Saturday, November 30, 2013

Ruang dapur ruang mendidik

Tek: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Petang semalam diuji Allah dengan sedikit kesakitan agar kita lebih dekat dengan DIA. Betapa ruginya jika di bibir hanya mengeluh kesakitan.
Allahuakbar. Betapa Engkau Maha Pengampun dan sentiasa sayangkan hambaMU ini.
Terima kasih Allah kerana sentiasa mengingatkan ku dan memberi pelajaran baru buat hambaMu yang kerdil ini.

Ketika diri hanya mampu berbaring, bau harum nasi goreng semerbak menyelinap ke ruang tamu.  Alhamdulillah Allah berikan minat dan skil taraf pelatih untuk anak bujang saya.  Asalkan lepas untuk mereka dua beradik makan, saya sudah sangat bersyukur.

Masakan yang sedap dari air tangan ibu bukan sahaja untuk mengenyangkan perut anak-anak tetapi juga dapat menarik hati anak-anak untuk mengembangkan minat dan bakat.  Tidak sangka pula pujian yang saya terima dari angah setiap kali saya hidangkan makanan buat keluarga rupanya membuahkan rasa keinginan di hati angah untuk masak.  Saya tahu walau tidak sesedap makanan orang lain tetapi masakan air tangan ibu tetap nombor 1 di hati anak-anak.

Saya mula izinkan angah betul-betul memasak sendiri ketika berumur 12 tahun.  Bermula hanya dengan masak nasi menggunakan periuk letrik.  Selepas itu goreng telur "scramble" dan lama-kelamaan angah dengan sendirinya sudah ingin mencuba masak menu-menu yang lain.

Angah saya bukan orang yang "lembut" ya.  Tetapi minat dia untuk belajar masak bukanlah sehingga menjadi chef terkemuka (hmm tetapi mana tahu kan, jika itu ketentuan Allah).  Bagi saya walaupun dia seorang lelaki, dia perlu tahu untuk masak yang asas dan rajin membantu di dapur.  Jadi lelaki bukan hanya tahu makanan dihidangkan di depan mata tetapi sama-sama membantu ibu dan kakak memotong bawang, memasak dan mengemas dapur setelah selesai kerja.  Barulah dapat ikut sunnah nabi, membantu isteri.  Allahuakbar.  Masih jauh perjalanan angah tetapi jika tidak diterap dari sekarang, bila lagi.

Sebagai ibu, saya suka jadikan ruang dapur bukan sahaja sebagai tempat memasak tetapi juga sebagai ruang mendidik anak-anak.  Saya selalunya banyak bercerita dan berborak dengan anak-anak ketika sedang memasak.  Apabila saya mula masuk dapur, kebiasaannya saya akan memanggil anak-anak yang sudah besar supaya membantu.  Biarpun setakat hanya memotong bawang.  ketika itulah kami akan bercerita tentang keluarga, hal-hal di sekolah, masakan arwah Wan dan Tok mereka.  Sambil gelak-gelak dan bergurau.  Kadang-kadang mereka bawa ipad dan pasangkan cerita dan kami sama-sama menonton sambil memasak.  Alhamdulillah, aktiviti memasak tidak membuat anak-anak stres, walaupun pada asalnya mereka ada aktiviti sendiri yang hendak dilakukan.  Si adik juga akan turut sama membawa buku untuk membaca dan menulis.

Bagi mereka yang mempunyai ruang dapur yang kecil, boleh cuba letakkan meja makan di tepi laluan ke dapur atau pintu masuk ke dapur.  Dengan itu anak-anak masih boleh berinteraksi dengan kita ketika kita masak.  Sambil masak boleh lagi memantau anak-anak membuat kerja sekolah.  Anak-anak yang besar juga boleh membuat kerja-kerja menyediakan bahan untuk memasak di ruang itu.



Selalu libatkan anak-anak dalam aktiviti harian, dengan itu mereka akan sentiasa merasa seronok untuk bersama kita walaupun mereka sudah besar.  Saya jadi semakin bimbang apabila melihat ada cucu yang sudah dewasa tidak mahu lagi pulang ke kampung bersama ibubapa untuk melawat datuk dan nenek walaupun pada hariraya. Alasan yang diberikan oleh ibubapa, "biasalah mereka sudah besar, dah tak mahu ikut lagi mak bapa berjalan".

Mudah-mudahan anak cucu kita menjadi generasi yang masih seronok untuk pulang menziarah kita apabila kita tua nanti.


Thursday, November 28, 2013

Wajah baru tetapi matlamat tetap sama

Teks: Aishah Hussein

Bismillah
Permulaan cuaca pagi yang indah.  Moga ceria hingga ke petang.  Kita sebagai hamba Allah hanya mampu berdoa dan redha di atas pemberian Allah.

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah lebih 7 bulan saya berhenti kerja dan menjadi WAHM(Work-at-home-mom).  Masih baru dalam dunia ini tetapi dek kerana di kelilingi oleh kumpulan yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada ahli, saya rasa seperti sudah lama menjalankan bisnes online.  Perancangan Allah cukup hebat.  Siapa sangka saya akan berjumpa dengan rakan-rakan ini, walau hanya di alam maya tetapi rasa sudah seperti lama mengenali mereka.

Ketika permulaan kelas asas blog bersama Puan Masayu, peserta masih tidak ramai.  Seramai 10 orang peserta yang ditawarkan pakej kelas bersama terbitan ebook.  Tidak ramai yang sampai ke garisan penamat kerana masing-masing ada tuntutan tanggungjawab di pejabat dan keluarga.  Namun, antara yang berjaya tamatkan kelas kini ditawarkan jawatan sebagai guru online.  Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari, ilmu bisnes dan juga penulisan.  Bukan sahaja dari pengasas akademi tetapi juga dari rakan-rakan peserta yang lain.

Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk mencurahkan ilmu kepada suri di luar sana untuk sama-sama menjana pendapatan hanya dari rumah.  Tidak kira bisnes apa asalkan boleh berada di rumah bersama anak-anak.  Semasa saya membuat keputusan untuk berhenti, setiap hari saya memohon petunjuk agar diberi saya peluang untuk berada bersama-sama anak-anak di rumah di samping menjana pendapatan yang berkat.  Mohon dilorongkan saya kepada bisnes yang mampu saya lakukan.  Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya.

Ramai sebenarnya ibu-ibu yang bekerja ingin berhenti kerja untuk bersama anak-anak dan keluarga tetapi tuntutan dari ekonomi yang tidak kukuh atau sokongan keluarga yang tidak menggalakkan membuatkan impian mereka terhalang.  Jadi, nasihat saya mohonlah petunjuk dari Allah dahulu.  Inshaallah dengan niat yang murni dan ikhlas untuk berkorban untuk keluarga, Allah akan lorongkan jalan yang mudah untuk kita.

Bagi rakan-rakan yang masih bekerja, usah pula terasa hati di atas laungan kami, kaum WAHM tentang kepuasan kami bekerja di rumah.  Tidak bermakna suri yang bekerja di pejabat  ibu yang tidak hebat.  Malah mereka juga lebih hebat kerana berjaya bekerja di pejabat dan bergegas pulang untuk mengambil anak-anak.  Tugas mereka lebih berat sebenarnya, lepas bekerja sambung lagi buat kerja rumah.

 Apa yang membezakan adalah kami di rumah ada masa yang fleksibel untuk buat kerja rumah mengikut jadual kami. Tidak pula kami duduk di rumah hanya menonton sinetron. (Sejak saya berhenti kerja, saya tidak ada masa untuk duduk di depan TV menonton satu drama ke satu drama). Malah kami perlu berusaha untuk menjana pendapatan, tidak lagi mengharap gaji dari majikan di hujung bulan.  Pukul rata sama sahaja, tiada siapa yang tiada siapa yang kurang.  Pilihan untuk duduk di rumah bukan keputusan yang mudah untuk kami buat tetapi atas sokongan keluarga dan rakan-rakan, kami berdoa agar pengorbanan kami ini diberkati Allah.  Doa kami untuk rakan-rakan yang masih berjuang untuk menjadi SAHM(Stay-at-home-mom) atau WAHM, moga Allah permudahkan jalan untuk kalian.


Ramai juga yang PM bertanyakan bagaimana nak sertai Akademi Bekerja Di Rumah.
Untuk sertai akademi, perlu mendaftar di salah satu kelas yang ditawarkan oleh akademi.

4 kelas online berikut ditawarkan:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, facebook dan juga fanpage. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, RM50 dan seterusnya (tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta). Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Antara ebook bonus yang diberikan semasa mendaftar di kelas.  



Bagi yang berminat untuk sertai kelas, daftar sekarang. Tinggal 2 hari lagi promosi November bakal berakhir.

Hubungi saya untuk pendaftaran kelas :

email : noraisah.hussein@gmail.com
sms /whatsapp : 013-3837768
add saya di facebook : https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Untuk beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Wednesday, November 27, 2013

Ulasan ebook Super Wahm Super Mom - Mahizan Nani

Teks: Aishah Hussein


Menjadi seorang Wahm perlu banyak membaca buku motivasi.  Bukan kerja di pejabat sahaja yang stress, kerja di rumah juga stress.
Tips yang dikongsi  di dalam Ebook Super Wahm Super Mom ini bukan sahaja untuk menangani stres bagi suri rumah sahaja tetapi juga boleh digunapakai oleh ibu-ibu yang sibuk bekerja di pejabat.

Baca ulasan dari Mahizan Nani
Sumber: http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-ebook-super-wahm-super-mom.html

Jika ditanya kepada kebanyakan kaum ibu, apakah tidak teringin untuk menjadi surirumah yang dapat mengasuh anak sendiri, pasti kebanyakannya akan berkata “Ya, itulah impian saya”. Namun bukan semua orang dapat merealisasikannya kerana banyak faktor penghalang seperti kos hidup yang semakin tinggi, hutang yang masih belum selesai dan sebagainya. Saya juga begitu, ketika masih bekerja, saya membayangkan bagaimana keadaan anak saya apabila dia mula bersekolah nanti? Adakah saya mempunyai masa untuk mendengar setiap ceritanya sekembalinya dia dari sekolah? Sedangkan pulang sahaja dari tempat kerja, ambil anak di taska, kerja di rumah sudah menimbun. Sebenarnya saya menjadi SAHM (Stay at home Mom) secara tidak sengaja kerana ketika itu, suami tiba-tiba diarahkan untuk bertukar cawangan ke utara. Jadi, tanpa apa-apa persediaan saya terus meletak jawatan di sebuah firma guaman dan berpindah mengikut suami.  Awal tahun itu, anak sulung mula bersekolah tadika. Saya mula merasa seronok melayan anak di rumah namun dalam masa yang sama masih berkeinginan untuk bekerja. Tanpa dirancang, tiba-tiba saya disahkan mengandung anak ke 3. Sejak itu, jadi saya menangguhkan hasrat untuk mencari kerja sehingga anak ke 3 lahir. Kekerapan suami outstation juga membantutkan hasrat mencari kerja kerana sebagai perantau di sini, tiada saudara-mara yang boleh diharap untuk membantu menjaga anak-anak sekiranya saya ada urusan di luar.

Sesungguhnya eBook SUPER WAHM SUPER MOM ini benar-benar memberi inspirasi kepada saya. Mengikuti setiap pengalaman para WAHM (Working At Home Mom) dalam ebook ini membantu saya mengenali diri sendiri. Sebelum ini, saya kurang keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada pengetahuan langsung tentang keperluan untuk menjadi WAHM yang berjaya. Antara topik paling menarik perhatian saya dalam ebook ini ialah Tips Sukses Urus Masa sebagai WAHM. Ini kerana walaupun saya sudah bergelar SAHM selama hampir 3 tahun, namun saya masih belum berjaya menguruskan masa dengan tersusun dan efektif. Sebelum membaca ebook ini, saya melaksanakan kerja-kerja di rumah ikut sempat, tanpa ada target tertentu. Secara tidak langsung, saya gagal merencana sesuatu kerja mengikut jadual dan adakalanya terbit rasa malas. Tetapi selepas membaca ebook ini, saya berjaya menetapkan matlamat yang perlu saya capai setiap hari dengan merancang rutin jadual yang tidak membebankan namun di penghujung hari, saya berjaya mencapai satu kepuasan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini. Kepuasan itu saya anggap sebagai satu kejayaan yang berharga selepas menjalankan misi yang dirancang. Saya tidak lagi merasa hari yang saya lalui sebagai hari yang sia-sia bahkan teruja untuk menjalani hidup yang seterusnya. Saya benar-benar menghargai setiap detik bersama anak-anak dan perasaan ini tidak pernah saya rasa sewaktu saya masih bekerja dahulu.

Tip Pengurusan Stress juga sangat membantu. Tekanan berlaku apabila kita tidak mampu mengawal situasi dengan cara yang betul, justeru sekiranya kita boleh memulakan kerja dengan aura yang positif dan tidak tergesa-gesa, pasti kita tidak akan tertekan. Pengagihan kerja berdasarkan kepentingan sama ada perlu segera, tidak berapa segera atau boleh ditangguh memudahkan kita menyiapkan tugas dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

Secara peribadi, saya berasa eBook yang mengandungi perkongsian pengalaman pahit manis seseorang WAHM yang penuh informasi oleh semua wanita-wanita hebat ini dapat menaikan semangat dan menjadi inspirasi saya untuk yakin dan percaya yang setiap cabaran dan dugaan perlu dilalui dengan penuh kesabaran kerana dipengakhiran nanti akan memberi kegembiraan yang tidak ternilai.

Kesimpulannya, demi mencapai matlamat menjadi WAHM tahap super, kita perlu berusaha dan memberikan komitmen yang jitu kerana seorang ibu itu adalah guru pertama yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kita sama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

------------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang ingin berkongsi kepakaran melalui blog tetapi tidak tahu cara, boleh
1. PM saya di Aishah Hussein atau
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Tuesday, November 26, 2013

Produk yang boleh disejuk bekukan

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Bagi yang mencari idea kuih apa yang boleh dibuat bisnes produk sejuk beku.  Antara makanan tradisional yang kini sudah ada dijual dalam bentuk sejuk beku adalah:

1. Pulut panggang
2. Kuih Koci
3. Cucur Badak
4. Pegedil
5. Satar
6. Karipap
7. Pau
8. Donut
9. Kuih Puteri Ayu
10. Roti Canai
11. Popia
12. Murtabak



Untuk menyediakan produk sejuk beku ini, perlu tahu cara menyediakan, cara pemnyimpanan dan cara pengendalian produk agar produk mampu bertahan lama dan tidak mudah rosak.

