Teks : Aishah Hussein
Sudah hampir satu minggu MC di
rumah. Minggu yang membosankan kerana
tiada aktiviti luaran, hanya menghabiskan masa merehatkan diri, makan ubat dan
mengemaskini blog. Nasib baik ada kucing
jiran yang selalu datang bertamu ke rumah setiap kali kami buka pintu belakang. Hikari, nama yang diberi oleh si adik akan
terus masuk ke dalam seolah-olah rumah kami adalah rumah dia. Yang peliknya kami tak pernah melihat dia
dipanggil masuk ke dalam rumah tuannya itu, mungkin mereka hanya setakat suka
memberi makan di belakang rumah mereka sahaja tetapi tak suka kucing masuk ke
dalam rumah. Mungkin sebab itu Hikari
suka masuk rumah kami dan bermanja-manja dengan budak-budak di rumah ini. Paling tidak, ada penghibur di rumah ini,
sebab Hikari adalah sangat penikus.
Kalau diberi makan pun dia akan main dan baling dulu makanan itu, baru
dimasukkan ke dalam mulut. Bila dah puas
makan dan main, dia dengan sendirinya akan tunggu di depan pintu untuk
keluar. Jadi setiap pagi, dah macam
tertunggu-tunggu si pelawat ini.
Harapan saya, apa yang kami berikan kepada Hikari, masa, makanan dan
belaian ini diberi balasan pahala di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment