Tuesday, October 28, 2014

Murah atau mahal?

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, 4 hari lagi menuju November.  Selepas itu 2 bulan akan cepat sahaja berlalu menuju tahun baru 2015 pula.  Walaupun masih belum sampai 2 tahun saya berhenti kerja tetapi saya rasa seperti sudah lama.  Bukan kerana bosan duduk di rumah tetapi banyak benda yang saya tidak dapat buat sebelum ini kerana kesibukan dengan tugas di pejabat sudah dapat saya lakukan kini.

Ketika saya mula-mula berhenti kerja dulu, saya memang hendak berehat dulu sambil-sambil buat bisnes online.  "Baking" saya sudah tolak tepi hanya sebagai hobi sahaja.  Ambil tempahan pun hanya suka-suka.  Minat masih ada tetapi kesihatan tidak mengizinkan.  Alhamdulillah, saya ditemukan dengan rawatan alternatif Ceragem dan juga dari pengamalan pemakanan sunnah, lutut saya juga sudah kembali pulih.  Walau bukan 100% tetapi tidak seteruk dulu lagi.

Apabila nikmat kesihatan Allah beri kembali, saya sudah mula kembali ke hobi "membakar" saya.  Betapa saya sudah jauh ketinggalan dengan perkembangan dunia "baking".  Banyak resipi-resipi yang baru bagi saya tetapi sebenarnya sudah lama ada di pasaran.  Bermula bulan lepas, saya sudah mula menambah ilmu dan mencyba beberapa koleksi resipi baru.  Mungkin bukan untuk jual secara besar-besaran tetapi ilmu yang saya pelajari adalah untuk anak cucu saya nanti inshallah.

Ketika membuat kiraan untuk meletakkan harga, saya dapati harga yang saya buat sebelum ini terlalu jauh murah dari harga-harga di pasaran.  Ketika saya pergi ke bengkel akaun anjuran ABDR, trainer ada menyebut setiap sen perlu dikira dan dimasukkan ke dalam modal.  Jangan terkejut bila hujung bulan kita dapati jualan banyak tapi untung kosong, silap-silap rugi lagi.  Lebih-lebih lagi sekarang, dengan harga minyak naik, setiap penghantaran produk perlu masukkan caj penghantaran.  Kalau tidak mahu buat penghantaran, minta pelanggan datang ambil di rumah.  Nama pun "homebased business", bisnes dari rumah.


Kembali kepada harga produk, pelanggan akan buat perbandingan setiap kali membeli produk.  Contoh:
 Congo Bar si A dengan si B.  Kenapa harga A lagi mahal dari B.
Pelanggan yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang harga bahan mentah produk akan mempersoalkan kenapa si A jual mahal, kenapa si B jual murah.

Sebagai seorang pelanggan, kita patut tahu dan boleh bertanya kepada si A, apa brand yang dia gunakan.  Mungkin si A guna Butter Asli dan si B guna Butter campuran.  Itu sudah ada banyak perbezaan harga.  Chocolate chip yang digunakan si A juga dari jenama yang mahal seperti hershey bukan chocolate chip yang murah.

Sebagai pembeli, kita ada hak untuk membuat pilihan.  Jika mahu produk yang sedap dan ada bajet lebih boleh beli dari A tetapi jika tidak kisah dengan rasa atau bajet kurang boleh beli dari B.  Jangan banding-bandingkan harga secara tidak waras dan mengutuk dan memburuk-burukkan penjual.

Sebagai penjual pula, kita pula harus menerangkan kepada pembeli.  Tidak perlu memberitahu harga tetapi cukup sekadar menerangkan yang kami menggunakan bahan mentah dari jenama yang bermutu dan berjenama sekian-sekian.

Kedua-dua pihak harus bertenang dan bersikap secara terbuka.  Baru proses jualbeli berjalan dengan berkat.

Saya menulis hanya dari pengamatan saya di dinding-dinding fb dan juga insta.  Banyak keluhan dari penjual yang dikutuk dan dimarah kerana harga.  Saya tumpang simpati kepada mereka.  Kita bukan selama-lamanya menjadi penjual dan bukan setiap masa menjadi pembeli.  Ada ketikanya kita akan berada di kedudukan yang berbeza.  Jadi bertimbangrasa apabila kita berada di setiap kedudukan.

Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah

Teks: Aishah Hussein

Salam Maal Hijrah.  Semoga tahun baru ini bakal membawa kehidupan yang lebih berkat dan dirahmati Allah buat kita semua.

Bagi yang mahu mula bisnes online boleh mula dari sekarang.  Mula dengan hanya blog kedai.  Belajar menggunakan medium percuma dahulu kemudian bila sudah ada untung baru kembangkan dengan website yang ada shopping cart.

