Sup adalah satu menu yang paling senang disediakan. Anak-anak yang tidak suka makan lauk pedas memang suka makan sup. Sewaktu kerja dulu, kalau lambat sampai di rumah bila jam teruk, sup adalah antara menu yang dimasak.
Kali ini saya kongsikan resipi Sup Ikan Merah
Sup Ikan Merah
Bahan-bahan:
2 keping Ikan Merah 2 ulas Bawang putih } ditumbuk
2 ulas Bawang merah} ditumbuk
3 ulas Bawang putih } dihiris
3 ulas Bawang merah} dihiris1 inci Halia dimayang halus
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam secukup rasa
1-2 biji Tomato
Daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan
1. Ikan dibasuh bersih.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan rempah-rempah.
4. Setelah itu masukkan bahan-bahan yang telah dihiris.
5. Setelah warna kekuningan, masukkan air.
5. Bila air telah menggelegak, masukkan ikan.
6. Mauskkan garam secukup rasa. Biar sehingga ikan masak.
7. Masukkan tomato, daun bawang dan daun sup.
8. Jika ada, boleh letakkan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment