Wednesday, January 14, 2015

Selamat tahun baru 2015

Teks: Aishah Hussein

Terlebih dahulu, mohon kemaafan kerana terlalu lama tidak kemaskinikan blog saya.  Alasan sibuk macam tidak masuk akal pula ya.  Orang lain pun sibuk juga cuma saya perlu bagi alasan juga kan.  Dari minggu lepas sehingga semalam saya sibuk dengan kelas baking dan juga tempahan.  Mengambil tempahan secara serius ini tiada dalam diari saya sebenarnya.  Hanya suka-suka.  Tetapi mungkin memang minat agaknya.  Cuma saya sekarang masih tidak mahu fokuskan kepada tempahan semata-mata atas sebab kesihatan.  Buat setakat yang mampu, yang selebihnya saya berserah kepada Allah.

Biasanya awal-awal tahun ni kesibukan agak sedikit capai ke tahap gaban.  Ketika inilah selalunya kami perlu selesaikan bayaran yuran Along.  Kalau lambat nanti Along tidak boleh menduduki peperiksaan.  Ketika ini selalunya mencari jalan untuk mencukupkan amaun yuran.  Sedikit kekalutan di situ.  Moga Allah permudahkan kami untuk selesaikan separuh lagi yuran Along sebelum bulan Mac.

Ketika ini juga segala urusan budak-budak mula persekolahan.  Tahun ini pula ibu juga sibuk ke kelas untuk menambah ilmu.  Nak buat macam mana, hanya waktu itu sahaja cikgu nya ada masa.
Apa pun saya bersyukur kerana diberi rezeki Allah.  Mungkin tidak mewah dalam bentuk wang ringgit tetapi diberi rezeki dalam bentuk ilmu dan silaturrahim.  Bertemu dengan orang yang hebat dalam bidang agama dan juga baking.

Tahun ini misi saya juga adalah meletakkan Quran di hati ahli keluarga.  Terima kasih kepada tim AGP kerana mendorong tim kami agar sentiasa meletakkan Al-Quran sebagai perkara pertama yang kami lihat sebelum melihat facebook, instagram dan lain-lain.  Bukan setakat membaca Al-Quran tetapi juga membaca terjemahan dan menghubungkan Al-quran dengan hati.  Bukan membaca terjemahan dan menghubungkan dengan orang lain dan apa yang terjadi di sekeliling tetapi hubungkan dengan diri kita sendiri.

Teringat seperti kata Ustaz Riduan, tanda ilmu itu bermanfaat pada kita ialah "semakin banyak kita belajar semakin nampak cela diri.  Semakin banyak kesalahan aku rupanya.  Bukan semakin nampak kesalahan orang lain".  Allahurabbi.  Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah buat kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...