Banyak kelas yang ditawarkan oleh bakeri-bakeri di luar sana.  Boleh juga lihat di sini untuk senarai kelas memasak.

Sumber foto: http://www.azizahcheros.com.my/
---------------------------------------------------------------------------------------
EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
SUDAH TERBIT
Dapatkan segera dengan harga RM50 SAHAJA

atau PM saya Aishah Hussein


EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


Monday, November 25, 2013

Kepercayaan antara teras utama bisnes berkembang

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Assalamualaikum.

Ketika menghadiri kenduri kahwin di Kedah baru-baru ini, saya sempat singgah di rumah audara kepada en suami.  Suami sudah pun pencen.  Hanya tinggal berdua di rumah, anak-anak dua orang dan sudah berkahwin serta tinggal berjauhan.  Isteri beliau memang seorang suri rumah.

Dalam tahun ini mereka berdua sudah mula membuat bisnes di rumah, bisnes karipap pusing sejuk beku.  Menurut mereka, bisnes ini sebenarnya meraka sudah buat sewaktu mereka muda dahulu tetapi terpaksa berhenti kerana isteri ada masalah kesihatan.  Ketika itu harga karipap hanya 10 sen dan mereka menjual 3 biji dalam satu plastik.  Itu adalah sekitar tahun 80-an.

Kini mereka mula kembali membuat karipap tersebut bagi mengisi masa lapang.  Harga karipap dijual dengan harga 35 sen sebiji dan menurut mereka lagi tempahan selalunya mencecah 80 biji ke 100 biji sekali oder.

Usik suami saya, "bisnes ni kalau buat jual online lagi laku keras".  Kata pasangan itu, mereka tidak mahu meluaskan secara online kerana bimbang tidak dapat menampung dengan oder yang lebih banyak.  Hanya jual di sekitar taman perumahan sahaja.  Promosi juga hanya di sekitar situ sahaja.

Apa yang menarik ialah sokongan dari si suami membantu si isteri di dapur.  Setiap hari si suami akan membantu isteri mengupas kentang secara manual.  Isteri akan membuat kerja-kerja memasak.

Tanya saya, "kenapa tidak upah pembantu? Apabila bisnes semakin maju nanti cepat sikit kerja."

Jawab isteri, (ini saya tulis dalam ayat saya sendiri) "Susah kami nak menjaga mutu dan kualiti produk nanti bila ada pembantu.  Cara mereka isi inti karipap dan mencantum kulit pun sudah tidak menepati kehendak mereka.  Hasilnya nanti karipap tidak jadi cantik seperti yang mereka buat.  Belum masuk bab mengelim tepi karipap. Akhirnya nanti mereka sendiri juga yang akan membuat semua kerja.  Kerja menjadi lagi lambat kerana asyik memantau kerja pembantu."

Sebagai pengeluar produk, memang akan ada sifat susah untuk percaya kepada orang bawahan.  Tetapi jika mahu bisnes berkembang, tugasan harus diberi kepada pembantu atau pekerja.  Ia bukan setakat memberi arahan tetapi mengajar dan memantau sehingga pekerja tersebut sudah boleh berdikari dan membuat tugasan yang menepati piawaian yang kita tetapkan.  Jika kita susah memberi kepercayaan kepada orang bawahan selagi itu juga kita akan hanya menjadi tukang buat.  Semua kerja kita yang buat, dari membeli barang, potong bahan, masak, berkemas dan menghantar tempahan.  Lama-kelamaan kita akan jadi penat dan sampai satu masa kita akan cepat putus asa kerana semua perkara kita yang harus selesaikan.


Sedangkan seorang pengeluar produk boleh berkembang menjadi seorang bos dan mula memikirkan untuk meluaskan pemasaran produk.  Tugas memantau pekerja dan produk sudah boleh diserahkan kepada pembantu yang sudah dilatih mengikut piawaian yang diingini.

Konsep yang sama juga sering berlaku apabila bekerja di pejabat.  Apabila seorang bos tidak mahu mengagihkan tugas kepada orang bawahan, maka sampai bila-bila orang bawahan tidak akan pandai membuat kerja.  Dan selama itu juga lah mereka tidak ada peluang untuk naik menjadi bos.  Dan bos itu juga sampai bila-bila akan membuat semua kerja sedangkan sebagai seorang bos harus bijak melakukan pengagihan tugas di kalangan pekerja bawahan.  Apa yang penting sepatutnya adalah menyiapkan sesuatu projek dalam masa yang ditetapkan. Tetapi kerana terlalu bimbang orang bawahan tidak dapat menjalankan tugas seperti yang dia buat, kerja yang sepatutnya boleh siap cepat menjadi lambat.

Kepercayaan sebenarnya adalah antara teras utama untuk kita kembangkan bisnes.  Niatkan mengajar orang bawahan kerana Allah dan moga dengan ilmu yang kita berikan itu akan meluaskan rezeki kita dan juga rezeki pekerja kita.  Inshaallah.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Oder ebook Panduan 44 hari Pantang Tradisional & Moden, hanya RM30 November ini.
PM saya Aishah Hussein atau klik sini untuk pembelian http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html


Sunday, November 24, 2013

Kematian itu pasti, waktu nya belum pasti

Teks: Aishah Hussein

Bismillah.
Hari ini hari spring cleaning. Bantuan Allah berikan melalui keluarga mengemas dan mengelap lantai. Kepenatan seorang suri rumah hilang apabila ada sokongan dan bantuan dari ahli keluarga. Sebagai upah masak nasi ayam untuk mereka :)  Usai makan tengah hari mandi bersihkan diri, sambil-sambil mencuci tandas.  Semasa membuat kerja rumah memang tidak terasa penat tetapi selesai mandi dan duduk di sofa baru terasa longlai.  Tumit pun terasa berdenyut-denyut, kaki juga sudah lenguh.  Terasa lega bila tangan kecil adik memicit-micit kaki.

Untuk minum petang tadi, keropok goreng masih ada lagi.  Buat air teh tarik (si adik dah banyak kali sebut nak minum teh tarik) cicah dengan biskut kering.  Angah makan keropok dengan sos cili Mudim.  Sambil minum sambil melafazkan kesyukuran di hati kerana masih dapat minum petang bersama keluarga.  Walaupun ada yang berjauhan tetapi masih dapat dihubungi(ALong baru sahaja whatsapp bagi tahu sudah selesai exam).

Pukul 1 pagi tadi, terima panggilan dari keluarga en suami memberi khabar yang anak sepupu mereka baru sahaja meninggal dunia, lebih kurang pada pukul 11 malam tadi.  Innalillah.  Baru berumur 30-an meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak kecil.  Meninggal dunia di tempat kerja. Kematian itu pasti tetapi bila masa nya, hanya Allah yang tahu.  Muda atau tua bukan tanda pengukur untuk ke garisan penamat.  Bila tiba masa nya kita akan terus dipanggil.  Sementara masih hidup, buatlah ibadat seolah-olah esok kita akan mati.


