Friday, December 26, 2014

Banjir di Pantai Timur

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Syukur atas nikmat dan ujian Mu.
Hari ini Malaysia diuji dengan bencana banjir.  Saya sebagai hamba kerdil hanya mampu berdoa dari jauh agar kesemua mangsa banjir dilindungi Allah dan diberi ketenangan dalam menghadapi ujian ini.

Sebagai usaha membantu mangsa banjir ini, kami Akademi Bekerja di Rumah akan membuat kutipan derma bagi meringankan beban mangsa-mangsa ini.

Mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Kutipan sedang dijalankan bagi  menyediakan kelengkapan berikut:
Tikar, selimut, telekung solat, tuala.
Terima kasih di atas jasa baik semua.
Bagi yang mahu menderma, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.
boleh wassap ke 013-3837768
atau bank in terus ke Maybank 562478147639, emel noraisah.hussein@gmail.com



Wednesday, December 24, 2014

Contoh entri pengenalan

Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.
TENTANG PENULIS

Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8 adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand (Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan) Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.

Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen, kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga. Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi, berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama. Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri saya..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.
InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.
http://puanfaridahyusof.blogspot.com/p/kenali-penulis.html
Berkenalan dengan penulis: Faridah Yusof

Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR.




Tuesday, December 23, 2014

Nostalgia Pulut Panggang

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Setiap hari bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.
Mulakan hari dengan hak Allah.  Inshaallah hak kita akan datang tanpa diminta.

Ahad lepas menghantar tempahan Congo Bar dan Brownies untuk rakan ofis lama di TTDI Jaya.  Walaupun sudah bersarapan di rumah, hati ini sudah berniat untuk membeli Pulut Panggang di kedai makan Mak Uda.  Dulu-dulu masa kecil, selalu arwah mak belikan pulut panggang di pasar besar Kuantan.  Harga masa tu 10sen sebiji.  Apabila sudah berkahwin, masih lagi suka dengan Pulut Panggang. Jadi bila balik ke kampung, masih pergi ke pasar dan beli tetapi harag sudah jadi 20 sen sebiji.
Di Shah Alam, harga sebiji adalah RM1 tetapi rasanya sedap dan inti ikannya banyak.  Walaupun mahal setiap hari, Pulut Panggang ini memang laku.  Apabila lalu di sebelah tray pulut panggang, bau pulut yang dibakar dalam daun pisang seperti memutar kembali zaman silam.  Mmm, memang air liur terus kecur.  Kadang-kadang nafsu perlu dibendung.  Bila perut sudah kenyang, saya abaikan aje.  Tetapi sebab sudah lama tidak menjamah pulut ini, semalam memang beli 4 biji terus, sebiji seorang.  Saya makan 2 biji ya sebab en suami sudah keluar berjumpa rakan.  Alhamdulillah rezeki saya.

*Ada yang panggil Pulut lepar.  Kalau di Kelantan Pulut Lepo lah ye :)


Friday, December 19, 2014

Akademi Bekerja di Rumah

Teks: Norzalina Hamzah

Banyak peluang yang dilabelkan sebagai bekerja di rumah yang diuar-uarkan di Internet. Berbagai-bagai nama diberikan dengan pelbagai janji mendapat pendapatan yang lumayan setiap bulan. Ada juga yang saya cuba tetapi tidak ada yang sesuai dan mencapai objektif. Saya terjumpa blog Guru Online Aishah Hussein. Terperanjat kerana ada komuniti yang sebesar ini menawarkan peluang bekerja di rumah.

Akademi Bekerja Di Rumah diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. Pakej yang ditawarkan memang menarik dan pelbagai. Boleh bermula dari asas membuat blog dan belajar menulis di blog dengan cara yang betul. Jika mempunyai produk, boleh belajar pasarkan produk di blog dan belajar teknik pemasaran. Jika tiada produk, boleh jadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah. Jika berminat pula dengan penulisan novel dan cerpen, ada kelasnya. Hendak belajar tentang mengurus kewangan dari perniagaan juga, ada programnya. Banyak lagi yang ditawarkan oleh ABDR.