Baca dulu ulasan protege kami di sini.

Semuanya bermula selepas timbul kesedaran saya perlu lakukan sesuatu untuk mengisi masa saya selain dari membuat rutin harian sebagai seorang surirumah.
Alhamdulillah, seorang sahabat baik saya telah membuka lorong memperkenalkan FB Kak Masayu tentang iklan kelas untuk SOHO ni kepada saya Ogos lepas. Sudah lama tercari-cari individu yang menawarkan perkhidmatan sebegini. Saya rasa saya perlukan bimbingan dari yang berpengalaman walaupun sebelum ni saya dah pernah buat blog saja-saja, suka-suka sampaikan terbengkalai dan saya dah tak ingat apa nama blog tu. hehe
Bermula dengan perkenalan dengan Kak Masayu, beliau telah perkenalkan pula saya kepada Guru Online kami iaitu Kak Aishah. Masa tu sangat teruja untuk belajar sampaikan tak tertanya pun tentang yuran kelas dan lain-lain. Kenal jer dengan Kak Aishah terus mula kelas. Dah diajar cara buat email dan buka akaun blog baru Kak Aishah tanya pasal bayaran. Hahaha.. Punyala semangat nak belajar
Pendek cerita, selepas diterangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog & Fanpage memandangkan saya sudah memiliki fanpage di Facebook untuk kedai online saya
Yuran kelas yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada saya yang sentiasa mempunyai kekangan untuk menguasai gajet-gajet seperti laptop atau ipad dek kerana berebut dengan anak-anak
Kak Aishah memang sangat efisien mengajar kami jika diajukan pelbagai soalan dan juga sabar melayan pertanyaan saya yang agak perlahan pencernaan maklumatnya . Hihi.. Saya memang kurang minat untuk mengetahui tentang fungsi-fungsi komputer atau teknologi maklumat ni. Tetapi walau apapun, kelas berlangsung dengan penuh harmoni dan santai serta sangat mesra seperti sudah lama berkenalan. Memang bagaikan seorang kakak melayan kerenah si adik  Terima kasih Kak Aishah.
Tidak dilupa juga kehadiran rakan-rakan penulis yang lain yang sama-sama membantu memberikan idea dan pemahaman, Kak Saniah dan Kak Mon yang pertama kali saya kenal di dalam group kelas kami
Saya sangat bersyukur ditemukan dengan mereka yang sama-sama berkongsi pengalaman sebagai surirumah dan memberi tunjuk ajar bukan sahaja secara formal juga secara tidak formal. Terima kasih diatas sokongan Cikgu Kak Aishah serta Kak Saniah dan Kak Mon.
Oklah, sampai sini dulu perkongsian bagaimana bermulanya proses pembelajaran melalui tawaran kelas secara online untuk para surirumah ini. Satu usaha yang sangat bagus untuk kami sama-sama menaikkan kredibiliti kami sebagai surirumah yang bukan lagi seperti ibu-ibu atau nenek-nenek kita seperti zaman sebelum ini. Kami juga perlu menyiapkan diri menghadapi dunia masa depan yang lebih mencabar dalam mendidik anak-anak di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini
Sekian dulu daripada saya. Terima kasih buat semua dan anda yang berminat untuk sertai kelas ini, JANGAN teragak-agak lagi untuk menyertainya kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat.
Berkenalan dengan pemilik Kedai Online ColourfulTulips LittleShop
Fadhlina Yaacob
Kelas Asas Blog Bisnes.
Singgah juga di sini http://fadhlinayaacob.blogspot.com/

=========================

Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.
Bergabung bersama kami 830 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
Bengkel offline- 8 Nov 2014, Sabtu di Shah Alam
Grup Coaching - 4 Nov 2014, Selasa di Bandar Tun Hussein Onn
Kelas Online - 
30/10/14, Khamis pagi
2/11/14, Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7

Tuesday, October 21, 2014

Ulasan ebook Super Wahm Super Mom

Bagi yang masih berfikir-fikir sama ada untuk terus bekerja atau menjadi WAHM.
Baca dulu ulasan ebook Super Wahm Super Mom.

Sumber: http://www.studiokenaria.com/2013/10/inspirasi-super-wahm-super-mom.html

Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.

Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.

Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM

Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.

"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013


Berikut ada bab-bab kandungan dalam buku tersebut.

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.

Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.




Untuk pembelian ebook ini boleh klik di sini

Thursday, October 16, 2014

Ilmu adalah amanah


Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Sesi menambah ilmu sudah selesai dengan jayanya semalam.
Terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Sheriza kerana sangat banyak memberi tips.  Kata beliau, nak jadi Cikgu ni kena beri semuanya.  Tidak boleh sorok-sorok ilmu ketika dalam kelas.  Kalau student tanya jawab dengan ikhlas.  Kalau nak sorok-sorok memang tak perlu jadi cikgu.

