Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Semalaman menjalankan tugasan ala-ala wartawan. Menyusun ayat-ayat hasil dari temuramah dengan seorang chef pada hari Jumaat. Masih lagi belum selesai, maklum wartawan tidak bertauliah ini sudah keras skil menulisnya.
Bukan senang untuk menyusun kembali dari catatan jawapan. Tetapi Alhamdulillah sesi temuramah berjalan lancar. Nantikan kemunculannya.
Sumber: Bab 3 super wahm super mom dapatkan di Buku Online atau
di http://buku-online4u.blogspot.com/
Tekanan urus rumahtangga
Pada mulanya memang sukar. Tekanan dengan kerenah 4 orang anak (dulu
semua hantar taska). Saya perlu uruskan kerja rumah, siapkan tempahan,
pentadbiran perniagaan dan nak menahan perasaan terperap dalam rumah.
Saya menghadapi masalah kemurungan hampir enam bulan, alhamdulillah saya
ada ramai sahabat seangkatan yang beri sokongan.
Dan sekarang
selepas dua tahun lebih menjawat jawatan WAHM, saya sudah boleh
sesuaikan diri. Malah saya tidak akan berfikir dua kali untuk menolak
sebarang jawatan lain yang ditawarkan pada saya yang akan menyebabkan
saya terpaksa kembali ke dunia pekerjaan 9-5.
Ya, saya masih tepuk
dahi dengan kerenah anak anak, tak dapat cuti sakit bila demam selsema
dan urut pinggang lepas buat kerja rumah tapi yang penting sekarang
adalah kepuasan yang saya dapat. Tidak semua orang dapat merasa untuk
dibayar bila hobi di rumah di samping anal-anak tersayang.
Perkongsian Noor Hidawati.
No comments:
Post a Comment