Apa yang lebih menarik bagi saya adalah kita boleh memilih untuk menghadiri kelas-kelas ini secara kelas fizikal atau kelas secara dalam talian. Menarik! Boleh bermula pada bila-bila masa pada waktu kelapangan kita dan apabila kita telah bersedia. Janjinya ada komputer dan servis Internet. Kita dibekalkan dengan e-book yang berkaitan, di mana kita perlu baca terlebih dahulu untuk mendapatkan keseluruhan idea tentang apa yang kita pelajari. Jika kurang jelas, boleh rujuk pada Guru Online. Saya sifatkan kaedah “mentor” dan “coaching” ini efektif, baik untuk “Study at home mom” (SAHM), “Stay at home mom (SAHM Sepenuh masa)”, “Work at home mom” (WAHM) atau “Small office home office” (SOHO).

Lebih menarik lagi apabila melihat jumlah trafik ke blog meningkat dari sehari ke sehari. Dengar kata Guru, ikut panduan dan tips di dalam e-book Belajar Asas Blog. Saya pernah mempunyai blog suatu ketika dahulu, menjual produk penjagaan kulit muka. Bayangkan selepas setahun baru mendapat satu khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan produk dan selepas hampir 2 tahun, baru menerima panggilan pelanggan inginkan maklmat lanjut tentang produk! Masa itu, melihat orang membuat blog, kita pun hendak buat juga. Melihat orang memulakan bisnes online, kita pun hendak buat juga. Tetapi orang lain berbekalkan ilmu didada, kita buat ikut-ikutan sahaja.

Penting kita belajar dari mereka yang telah berjaya. Mereka telah bersusah payah melangkah, melakar kejayaan, kita sebenarnya perlu “copy” sahaja dan ikut panduan yang diberikan. Tetapi saya pasti bahawa apa pun yang kita lakukan perlu buat dengan bersungguh-sungguh, nekad dan bulat hati dengan apa yang ingin dibuat. Tetapkan matlamat, berusaha dan berserah.
Perjalanan ini masih jauh. Semoga kita bersama-sama mencapai kejayaan. ;)
Sumber: http://norzalinahamzah.com/akademi-bekerja-di-rumah-abdr/

====================================
Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Grup Coaching 
-Kelas Online 12/01/15, Isnin pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog

Saturday, December 6, 2014

Kelas Asas Blog- offline Subang 2

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Pagi ini bumi Shah Alam dibasahi hujan.  Pokok-pokok pun seronok bermain air.  Semalam sempat mengalih pokok-pokok cili dan selasih yang semakin membesar ke pasu yang lebih besar.  Moga semuanya membesar dengan subur.  Bagi yang mahu mula bercucuk tanam, boleh mula dengan menanam kangkung memandangkan cuaca sekarang kerap hujan.  Kangkung sangat suka dengan air jadi lebih mudah hidup :)

Sempena musim cuti sekolah, saya juga menawarkan kelas offline bagi yang berminat untuk belajar secara "one-to-one".  Boleh pilih hari Selasa, Khamis ataupun Jumaat di sebelah pagi.  Hari lain saya tidak buat kelas sebab saya ada kuliah agama yang saya perlu hadiri.  Bagi yang berminat boleh hubungi saya untutk tetapkan tarikh dan hari ya.


Yuran Kelas: RM300
Pendaftaran 2 orang serentak, bayar hanya RM500
Boleh wassap/pm ke fb untuk bincang dan keterangan lanjut.

Monday, December 1, 2014

Cerita semalam

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Hari ini bersiaran dari bumi Shah Alam.
Kepenatan setelah satu hari suntuk bermusafir ke Temerloh.
Jadi Co-driver aje tetapi lagi penat sebenarnya. Perlu peka dengan laluan-laluan yang disarankan oleh gajet canggih, kononnya. Tetapi bila talian broadband sudah kurang dan terus hilang, panduan pun hilang macam tu aje. Jadi terpaksa berbalik kepada panduan konvensional juga, berhenti di gerai dan bertanyalah pada pakcik yang sedang minum :)

Pagi ini jika dilayan mata yang masih samar-samar, memang mahu kepala ini diletakkan ke bantal. Cuaca juga mendung aje di luar.

Selesaikan dulu hak Allah, kemudian semak checklist tugasan hal dunia satu persatu.
Moga kita sama-sama mendapat keredhaanNYA dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.


Bagi yang baru mahu mula bina kedai online. Sertai kami di ABDR belajar menjana pendapatan secara online.
Daftar kelas asas mula bisnes online.
Menjual produk tanpa perlu simpan stok.
Menjual produk tanpa perlu keluar rumah.
Mulakan dengan bisnes produk dropship ABDR.




Singgah sini untuk lihat produk
http://buku-online4u.blogspot.com/
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...