Dari saya pula, ilmu adalah amanah untuk diamalkan.  Untuk memberi kepada orang lain bukanlah secara percuma sahaja.  Ada yang boleh diberikan percuma tetapi atas rasa hormat kepada guru yang telah membuat modul kelas dan resipi yang diolah sendiri, jadi saya tidak post semua resepi ke dalam blog atau fanpage sesuka hati saya.  Melainkan guru tersebut sudah memberi keizinan.

Untuk dapat ilmu, perlu banyak membaca dan berguru.  Boleh google di internet untuk dapatkan resipi.  Macam-macam versi ada cuma tips dan teknik itu yang saya cari setiap kali saya pergi ke kelas-kelas baking.  Resipi yang digunakan mungkin lebih kurang aje dengan resipi kita.  Tidak perlu memperlekehkan guru pula.  Pergi dengan gelas yang kosong, isi dengan air baru.  Kita akan jadi manusia dan pelajar yang lebih mensyukuri kepada nikmat Allah.



Tempahan kek ini akan dibuka tidak lama lagi :) Saya suka sangat rasa kek ni



Yang ini juga sedap.  Rasanya cream chees filling macam aiskrim bila makan waktu sejuk.

Ok lah.  Saya nak pergi selongkar peti sejuk.  Makan sambil buat persedian untuk tempahan esok.

Kalau minat nak belajar boleh klik kat sini ya untuk senarai guru-guru kelas baking.


Sunday, October 12, 2014

Masa berlalu dengan pantas

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Masa berlalu dengan pantas sekali.  Mohon maaf kerana tidak sempat mengemaskini blog.
Banyak urusan di luar dan juga menguruskan hal anak-anak kerana en suami bertugas di luar sebaik sahaja hari raya ke 2.

Sempat juga saya membuat kek Red Velvet untuk kawan anak-anak dan cookies untuk pelanggan (sebenarnya untuk raya tetapi sebab oder saat terakhir saya terpaksa tolak.  Tetapi pelanggan tetap mahu juga lepas raya, jadi saya buatkan juga selepas raya).  Alhamdulillah.  Tempahan cookies tidak lah banyak cuma buatkan untuk pelanggan yang selalu oder sahaja. Terima kasih kepada siapa yang oder tu ya :)

Gambar kek untuk tatapan semua.


Friday, October 3, 2014

Nikmat bekerja dari rumah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah lama tidak bersesak pagi-pagi hari.  Hari ni perlu hantar en suami dan juga tempahan Red Velvet.  Jadi terpaksalah masuk highway.  Masa pergi en suami yang pandu kereta tetapi saya yang duduk sebelah pun rasa stres.  Semasa balik terpaksalah memandu.  Sambil-sambil memandu terus panjatkan kesyukuran sebab saya saya hanya bekerja dari rumah.  Tidak perlu lagi memandu di dalam keadaan stres setiap hari pagi dan petang.

Terima kasih Allah.

Sempat bawa si kecik beli sarapan sebab hari ini sekolah dah mula bercuti sehingga Selasa.  Ada lah teman di rumah selain si Hikari(Hikari ni bukan boleh buat kawan, makan tidur aje kerjanya).  Boleh lah disuruh sapu daun-daun yang berguguran sambil ibunya ni menyemai benih-benih sayur yang saya baru dapat 2 hari lepas.  Mudah-mudahan menjadi lah hendaknya.



Yang nak beli benih boleh ke blog Diana Demiyah.  Macam-macam benih ada.  Boleh beli online.  Servis pun cepat.

Itu antara yang disukai oleh pelangan.  Cepat respon apabila pelanggan emel atau pm.  Tetapi sebagai pembeli kita perlu faham juga, mereka yang bisnes dari rumah juga ada tanggungjawab lain.  Bukannya 24jam mengadap laptop dan gajet.  Walau semua tiu boleh akses melalui telefon tetapi buakan setiap saat nak menjawab soalan kita.  Mereka juga ada kerja yang perlu disiapkan, ada anak-anak yang perlu diberi perhatian.  Itu adalah matlamat utama mereka.  Semoga kita saling faham memahami ;)

Yang nak mula bisnes online atau nak buat kedai online.  Teapi tidak ada cukup bajet.
Boleh hubungi saya.  Kami ada PAKEJ MAMPU MILIK.  Jika ada produk sendiri boleh guna produk sendiri.  Jika tiada kami sediakan produk.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com


Wednesday, October 1, 2014

Masih belum terlambat untuk mula

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah bermula bulan Oktober.  Rasa baru semalam anak mula persekolahan awal Januari.  Pejam celik sudah mahu hampir ke penghujung tahun.
Walau duduk di rumah tetapi saya tetap sibuk dengan dunia online dan juga offline.
Selagi kita hidup, selagi itu tugas belum selesai.