Wahai ALLAH, berikanlah kekuatan kepada ku untuk terus istiqomah dalam menjalankan ibadatku kepada MU.  Izinkan bibirku menitip pujian kepadaMU selagi hayat di kandung badan.  Izinkan airmata keinsafan mengalir di pipi ini agar ia dapat menyejukkan bahang api dari nerakaMU.  ALLAH, ALLAH, ALLAH Ya Rabbal A'lamin.

----------------------------------------------------------------------------------------
Pendaftaran masih dibuka untuk 4 modul berikut:
1. Klas asas blog penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.

Kelas online ini sesuai bagi suri rumah yang ingin belajar tetapi sibuk dan ada anak kecil yang tidak boleh ditinggalkan. 

Bagi yang yang ingin belajar "secara face to face" boleh PM untuk belajar secara offline.
Pilih kelas mana yang kalian mahu turut serta. PM saya Aishah Husseinuntuk keterangan selanjutnya


Boleh juga beli ebook Asas blog jika tidak berminat untuk hadir ke kelas.


Harga ebook hanya RM50.  Klik sini untuk bayaran http://buku-online4u.blogspot.com/p/blog-page_12.html

Friday, November 22, 2013

Mahizan Nani - Ulasan Kelas asas blog Bisnes

Teks: Mahizan Nani
Sumber:  http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

      Perkenalan saya dengan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara tidak sengaja. Ketika itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS (Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber Manusia. Namun saya diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di utara kerana kurang sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala Lumpur dan sudah tentu mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut kerana kekangan jarak dan masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya, alangkah seronoknya kalau saya boleh belajar melalui online sahaja dan kebetulan semasa saya melayari blog Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan promosi Kelas Asas Blog ini.

       Tanpa berfikir panjang, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana berminat dengan kelas yang berlangsung secara online dan yang paling penting kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan sebagai surirumah sepenuh masa menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak membenarkan saya meluangkan masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada ketikanya saya langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap anak saya yang berumur 7, 4 dan 1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan sentiasa memerlukan perhatian saya.

        Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.

           Sebelum ini, saya kurang  keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.

             Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke Selangor.

             Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

            Siapa tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil  satu hari nanti kita akan berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping dapat membantu keluarga menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog kita. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.

Tuesday, November 19, 2013

Cuti panjang bermula

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Alhamdulillah hari ini kembali menulis. Kepenatan melanda setelah pulang dari kenduri di Kedah. Badan yang sudah separuh abad tidak mampu lagi untuk duduk lama di dalam kereta.  Kami bertolak sesudah Subuh ke Kedah.  Pulang ke Kuala Lumpur pada petang nya.  Walaupun hanya en suami yang memandu(kesian dia), tetapi saya yang tidak memandu juga terasa penat kerana kaki tidak dapat berlunjur.


Hari ini kembali kepada rutin harian.  Cuti sekolah kali ini saya tidak akan bercuti ke mana-mana.  Hanya hadir ke kenduri saudara-mara sahaja.  Bulan Disember juga inshaallah akan ke Kedah lagi untuk menghadiri kenduri kahwin.  Anak-anak juga faham dengan keadaan ekonomi keluarga yang perlu dikukuhkan dahulu.  Mujur anak-anak tidak pernah bising untuk bercuti ke hotel atau ke mana-mana.

Cuti hujung tahun ini adalah kali yang pertama saya berada di rumah bersama mereka sepenuh masa.  Syukur dapat meluangkan masa bersama anak-anak walaupun hanya di rumah.  Kita sebagai ibu harus bijak merancang masa agar anak-anak tidak hanya habiskan masa dengan bermain game dan menonton tv sahaja.

Bagi yang mampu boleh hantar anak-anak ke program motivasi.  Cari program yang mendidik jiwa mereka agar lebih dekat dengan Allah.  Bukan setakat seronok bersukan dan aktiviti lasak sahaja tetapi seronok juga dengan pengisian agama.

Bagi yang tidak mampu seperti saya, boleh didik jiwa mereka dengan cara lain.  Jika masih ada nenek dan datuk di kampung, boleh bawa mereka ke kampung dan ajar mereka membantu nenek dan atuk.  Bagi yang sudah tiada, ajar mereka berkemas di rumah sendiri, bermula dengan bilik sendiri.  Seorang ustazah yang pernah saya hadiri kuliah pernah berkata, untuk bersihkan hati anak-anak, suruh mereka membuat kerja-kerja seperti mencuci tong sampah atau membersihkan tandas.  Dengan cara itu kita dapat merendahkan ego mereka dan secara tidak langsung mampu membersihkan hati mereka.  Pada permulaannya memang mereka akan bising tetapi lama-kelamaan apabila sudah biasa, mereka dengan sendiri sudah tidak lagi akan mengeluh atau rasa geli untuk membuat tugas itu.  Kerja-kerja yang lebih senang dari itu juga mereka akan lakukan tanpa mengeluh.

Dulu angah saya memang susah betul bila hendak menyuruh buang sampah tetapi sekarang tugas itu memang menjadi tugas dia tanpa perlu disuruh lagi.  Malah banyak lagi tugas-tugas lain seperti menjemur dan melipat kain yang dia akan buat tanpa mengeluh.  Kadang-kadang tanpa disuruh dia akan melipat kain yang sudah menggunung.  Terima kasih kepada Allah kerana memberi bantuan kepada saya melalui anak-anak.

Friday, November 15, 2013

Berkebun menjimatkan wang

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, seawal pukul 4am lagi hujan sudah turun.  Pagi ini bergerak lebih awal ke tempat rawatan Ceragem supaya sempat encik suami dan angah solat Jumaat.  Sekembali ke rumah terus melawat kebun kecil di depan rumah.

Pokok bawang yang saya tanam 2 minggu lepas sebenarnya sudah tumbuh tinggi tetapi dua tiga hari ini sibuk tidak sempat untuk mencabut.  Sepatutnya saya hanya memotong daunnya sahaja tetapi kali ini saya cabut dengan bawangnya sekali.  Sejak cuaca asyik hujan, pokok bawang cepat busuk buah nya.


Menanam pokok bawang untuk daun bawang tidak susah sangat.  Tetapi sangat menjimatkan wang jika kita tanam nya sendiri.  Memang masih mampu beli di pasar tetapi kadang-kadang kita hanya guna sedikit sahaja, selebihnya nanti layu dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah.

Untuk menanam pokok bawang hanya perlukan bawang merah atau bawang besar.  Jika hendak jimat, boleh beli bawang-bawang yang longgok yang sudah ada tunas yang tumbuh.  Bawang yang longgok ini harga nya lebih murah.

Bawang-bawang itu dibuang kulit dan boleh terus tanam di dalam pasu.  Jika yang sudah bertunas, potong sikit bahagian bawah/akar dan tanam terus ke dalam tanah.  Jika tiada tunas potong serong bahagian atas supaya ia lebih cepat bertunas.

Bagi bawang besar pula, buang kulit luar dan buang lapisan bawang yang sudah tidak elok atau busuk.  Potong bahagian bawah dan tanam dengan bahagian akar nya berada di dalam tanah.  Menyiram pokok bawang juga tidak boleh banyak air kerana ia boleh membuatkan bahagian bawang menjadi busuk.  Letakkan pasu atau bekas bawang tersebut di bawah cahaya matahari.

Selepas 2 minggu sudah boleh dituai daun bawang sahaja tanpa perlu mencabut bawang nya.  Boleh tuai sebanyak 3 kali selepas itu daun bawang yang tumbuh tidak besar.  Selepas itu boleh dituai dengan bawang nya sekali.

Bukankah ini dapat menjimatkan duit belanja dapur kita?

Rujukan: http://www.tanamsendiri.com/

Wednesday, November 13, 2013

Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk

Teks: Aishah Hussein

Ahamdulillah cuaca pagi ini redup tetapi masih bersyukur di atas apa juga pemberian DIA.

Terima kasih Allah di atas segala rezeki yang KAU berikan.  Rezeki yang Allah berikan walau datang dalam bentuk wang ringgit tetapi yang paling manusia hargai adalah rezeki kesihatan.  Walau duit berkepuk tetapi jika terbaring di katil kesakitan, tidak membahagiakan juga.

Setiap hari doakan agar kita diberi rezeki yang berkat supaya rezeki itu walau datang dalam jumlah yang sedikit tetapi masih mampu digunakan untuk kebaikan dan amal ibadat.  Mampu digunakan untuk membantu ibubapa dan keluarga.  Mampu membayar zakat dan memberi kepada yang lebih berhak.

Saya juga manusia yang mudah lupa.  Allah telah mengingatkan saya kepada rezeki yang Allah pernah berikan dahulu iaitu kesihatan kepada kedua kaki.  Tetapi kini syukur Allah memberi saya penyakit osteoarthritis kepada kedua lutut saya dan juga plantar fasciitis kepada tumit saya. walaupun penyakit adalah satu ujian tetapi juga ia memberi rezeki kepada pesakit jika dia mampu untuk lebih dekat dengan Allah.  Semasa masih bekerja, saya masih mampu untuk ke hospital kerana ditanggung sepenuhnya oleh insuran syarikat tetapi kini setelah berhenti kerja semua perbelanjaan terpaksa ditanggung sendiri. Apa yang ada hanyalah mampu berdoa agar ditunjukkan jalan rawatan yang serasi dan percuma untuk terus memberi kesembuhan kepada saya.

Alhamdulillah kini saya dilorongkan oleh Allah untuk mencuba rawatan katil Ceragem yang memberikan perkhidmatan percuma kepada pesakit.  PERCUMA?  Saya sendiri tidak percaya waktu mula-mula mendengar dari biras saya.  Mesti nak suruh kita beli.  Harga katil tersebut adalah dalam lingkungan 10K.  Memang tidak mampu, jadi syarikat Ceragem menawarkan kepada kita untuk menggunakan secara percuma sampai bila-bila.

Apa yang menarik ialah cara mereka memasarkan produk mereka.  Untuk memperkenalkan produk, mereka memberi kepada masyarakat yang datang dengan pelbagai penyakit.  Alhamdulillah ramai yang sembuh dari penyakit mereka terutamanya yang mengidap ketumbuhan, darah tinggi dan kencing manis.  Dari sini promo dari mulut ke mulut berlaku dan semakin ramai orang yang datang untuk menggunakan katil mereka.  Di situ disediakan lebih kurang 30 katil.  Dalam sehari lebih kurang 300 orang yang akan datang ke situ.  Jadi dari 300 orang yang datang akan membawa cerita tentang kebaikan katil tersebut.  Promosi secara percuma yang mereka gunakan ini memang sangat-sangat berkesan kerana yang memasarkan produk mereka adalah orang yang mendapat kebaikan dari produk ini.  Testimoni yang memang betul-betul bukan rekaan semata-mata.

Untuk membeli juga, boleh membayar secara ansuran.  Bayar sedikit-sedikit, RM2 pun mereka terima.  Mereka faham yang datang bukan semua dari golongan berada.

Saya baru melakukan rawatan masuk hari ketiga.  Mudah-mudahan saya juga mendapat manfaat dari menggunakan servis yang mereka tawarkan ini.  Sekiranya ada perubahan, saya akan kongsikan kebaikan nya di entri lain.



Tuesday, November 12, 2013

Latih dan latih menulis, istiqomah dalam usaha

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Seperti biasa menyemak blog pelajar dan saya mencuba nasib menyemak andai ada blog pelajar yang sudah menduduki dalam 10 carian teratas dalam carian google.

Alhamdulillah, blog Suhaila Rahim sudah memasuki carta 10 teratas.  Beliau menulis tentang Panduan Melabur Untuk Suri Rumah.  Di dalam kelas, selalu ditekankan agar pelajar konsisten menulis di blog.  Mereka juga perlu menulis entri yang berkaitan dengan tajuk dan label yang telah diberikan mengikut analisa yang mereka jawab.

Menulis setiap hari, lama-kelamaan idea akan meluncur di hujung jari.  Itu yang sifu beritahu saya semasa saya mula-mula menulis.



Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.

Mengapa perlu analisa? Tiga soalan dari lapan soalan penting adalah, pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran. Ini salah satu momentum dan isi gali utama menjadikan blog kita ada matlamat pengisian. Setiap orang tidak sama untuk jawapan analisa, itulah sebab selepas khatam ebook asas blog, pelajar akan mula dibimbing berdasarkan jawapan analisa untuk tugasan seterusnya.

Bagi yang ingin berkongsi kepakaran melalui blog tetapi tidak tahu cara, boleh
1. PM saya di Aishah Hussein atau
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html


Monday, November 11, 2013

Menyusukan anak, pengalaman terindah kurniaan Allah

Teks: Aishah Hussein

Terima kasih Allah.  Hari ini saya masih boleh menaip dan berkongsi.  Hujng minggu berada di kampung, rezeki Allah berikan berkumpul bersama ipar-duai.  Seronok jika kesemua adik-beradik dapat berlebih-kurang dalam segala hal.  Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Akhir-akhir ini, saya banyak menerima rakan-rakan di blog dan facebook.  Kebanyakannya semua ibu-ibu muda.  Saya melihat ramai di kalangan mereka yang menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif.  Syabas buat mereka.  Perkongsian mereka di blog dan facebook membuat saya teringat ketika saya berusaha keras memberikan susu ibu kepada anak saya yang ketiga.


Ketika saya mengandungkan anak ketiga, saya sudah siapkan diri saya fizikal dan mental untuk menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif.  Ketika mengandung, setiap kali waktu makan saya akan mencari maklumat di internet tentang susu ibu.  Daftar di forum dan mencatit semua info yang perlu saya lakukan untuk berjaya menyusukan anak.  Saya memang nekad kali ini kerana saya tidak berjaya dengan dua anak yang pertama.  Ketika itu saya tidak mempunyai ilmu tentang penyusuan eksklusif.  Buku-buku juga tidak banyak, jadi apabila ada penolakan dari bayi, saya terus berhenti mencuba.  Agak menyedihkan juga sebab galakan penyusuan secara eksklusif di kalangan ibu-ibu yang bekerja tidak banyak yang saya dapat lihat berbanding dengan di barat.  Sedangkan ia sangat digalakkan di dalam Islam.  Mungkin penyebaran tentang hal ini tidak banyak ketika itu di negara kita.

