Wednesday, July 31, 2013

Fasa Akhir Ramadhan

Teks: Aishah Hussein
Masa berlalu begitu pantas.  Sedar tidak sedar sudah masuk fasa terakhir.
Fasa pertama, bercita-cita tinggi ingin masukkan 1 hari 1 resipi.  Dek kerana sibuk dengan aktiviti Ramadhan, terbengkalai cita-cita.  Selepas terawih sahaja mata pun dah layu, bantal pun sudah melambai-lambai. Tambahan pula si adik tidak mahu tidur kalau ibu tidak masuk tidur.  Jika adik tidur lambat, sahur esoknya mesti ada orang yang buat drama sedih pukul 5 pagi.
Bersyukur sangat Ramadhan tahun ini diberi kesihatan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Moga diberi kekuatan untuk mengharungi fasa akhir Ramahan tahun ini bersama-sama keluarga tercinta.
Doa saya agar ibadat kita semua pada tahun ini adalah lebih baik di sisi Allah dari tahun-tahun yang lalu.

Sunday, July 28, 2013

HEARTS - Bahagian 2

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, selesai sudah kursus program HEARTS Modul 2 petang tadi.  Hari ini, badan sudah kepenatan, mata sudah kelayuan, jadi agak mencabar juga untuk saya terus menghayati penyampaian penceramah kursus pada hari ini.  Tetapi saya rasa bukan saya seorang sahaja begitu, ramai juga yang sudah terlentok, almaklum bulan puasa sememangnya tidur tidak pernah cukup.

Selesai solat Zohor berjemaah bersama rakan-rakan program, kami semua mula bertukar-tukar nombor telefon.  Masing-masing sudah bertambah ceria walaupun ada 3 jam lagi untuk habiskan kursus. 

Selama saya menjadi WAHM, saya rasa banyak benda baru yang saya belajar.  Tetapi apabila berada di dalam program seperti ini, rupanya banyak lagi perkara baru yang saya ketahui boleh dilakukan sebagai kerjaya yang diusahakan dari rumah.  Antaranya, salon bergerak (mobile saloon), bisnes trading dan rekaan dalam dari rumah.  Mereka yang hadir adalah orang yang hebat-hebat belaka dan ada antara mereka yang memang sudah pun bekerja dari rumah dan memang betul-betul menjana pendapatan yang lumayan.  Dan yang paling saya seronok adalah mereka ini kebanyakannya ibu-ibu muda dan seawal usia begini mereka sudah berjaya menjadi WAHM dengan jayanya.  Mereka hadir untuk mendalami ilmu untuk bisnes online melalui media sosial.

Hari ini, walaupun masing-masing agak keletihan tetapi pulang dengan perasaan tidak sabar untuk menghadiri Modul 3 pada minggu depan.


Peluang sebagai penulis dari rumah

Teks: Aishah Hussein

Sabtu lepas, mentor saya telah pm saya tentang artikel yang saya telah sumbangkan ke dalam majalah Muslimah.  Saya tidak menyangka yang nama saya akan tertera di dalam ruangan tersebut.  Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengenali sifu saya Pn Masayu Ahmad yang banyak membantu pelajar-pelajarnya dalam pelbagai-pelbagai aspek dan peluang.  Terima kasih kepada sifu di atas tunjuk ajar dan peluang yang diberikan. Terima kasih juga kepada Nur Ain Vivian Quake yang sudi bekerjasama dengan kami dan juga Pn Nik Fauziah Nik Hussin kerana menerbitkan artikel tersebut.

Sebenarnya, ketika sifu mesej kepada saya untuk siapkan satu artikel ini, saya agak keberatan kerana datelinenya agak singkat.  Tetapi setelah dicabar dan atas dasar ingin mencuba dan juga membantu sifu kerana sifu sudah tidak menang tangan dengan tugasan beliau yang lain, saya sahut cabaran itu.  Alhamdulillah, saya berjaya selesaikan tugasan itu dalam waktu yang ditetapkan. 

Sila dapatkan majalah Era Muslimah Bil. 17 untuk ikuti kisah selanjutnya tentang penghijrahan Nur Ain Vivian Quake.  Di dalamnya juga terdapat  kisah kecekalan seorang sahabat dari Alumni Penulis dari rumah, Khairunnisa yang beroperasi dari rumah sebagai seorang akitek demi anak-anak.



Sertai kami di Alumni Penulis dari Rumah.  Apa kelebihannya.  Anda berpeluang untuk belajar cara penulisan yang betul.  Cara untuk naikkan trafik di blog.  Dan anda juga berpeluang menjadi guru online.  Siapa sangka suatu hari nanti nama anda akan tertera di ruangan artikel majalah ataupun kisah anda disiarkan di dalam majalah seperti rakan-rakan saya yang lain.

