Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Nikmat dan rezeki ini milik Allah. Rezeki yang Allah berikan kepada kita bukan milik kita. Walaupun DIA berikan kepada kita, belum tentu yang datang itu adalah rezeki kita. Saya pernah mendengar Ustaz Mohamad Abdullah menjawab soalan pemanggil di radio, seorang isteri yang mengeluh tentang seorang suami yang tidak bertangungjawab dan tidak memberi nafkah. Ustaz menjawab, walaupun kelihatan isteri yang mencari nafkah memberi makan kepada keluarga tetapi kita perlu ingat bahawa rezeki itu mungkin rezeki suami yang Allah berikan melalui isteri dan anak-anak. Jadi sebagai hamba Allah usah kita mendabik dada yang semua itu rezeki kita kerana dalam setiap rezeki itu bukan semuanya milik kita. Cuma Allah berikan melalui kita.
Bukan bermaksud suami dibenarkan tidak bertanggungjawab tetapi banyak cara lain kita boleh cuba untuk menyedarkan si suami akan tanggungjawab mereka. Bukan dengan cara bercerai tanpa perlu berusaha ke arah untuk menambahbaik hubungan kekeluargaan.
Jika kita mempunyai masalah keluarga, tidak kira suami, isteri mahupun anak-anak, tingkatkan solat tahajjud. Sedekahkan al-fatihah kepada roh mereka. Inshaallah perubahan akan berlaku sedikit demi sedikit.
Kita selalu silap, sedekah al-fatihah hanya untuk mereka yang sudah mati. Sedangkan kita sepatutnya lakukan ketika mereka masih hidup lagi. Inshaallah bila mereka sudah tiada, kita juga akan sudah biasa dengan amalan ini. Saya pernah terbaca di majalah, ibu Wadina Safiyyah juga amalkan tahajjud, bangun di tengah malam untuk mendoakan perubahan anak beliau. Alhamdulillah, rintihan seorang ibu Allah perkenankan. Allah Maha Pengasih Allah juga Maha Penyayang.
Macam mana pula boleh keluar cerita ini. Sejak akhir-akhir ini banyak yang saya dengar dan terbaca keluhan dari isteri mahupun ibu-ibu di suratkhabar, majalah dan wall facebook tentang masalah keluarga. Saya bukan arif tentang ilmu ini cuma berkongsi sedikit ilmu yang saya pernah dengar.
Selamat menyambut Maal Hijrah.
No comments:
Post a Comment