Saya terpaksa bersalin secara pembedahan untuk anak ketiga kerana kedudukan uri berada di bawah menutup jalan untuk bayi keluar.  Saya memang sudah tahu tentang ini ketika kandungan berusia 7 bulan lagi.  Jadi saya sudah siapkan ilmu jika kelahiran melalui pembedahan bagaimanakah persiapan untuk menyusukan bayi.  Walaupun masih mengharap dan berdoa agar kelahiran bayi kali itu secara normal seperti kedua-dua anak sebelum itu tetapi Allah telah merancang agar saya melalui proses melahirkan secara pembedahan.

Allah Maha Mengetahui.  Pada hari pertama dilahirkan, bayi saya tiada masalah untuk menyusu badan.  Syukur sangat-sangat.  Tetapi masuk hari kedua, saya pula demam.  Badan sudah seram sejuk.  Makan pun tiada selera.  Saya tertanya-tanya adakah ini "bentan" yang selalu disebut-sebut oleh orang tua.  Ketika itu, arwah ibu saya tiada di sisi kerana beliau juga dimasukkan ke hospital.  Jadi saya tiada sesiapa untuk membantu.  Hanya mengharapkan suami dan anak sulung saya.  Hari keempat saya pulang ke rumah dengan keadaan badan masih demam.  Walaupun ketika itu jururawat menyarankan saya untuk terus tinggal di wad tetapi saya kerana memikirkan bil hospital yang akan bertambah saya minta untuk terus pulang.

Tiba di rumah, saya masih tiada selera untuk makan.  Perut terasa penuh angin.  Apabila masuk makanan saya akan muntah.  Untuk menyusu bayi pun sudah tidak larat.  Tetapi digagahkan juga, namun saya terpaksa memberikan susu formula juga ketika itu kerana keadaan saya sudah lemah.  Sudahlah perut dibedah, menahan kesakitan ketika muntah Allah saja yang tahu.  Ketika itu saya seolah-olah  sudah lupa yang saya baru sahaja menjalani pembedahan.  Sakit di perut dengan penuh angin dan memualkan setiap kali makan lebih mengawal minda saya.

Setelah 2 hari keadaan berlarutan, (sampai saya dah muntah hijau), saya minta suami bawakan saya kembali ke hospital pada malam ke 2.  Bayangkan bayi yang baru berusia seminggu terpaksa saya tinggalkan di rumah dengan along yang baru berusia 11 tahun.  Mujur sudah diajar along untuk buat susu jika adik menangis.

Saya ditahan di wad selama seminggu.  Ketika along datang keesokan harinya, saya bertanya dia bagaimana adik semalam.  Dia senyum aje menceritakan adik menangis skejap aje.  "Along bagi dia susu dan tukarkan pampers".  Kesian along terpaksa menggantikan ibu malam itu.

Ketika kejadian ini berlaku, suami saya sudahpun bekerja sendiri jadi tiada masalah untuk berulang-alik menjaga saya.  Bayi yang baru lahir terpaksa ditinggalkan di rumah abang saya oleh suami supaya kakak ipar dapat menjaganya.  Selama itu juga bayi hanya disusukan dengan susu formula.  Seperti memahami ibu yang berada di hospital, adik tidak banyak meragam.  Kata kakak ipar dia cuma seperti mencari-cari ingin disusukan.  Kesian adik.  Impian saya untuk menyusu bayi saya sepenuhnya tinggal kenangan.  Ketika itu saya tidak terfikir untuk mengepam dan menyimpan susu.  Mungkin juga kerana saya terlalu sakit, semuanya lupa.  Jururawat di hospital juga tidak memberikan cadangan apa-apa kepada saya ketika itu.

Setelah seminggu di hospital, alhamdulillah saya kembali pulih.  Kata doktor ketika pembedahan sewaktu caesarian, usus saya dialih dan mungkin usus saya sensitif apabila diubah atau tersentuh.  Itu yang membuatkan saya alah teruk selepas pembedahan.  Lebih kurang begitu yang saya faham.

Tetapi selepas selesai masalah usus,  masalah lain pula timbul.  Luka pembedahan saya pula menunjukkan saya ada infeksi.  Kelihatan seperti ada nanah.  Mungkin itu juga kerana banyak pergerakan dan muntah ketika sakit menyebabkan luka pembedahan terbuka sedikit.  Wallahua'lam.  Mujur ketika dirujuk kepada doktor, beliau membenarkan saya pulang juga tetapi saya perlu ke klinik setiap hari untuk cuci luka tersebut.  Menarik nafas lega kerana dapat pulang.  Ketika itu saya sudah tidak sabar untuk kembali sambung menyusukan bayi saya.  Walaupun sudah seminggu tidak menyusukan, tetapi saya masih ingin teruskan impian saya.

Bukan senang untuk kembalikan susu badan.  Semua tips yang saya pernah baca saya cuba.  Makan kurma, buat sup lobak putih, minum susu setiap hari, masak nasi masukkan halba dan macam-macam lagi.  Tidak lupa juga air rebusan buah mata kucing direbus bersama gula merah.  Ini menjadi minuman kegemaran bukan hanya untuk saya tetapi juga untuk satu keluarga.  Alhamdulillah dengan izin Allah, si adik berjaya menyusu walaupun tidak sepenuhnya tetapi sepanjang ada di rumah hanya susu ibu yang saya berikan kepada dia.

Ketika saya dalam pantang, suami yang banyak membantu.  Seminggu pertama, berulang-alik ke klinik untuk mencuci luka.  Juga ketika itu berulang-alik melawat arwah saya yang berada di rumah abang.  Arwah yang memang bercadang untuk menjaga saya tetapi terpaksa di rawat di hospital kerana mengalami osteoporosis, itu kata jururawat di HUKM kerana saya tidak berpeluang untuk bertemu doktor yang melawat di awal pagi.  Hanya abang yang dapat berjumpa. Pada hakikatnya, serangan kanser sudah melarat ke tulang belakang.  Itu yang menyebabkan beliau tidak dapat berjalan (Jika diberi rezeki oleh Allah, kisah ini akan saya kongsikan di entri lain).  Ditakdirkan arwah emak pergi ketika adik berumur 60 hari.  Bagai bertukar nyawa dengan arwah namun saya bersyukur kerana diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan tanpa emak yang membesarkan saya.  Cuti tanpa gaji yang saya rancang untuk ambil dengan niat untuk menjaga arwah di kampung terpaksa dibatalkan, sebaliknya hanya mengambil cuti compassionate.

