Mungkin ramai juga yang fikir susah
untuk memiliki bisnes masakan. Tetapi
dengan beberapa langkah yang mudah dan pelaburan wang yang sedikit, kita mampu
memulakan bisnes masakan dan mendapat pulangan modal yang cepat. Apa yang penting adalah mencari produk yang
pelanggan mahu contohnya membuat sambal tumis resipi keluarga, muffin atau biskut yang
lebih lazat dari yang boleh didapati di pasaran. Setelah itu kita boleh mula pakejkan dan
pasarkan.
Foto:
www.nst.com.my
Foto: bakingfix.com
Jika kita memang terfikir untuk
menjalankan bisnes masakan secara home-based tetapi tiada kemahiran di dapur,
kita harus mula mencari kelas-kelas memasak.
Kemahiran memasak adalah suatu perkara yang wajib. Dengan menghadirkan diri ke kelas-kelas
masakan, bukan sahaja kita menambahkan kemahiran memasak tetapi juga menambah
pengetahuan tentang peralatan dan bahan-bahan masakan yang digunakan. Kita juga
akan didedahkan cara pengendalian makanan supaya masakan kita sentiasa terpelihara
dari sebarang pencemaran. Dengan itu kita
dapat mengukuhkan kemahiran asas dalam bidang masakan.
Sekarang sudah ada banyak kelas-kelas, bengkel
dan seminar yang boleh kita pilih untuk hadir.
Boleh rujuk kepada entri saya di sini.
Kalian boleh mulakan dengan kelas-kelas yang sederhana yurannya. Untuk bisnes dari rumah, kelas-kelas yang
sederhana ini juga sudah memadai kerana ramai juga ahli bakeri yang lahir
sekarang hanya bermula dengan menghadiri kelas-kelas yang sederhana
sahaja. Walaubagaimanapun, jika ingin
pergi lebih jauh dalam bidang bisnes ini, adalah lebih baik hadir ke
kelas-kelas yang mengeluarkan sijil-sijil.
Dengan itu kredibiliti kita tidak akan dipersoalkan.
Dapatkan pakej ebook Super Wahm Super Mom dan Jana Wang di Rumah
di Buku Online dan http://buku-online4u.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment