Monday, March 25, 2013

Bisnes Makanan Sejuk Beku


Teks : Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Dengan kesibukan ibu-ibu bekerja, makanan sejuk beku juga semakin mendapat di tempat hati masyarakat Malaysia.  Salah satu sebab adalah kerana ia pantas disediakan dan menjimatkan masa.  Berbagai jenis makanan sejuk beku yang ada di pasaran.  Kalau dulu, hanya bahan mentah yang disejuk bekukan.  Tapi kini bermacam-macam makanan telah dihasilkan.  Balik rumah hanya kukus, rebus atau pun goreng, terus boleh makan.

Mula-mula dulu makanan sejuk beku yang dihasilkan adalah lebih kepada makanan segera seperti nugget, piza dan kentang goreng.  Makanan begini memang mendapat tempat di hati anak-anak.  Ibu-ibu yang sibuk selalunya memang akan membeli dan membuat stok di rumah.  Tetapi sekarang, bukannya makanan untuk kanak-kanak sahaja, kuih-kuih tradisional melayu juga sudah disejuk bekukan.  Antaranya kuih kuaci, roti canai, karipap, donut, murtabak, cucur badak, satar dan pulut panggang.  Ini semua boleh menjadi penyelamat bila ada tetamu datang ke rumah secara mengejut. Dan yang paling saya rasa sangat lega sekarang ialah sudah ada produk-produk untuk membuat yong tau foo seperti fucuk, bebola ikan, kek ikan dan lain-lain.  Dulu produk-produk ini memang dihasilkan oleh orang bukan Islam, tetapi sekarang amat mudah untuk mendapatkan produk halal.  Jadi, terpeliharalah umat islam dari memakan produk yang tidak diyakini kehalalannya.
Masa zaman mak-mak kita dulu, mereka suri rumah sepenuh masa.  Untuk sarapan, malam-malam sudah mula buat karipap.  Pagi-pagi esoknya bangun awal-awal gorengkan karipap untuk anak-anak bersarapan ataupun untuk dibawa bekal ke sekolah. Petang nanti siapkan lagi menu untuk minum petang.  Bubur kacang ataupun ubi kayu rebus.  Semuanya kuih-kuih tradisional yang memang menjadi nostalgia kepada kami yang veteran ini.  Tetapi sekarang ibu-ibu dah sibuk.  Pagi-pagi keluarkan sahaja karipap sejuk beku dan gorengkan.  Manalah sempat nak buat malam-malam.  Sampai rumah dah pukul berapa.  Nak masak makan malam(itupun kalau masak), nak tengokkan kerja sekolah anak lagi.  


“Zaman dah berubah, dunia dah maju”.  Kerana peredaran masa ini jugalah makanan sejuk beku semakin mendapat tempat di hati masyarakat sekarang.  Bisnes makanan sejuk beku ada yang diijalankan di rumah, kedai atau pun di kiosk.  Di pasaraya-pasaraya besar juga sudah membekalkan banyak produk-produk sejuk beku yang halal.

Untuk bisnes pembuatan makan sejuk beku, kita perlu ada kemahiran dalam memproses produk tersebut serta pengendaliannya. Kedua-dua kemahiran ini penting dalam apa juga bisnes masakan.

Tetapi jika kita tidak mahu terlibat dalam proses pembuatan, kita boleh memilih untuk menjadi pembekal.  Boleh hubungi mana-mana syarikat yang menyediakan makanan sejuk beku dan dapatkan bekalan dari mereka.  Ada juga antara syarikat  pembuat ini menawarkan kiosk untuk kita kendalikan, berkonsep seperti franchise.  Terpulang kepada kemampuan kita.  Tetapi apa-apapun pilihan kita, pastikan yang  makanan yang kita hasilkan atau jual adalah jenis yang tidak menggunakan bahan pengawet.  Jangan jadikan makanan sejuk beku bersifat seperti  makanan segera.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...