Berbalik kepada kisah penyusuan bayi saya.  Apabila kembali bekerja, saya cuba sedaya upaya untuk membuat stok.  Setiap hari membawa 2 beg, 1 beg tangan dan satu lagi beg yang diisi dengan kelengkapan mengepam susu.  Ketika itu, pejabat saya di bangunan rumah kedai.  Saya akan cuba mencari tempat untuk mengepam.  Pernah juga terpkasa mengepam di tandas.  Pernah tertinggal botol susu dan terpaksa membuang susu bagi mengelakkan bengkak.  Selepas itu saya beralih tempat untuk mengepam di surau awal pagi.  Tengah hari surau agak padat dengan pekerja memandangkan surau ketika itu hanya sebuah bilik kecil.  Jadi saya terpaksa mencari ruang lain untuk mengepam.  Apabila kerja di pejabat banyak, tidak berpeluang untuk turun ke surau, jadi  terpaksa mengepam di dalam bilik stor di bawah tangga.  

Allah sahaja yang tahu banyak betul dugaan yang saya lalui untuk memastikan anak saya dapat  minum susu ibu setiap hari.  Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat juga merasa untuk menyusukan bayi.  Pengasuh juga ketika itu memang banyak membantu saya untuk berikan susu ibu yang saya bekalkan kepada anak saya ketika saya bekerja.

Ketika saya sibuk cuba menyimpan stok susu untuk si adik, sempat juga saya memberi angah merasa susu ibu.  Ketika itu dia sudah berumur 7 tahun, jadi saya berikan dia minum melalui cawan.  Saya juga ada meminta maaf kepada Along dan angah sambil menerangkan kepada mereka kenapa saya tidak dapat memberikan susu ibu secara eksklusif kepada mereka dulu.  Saya harap mereka memaafkan saya.

Terima kasih kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk menyusukan anak saya walaupun hanya selama setahun lebih.  Itu adalah satu rezeki yang Allah berikan kepada saya yang mana saya tidak dapat lakukan ketika bersama anak-anak yang terdahulu.

Saya harap ibu-ibu di luar sana tidak akan cepat putus asa untuk menyusukan anak-anak.  Kuatkan mental dan sentiasa berdoa.  InshaAllah Allah akan bantu niat yang baik.

Foto: http:/nissaonisaa.blogspot.com
----------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Saturday, November 9, 2013

Bisnes secara online, fleksibel masa dan tempat

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Hari ini berada di kampung.  Keseronokan anak-anak dapat dirasai dapat berkumpul bersama sepupu-sepupu.  Sudah lama kami tidak berkumpul di kampung sebegini.  Sesekali jumpa memang banyak yang hendak diceritakan.

Kali ini berkumpul untuk menyatukan dua keluarga.  Moga jodoh kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan bahagia hingga ke syurga.

-------------------------------------------

Mula-mula, saya bisnes kecil-kecilan saja. Sebab dari zaman sekolah, ada saja barang 
yang hendak dijual. Antaranya bedak, minyak wangi dan kerongsang. 
Ketika di Universiti, saya mula menjual tudung bawal. Kawan-kawan di Universiti gemar 
membuat pesanan membeli tudung bawal, disebabkan tudung bawal di Kelantan 
harganya lebih murah berbanding Kuala Lumpur. 

Dan pada masa niat hanya mahu membantu mereka mencari tudung mengikut warna 
yang mereka mahu. Boleh dikatakan setiap kali saya balik kampung, saya mesti cari 
tudung bawal dahulu sebelum ke Universiti, sehinggalah ibu saya, Lotfiah Haron 
mencadangkan saya menjualnya kepada rakan-rakan. 
Bukan apa, setiap kali balik, saya akan borong tudung dengan kuantiti yang banyak, 
lebih kurang 20 hingga 30 helai. 
Saya berpeluang membeli harga borong daripada penjual di Kelantan. Walaupun untung 
tidak seberapa, dapatlah juga saya jadikan untung kecil itu sebagai duit poket semasa 
belajar di Universiti. Sejak daripada itulah, saya mula bersungguh-sungguh untuk 
berniaga. 


Rasa seronok pula, pinjaman belajar saya jadikan modal untuk berniaga di Universiti. 
Alhamdulillah, jualan tudung saya memang laris. Saya tidak pernah menjual barangan di kedai atau mempunyai pekerja. Tiada sewa kedai atau melibatkan kos yang tinggi kecuali kos pergi balik ke Kota Bharu sebulan sekali sama ada dengan kenderaan sendiri atau kapal terbang.
Pada awal tahun 2006, rakan saya tahu yang saya sering berulang alik dengan memborong tudung untuk dijual di Kuala Lumpur. Sehinggalah dia mencadangkan saya berbisnes melalui laman web sendiri. Pada mulanya, saya ragu-ragu dengan tawarannya. Bukan sebab takut, tapi langsung tak faham apa bendalah bisnes internet atau online ini. 


Setelah meneliti perjalanan bisnes internet melalui beberapa laman web yang sedia ada, 
saya terus menjadi bersemangat dan terus bersetuju untuk mengupah rakan untuk 
mencipta satu laman web untuk saya. Tercungap-cungap jugalah nak belajar dunia 
internet, sudahlah lemah dalam teknologi maklumat, belajar pula hanya melalui Yahoo 
Mesej, sebab webmaster berada di Kelantan, saya pula berada di KL.

Sumber: www.janawangdirumah.com



Bagi yang merancang untuk bekerja di rumah, dapatkan ebook 101 Idea Home-based Bisnes sebagai rujukan dan persediaan. Ebook ini diberi percuma dengan pembelian Pakej Bekerja Di Rumah

Bayar 2 ebook untuk 3 ebook
Harga asal pakej - RM130,
Harga PROMOSI - hanya RM100

PM Aishah Hussein untuk pembelian atau tempahan

Thursday, November 7, 2013

Jaga khidmat pelanggan, bisnes mampu bertahan

Teks: Aishah Hussein
Sumber: Ebook Bonus Kisah Inspirasi Usahawan Bisnes Makanan




Semuanya bermula secara spontan. Setiap kali balik kampung di Melaka, saudara mara dan kawan-kawan  selalu pesan kek lapis, ikan terubuk.  Dari situ datang ilham untuk memasarkan produk-produk ini secara online. Saya bermula dengan lawan web yang menyediakan perkhidmatan percuma (blogspot), kemudian ke laman sosial (FB).  Selain itu saya turut memasarkan produk kedai saya di laman web yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan secara percuma. Almaklum, saya baru sahaja memulakan perniagaan jadi perkhidmatan percuma menjadi pilihan
utama ketika itu.

Kedai Ummie mula beroperasi pada Disember 2009 dengan hanya menjual kek lapis dan terubuk masin sahaja.  Pada mulanya memang saya tidak begitu yakin dengan kemampuan saya untuk berjaya.  Tetapi galakan dan dorongan suami menjadi pembakar semangat saya. Dengan bilangan dan permintaan dari pelanggan yang semakin meningkat, saya sentiasa berusaha menambah produk-produk baru dari masa ke semasa.  Sehingga kini, Kedai Ummie menjual hampir 20 jenis produk-produk makanan dan kraf dari Sarawak.

Kedai Ummie juga pernah mendapat tempahan kek lapis dan terubuk masin dari pelanggan-pelanggan luar negara seperti Birmingham, Austria, Melbourne dan London.
Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima amat positif.

