimasak menggunakan kukus.  Kek yang dimasak secara kukus selalunya lebih lembab dari kek yang dibakar.

Antara kek yang dimasak secara kukus adalah Kek Coklat Moist, Kek Lapis Sarawak, Kek Buah, Kek Lapis Indonesia, Kek Lapis Krim Cheese.


                                                        Kek Coklat Kukus

                                                          Kek Buah Kukus


                                                      Kek Lapis Kukus

Untuk memastikan kek kukus lebih tahan lama, digalakkan untuk menyimpan di dalam peti sejuk supaya ia tidak berkulat.  Kek boleh dibalut dengan plastic wrap atau aluminium foil. Kemudian diletakkan ia di dalam bekas tupperware supaya ia tidak menyerap bau-bau dan rasa di dalam peti sejuk.

foto: recipes.familyeducation.com
        vanillaessen.blogspot.com
         linapg.blogspot.com

Jenis Bisnes Kedai Makan

Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Bermacam-macam kedai makan boleh diusahakan.  Ia boleh dibahagi kepada beberapa kategori.  Antaranya : 
   
Foto: www.paksucorner.com
- restoran
- gerai
- Van/trak makanan(gerai mobil)
- kantin sekolah
- kafe
- kedai makanan segera
- kiosk
                                
Foto: sharinginfoz.blogspot.com
Waktu beroperasi bagi bisnes seperti ini ada yang bermula seawal subuh, ada yang hanya dibuka dari pukul 3 petang hingga tengah malam dan ada yang dibuka 24 jam.

Bagi yang memulakan perniagaan untuk hidangan sarapan, kerja-kerja pembelian bahan mentah harus dilakukan seawal mungkin, ataupun membuat stok sehari awal.  Penyediaan masakan harus dimulakan seawal pukul 3 pagi.

Foto: melayuinovatif.blogspot.com
Untuk membuka kedai makan, kita harus mempunyai tukang masak yang cekap.  Cekap dalam menyediakan makanan dengan pantas.  Tukang masak juga harus pandai memasak masakan yang sedap yang dapat menarik minat dan memikat citarasa pelanggan.  Ia akan banyak membantu memajukan bisnes kedai makan kita.

Tetapi kejayaan sesuatu bisnes makanan bukan sahaja terletak kepada makanan yang sedap. Servis dan layanan kepada pelanggan juga adalah keutamaa kepada pelanggan.  Walaupun rasa dan mutu makanan sedap, tetapi jika servis yang lambat diberikan kepada pelanggan, kemungkinan kita akan kehilangan pelanggan kepada kedai lain.
Foto: mgsklang.weebly.com
            
                                                      
                                               
                                   
Foto: convergence.net.my
Bisnes kedai makanan juga perlu konsisten.  Bisnes sebegini tidak boleh sesuka hati beroperasi. Pelanggan akan cepat kecewa bila didapati kedai tidak beroperasi tiap kali mereka ke kedai.
                                      
                                
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...