Syukur atas masa yang Allah berikan.  Matlamat untuk berhenti kerja sebelum umur 50 juga sudah tercapai.  Walau agak terlambat tetapi tiada apa yang terlambat selagi kita tidak mula. Eh betul ke saya merepek ni.  Kalau dalam bahasa orang putih tu, "It's never too late to start".  Kadang-kadang malu juga bila saya pergi ke kelas-kelas IM ataupun kelas "baking", ramai yang jauh lebih muda dari saya. (Kalau kelas agama ok lagi sebab memang golongan yang lebih tua dari saya yang ramai)  Tetapi saya niatkan ilmu yang saya belajar ini bukan untuk saya seorang.  Mungkin saya tidak dapat gunakan semuanya untuk diri sendiri tetapi saya dapat turunkan ilmu ini kepada anak-anak, protege dan agen-agen saya (wah dah bunyi macam james bond pula).  Mudah-mudahan ilmu yang saya kongsikan dengan mereka dapat membantu saya di sana.  Itu sahaja harapan saya.
Maaf hari ini merapu sikit.

Okay.  Saya nak pergi lipat kain sambil layan drama.
Sementara itu, boleh baca di sini ya, ulasan ebook Super Wahm Super Mom

  Alhamdulillah..kini saya selesai membaca ebook ini. Ebook yang membuat saya terfikir tentang `SUPER`.Adakah  perkataan `SUPER` ini boleh membuat kita jadi `Super Woman`. Cuba menjadi bijak menguruskan masa, keluarga dan diri. YA!!..EBOOK INI
 MEMBERI PANDUAN DAN KITA MENGURUSKAN

  Ebook ini amat-amat sesuai bagi surirumah mahupun wanita yang bekerjaya. Ibarat untuk orang yang sibuk khususnya wanita. Ebook ini banyak memberi panduan tentang pengurusan masa, tenaga,motivasi serta nilai-nilai murni melalui perkongsian berpengalaman. Adakah seronok berkerja di rumah??.. Ebook ini ada jawapannya.

  Ebook ini membuka jalan pada saya dalam menguruskan masa. Ini kerana saya berhenti kerja selepas melahirkan anak pertama saya. Di susuli anak ke 2 selepas setahun. Saya mempunyai minat menjahit. Alhamdulillah, saya dapat berguru. Tetapi bab pengurusan masa adalah masalah utamasaya. Alhamdulillah, kini saya ada panduan itu.

  Saya juga mempunyai masalah tenaga. Bila dah penat, saya akan stress. Bila banyak yang saya hilang terutama minat serta matlamat saya. Badan penat, hendak menjahit jadi malas, maka matlamat hilang..rugi bukan??. Ebook ini memberi saya cara merawat stress saya. Motivasi serta nilai-nilai positif juga memberi saya semangat.

  Saya suka membaca kisah Puan M dalam ebook ini. Berhenti kerja di saat-saat ekonomi keluarga tidak kukuh serta tahap  kesihatan yang merosot. Tetapi berkat usaha, ikhtiar, doa serta tawakal kini dia telah pun berjaya. Malah urusannya hanya di rumah. Tidak percaya bukan??. Begitu juga saya. Tetapi bila pengalaman yang di kongsikan, ia memberi suntikan baru kepada saya. Malah pengalaman orang lain juga dapat membuka jalan kepada kita.

    Dahulu saya hanya tahu `full housewife`. Kini ebook ini membuka minda saya lebih dari `full housewife`, Ebook yang menerangkan dengan lebih lanjut serta mendalam tentang:
WAHM (Work At Home Mom)
SOHO (Small Office Home Office)
SAHM (Study At Home Mom)
 SAHM (Stay At Home Mom)
  Ebook ini memberi panduan pada saya bagaimana menjana pendapatan melalui minat serta dari rumah. Yang pasti belajarlah dengan yang Pakar. Pakar bermaksud mahir serta berpengalaman dengan minat saya. Malah kita perlu sedia menerima kritikan serta positifkan diri. Ebook yang mengajar serta mendapat hasil dari BEKERJA DENGAN JIWA DAN SEPENUH JIWA.

  Jadi, kini tiada istilah duduk rumah tidak boleh dapat duit..bukan?? Malah surirumah seperti saya juga boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Yang penting ada panduan, rangka strategi  serta mengurusan masa.

Yang berminat nak dapatkan ebook ini boleh klik sini untuk harga PROMOSI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...