Memandangkan produk Kedai Ummie majoritinya terdiri daripada makanan, lebih-lebih lagi yang mempunyai jangka hayat yang singkat, faktor masa menjadi cabaran utama saya. Lebih-lebih lagi tempahan pelanggan dari luar negara yang sudah tentunya memakan masa.  Jadi saya memilih syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan bagus rekod penghantaran.

Untuk makluman, kek lapis jika disimpan pada suhu bilik tahan sehingga 4 hari. Manakala terubuk masin pula boleh bertahan sehingga seminggu.  Jadi saya perlu memikirkan bagaimana produk dapat sampai kepada pelanggan dengan cepat dan dalam keadaan baik. Berurusan dengan sesetengah pelanggan yang cerewet juga merupakan cabaran yang tidak dapat saya lupakan. Tetapi dengan menggunakan pendekatan 'win-win situation' semuanya dapat diatasi.

'Layan pelanggan sebagaimana kita mahu orang lain melayan kita', selain itu jangan lupa ucapkan terima kasih.  Itu antara amalan yang saya selalu lakukan.

Kini Kedai Ummie hampir berumur 5 tahun, Alhamdulillah.


Wednesday, November 6, 2013

Cari peluang dan berusaha

Teks: Aishah Hussein

Bismillah.  Syukur ke hadrat illahi kerana diberi rezeki dan pelbagai nikmat.

Apabila kenangan berniaga di stadium menggamit memori, saya juga terkenang kembali bagaimana ibu saya membesarkan kami adik-beradik hanya berbekalkan duit pencen arwah ayah.

Apabila arwah ayah (saya panggil Bak) meninggal, tiada lagi sumber pendapatan tetap.  Hanya mengharapkan pencen arwah Bak.  Ketika itu saya baru darjah 4.  Tidak faham erti kehidupan lagi.  Tetapi saya faham kami sudah tidak ada duit yang cukup.

Emak mengambil upah basuh kain rumah tok imam kampung.  Saya yang menjadi tukang ambil kain kotor dari rumah tok imam.  Mereka akan bungkuskan semua kain kotor ke dalam kain pelikat atau batik dan saya akan kandar di bahu dan bawa balik untuk dibasuh arwah emak.  Setelah emak basuh, petang atau esok pagi saya akan hantar kain yang sudah dilipat ke rumah tok imam.  Begitulah setiap hari dan upah yang emak saya terima hanyalah RM25 sebulan.  Jumlah itu begitu besar bagi kami ketika itu.  Tidak pernah saya melihat kesedihan di wajah arwah kerana kekurangan duit.  Arwah yang saya kenali adalah orang yang tenang dan tidak pernah mengucapkan kata-kata kasar.

Arwah juga ada mengambil upah menjaga kanak-kanak.  Hanya seorang sahaja tetapi setelah keluarga itu berpindah, arwah mencari cara lain pula untuk menjana pendapatan.  Berniaga di stadium hanya apabila musim bola sahaja.  Jadi untuk pendapatan bulanan perlu ada pekerjaan tetap juga.  Ketika saya berada tingkatan satu, saya ingat ibu pernah kerja di kantin sekolah rendah di bandar Kuantan.  Berbasikal setiap pagi dan pulang waktu petang.  Ketika itu juga saya sudah mula mengambil alih memasak untuk makan tengah hari kerana nenek saya ketika itu sudah tidak berapa sihat.  Pagi pukul 10.30 saya akan mula masak nasi dan masak sejenis lauk berkuah dan goreng ikan atau mengikut selera saya.  Sambil-sambil itu buat kerja sekolah, pukul 12 sudah perlu bergerak ke sekolah.

Apabila saya mula sekolah di sesi pagi pula, arwah emak terpaksa sediakan makanan di awal pagi terlebih dahulu untuk nenek.  Itu sedikit kisah perit ibu tunggal membesarkan anak-anak dan menanggung perbelanjaan keluarga tanpa mendapat sebarang bantuan dari mana-mana badan.

Zaman sekarang saya kira ibu-ibu tunggal kini bertuah. Ada banyak cara dan ruang yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka.  Hanya perlu berusaha untuk mencari peluang apa yang ada dan juga memohon bantuan.

Antara yang terbaru ialah program Hearts anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

Terima kasih Allah atas segala ilmu yang Kau berikan.



Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas.

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya,
boleh daftar di sini http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/kelas-asas-blog.html

Beli ebook/buku/CD Quran:
http://buku-online4u.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/

Mencari serbuk cucian yang membantu anda mencuci pakaian yang kotor
https://www.facebook.com/sabunepal.sbg2

Anda ada produk atau bisnes? Ingin iklankan di internet di soho directory:
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/08/iklan-produk-anda-di-rangkaian-akademi.html

Untuk sebarang pertanyaan lanjut:
1. PM di Aishah Hussein
2. emel di noraisah.hussein@gmail.com

Tuesday, November 5, 2013

Rezeki datang melalui orang lain

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Nikmat dan rezeki ini milik Allah.  Rezeki yang Allah berikan kepada kita bukan milik kita.  Walaupun DIA berikan kepada kita, belum tentu yang datang itu adalah rezeki kita.  Saya pernah mendengar Ustaz Mohamad Abdullah menjawab soalan pemanggil di radio, seorang isteri yang mengeluh tentang seorang suami yang tidak bertangungjawab dan tidak memberi nafkah.  Ustaz menjawab, walaupun kelihatan isteri yang mencari nafkah memberi makan kepada keluarga tetapi kita perlu ingat bahawa rezeki itu mungkin rezeki suami yang Allah berikan melalui isteri dan anak-anak.  Jadi sebagai hamba Allah usah kita mendabik dada yang semua itu rezeki kita kerana dalam setiap rezeki itu bukan semuanya milik kita.  Cuma Allah berikan melalui kita.

Bukan bermaksud suami dibenarkan tidak bertanggungjawab tetapi banyak cara lain kita boleh cuba untuk menyedarkan si suami akan tanggungjawab mereka.  Bukan dengan cara bercerai tanpa perlu berusaha ke arah untuk menambahbaik hubungan kekeluargaan.

Jika kita mempunyai masalah keluarga, tidak kira suami, isteri mahupun anak-anak, tingkatkan solat tahajjud.  Sedekahkan al-fatihah kepada roh mereka.  Inshaallah perubahan akan berlaku sedikit demi sedikit.

Kita selalu silap, sedekah al-fatihah hanya untuk mereka yang sudah mati.  Sedangkan kita sepatutnya lakukan ketika mereka masih hidup lagi.  Inshaallah bila mereka sudah tiada, kita juga akan sudah biasa dengan amalan ini.  Saya pernah terbaca di majalah, ibu Wadina Safiyyah juga amalkan tahajjud, bangun di tengah malam untuk mendoakan perubahan anak beliau.  Alhamdulillah, rintihan seorang ibu Allah perkenankan.  Allah Maha Pengasih Allah juga Maha Penyayang.

Macam mana pula boleh keluar cerita ini.  Sejak akhir-akhir ini banyak yang saya dengar dan terbaca keluhan dari isteri mahupun ibu-ibu di suratkhabar, majalah dan wall facebook tentang masalah keluarga.  Saya bukan arif tentang ilmu ini cuma berkongsi sedikit ilmu yang saya pernah dengar.  

Selamat menyambut Maal Hijrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...