Tuesday, January 10, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah seminggu lebih kita berada di tahun baru 2017.
Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan.
Mohon kemaafan dari saya kerana sudah lama tidak mengemaskini blog.
Tahun lepas adalah tahun yang agak padat jadual saya.  Padat dengan kuliah agama.  Walaupun kuliah pada waktu pagi tetapi saya menyambung dengan kelas-kelas tajwid, bahasa arab dan kelas-kelas yang berkaitan dengan Al Quran.  Dan juga ada yang saya perlu hadiri di slot petang.  Memang kepenatan juga berkejaran mencari ilmu tetapi nikmat mendapat ilmu dan beramal dengannya menghilangkan semua kepenatan itu.
Macam ustaz Kamal selalu ingatkan, kalau rasa penat bersimpuh dalam kelas, berdoalah, "Ya Allah moga kesakitan kaki kami yang bersimpuh ini kau gantikan dengan kemudahan kami di padang mahsyar nanti.
Kalau rasa panas pakai tudung tu, cakaplah kat Allah, "Ya Allah, kau gantikan la kepanasan di dunia ini dengan rasa nyaman di padang mahsyar nanti ketika orang lain kepanasan".

Ada beberapa tips yang saya nak kongsikan.  Tips berkaitan dengan berkebun, resipi yang saya cuba tetapi Allah masih belum mengizinkan lagi.   Insha Allah, moga kita sama-sama memperolehi masa yang berkat.  Ada peluang saya akan up kan di sini.

Pesan saya 1 aje hari ini untuk kawan-kawan/ibu-ibu.
Tidak kira sesibuk mana pun kita, carilah masa untuk baca Al Quran dan terjemahan. Bagi yang uzur, baca terjemahan.  Mula-mula macam tak rasa apa.  Tetapi cuba masukkan diri kita di dalam setiap ayat itu.  Rasakan setiap ayat itu Allah tujukan pada kita. Bukan hanya pada kaum terdahulu.  Insha Allah, lama-kelamaan kita akan dapat rasa "connection" Al Quran dengan diri kita.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...