Pendaftaran bagi 2 kelas online masih dibuka di bulan Ramadhan.
Waktu kelas adalah fleksibel.

pm saya https://www.facebook.com/messages/aishah.hussein7 untuk pendaftaran salah satu kelas dan pertanyaan atau
emel ke noraisah.hussein@gmail.com

1. Kelas asas blog dan penulisan, atau
2. Kelas asas blog dan fan page (bagi yang mahu mula bisnes)

Saturday, July 27, 2013

Housewives Enhancement And Reactivate Talent Scheme (HEARTS)

Teks: Aishah Hussein

Assalamualaikum.  Sudah 4 hari saya tidak mengemaskini entri di sini.  Ya Allah, cabaran begitu hebat di bulan Ramadhan.  Siang hari perlu siapkan tempahan-tempahan cookies untuk hariraya manakala malam pula sudah penat.  Ada beberapa resipi ingin dimasukkan tetapi tidak sempat.

Cabaran di fasa akhir Ramadhan nampaknya akan lebih hebat.   Minggu lepas saya telah menghadiri talimat program perintis Housewives Enhancement And Reactivate Talent Scheme  (HEARTS) yang dianjurkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).  Setelah ditemuramah, alhamdulillah, saya  telah berjaya dipilih untuk menyertai latihan kursus untuk Social Media Management.
Apa itu HEARTS?
Hearts ialah program yang dianjurkan kerajaan melalui dana yang disalurkan ke Kemeterian Pembangunan Sumber Manusia Berhad.
Saya petik dari website HRDF
Objektif program HEARTS
  • Melatih suri rumah berpelajaran yang telah menjadi pendam dengan kemahiran khusus bagi membolehkan mereka menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi negara di samping mengekalkan status quo sebagai suri rumah
  • Menyediakan platform kepada suri rumah untuk mempelajari bidang baru yang membolehkan mereka bekerja dari rumah dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah.
Antara Kursus program yang ditawarkan adalah Translation, Insurance Agent, Research Metodolgy, Certified Project Management, Consultancy, Social Media dan lain-lain.  Semuanya adalah percuma.

Hari ini seharian menghadiri kursus Modul 1 dan esok bersambung ke Modul 2.  Agak kepenatan juga, tetapi alhamdulillah along ada untuk membantu di rumah.

Bagi Modul 3 iaitu kursus bagi bahagian teknikal in shaa allah akan bermula minggu depan.  Saya terpaksa menolak beberapa tempahan dari kawan untuk minggu hadapan memandangkan kursus tersebut akan berjalan 4 hari berturut-turut.  Dan selepas itu saya perlu siapkan tempahan brownies untuk hari raya pula.  Syukuri segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan.

Bagi suri rumah yang berminat untuk menghadiri program hearts ini, sila ke link ini HEARTS untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.  Anda masih berpeluang untuk menghadirkan diri ke taklimat yang bakal diadakan pada 31 Julai 2013.

Pendaftaran bagi 2 kelas online  masih dibuka di bulan Ramadhan.
Waktu kelas masih fleksibel.

pm saya https://www.facebook.com/messages/aishah.hussein7 untuk pendaftaran dan pertanyaan atau

emel ke noraisah.hussein@gmail.com

1. Kelas asas blog dan penulisan, atau
2. Kelas asas blog dan fan page (bagi yang mahu mula bisnes)
Bagi yang tiada produk, kami sediakan produk untuk mulakan bisnes.



Tuesday, July 23, 2013

Bubur Lambuk Mee

Kenapa bubur lambuk kami gunakan mee.  Asalnya arwah nenek tidak boleh nak makan bubur lambuk nasi(menurut cerita arwah mak) atas sebab-sebab selera bukannya kesihatan.  Jadi dia ubahsuai dengan selera dia, gunakan mee siput.   Tetapi sekarang ni mana nak cari mee siput, jadi saya ubahsuai gunakan mee pasta Angel Hair.

Sudah menjadi tradisi di rumah arwah mak, bubur lambuk mee memang akan jadi menu untuk Ramadhan.  Tetapi angah kat rumah saya ni memang suka dengan bubur lambuk nasi juga, jadi kenalah buat juga bubur lambuk nasi lepas ni.


Bubur Lambuk Mee

Bahan-bahan:
1/2 bungkus pasta Angel Hair
5 ulas Bawang merah - ditumbuk 
Halia 1 inci  - ditumbuk 
Lada Hitam - ditumbuk 
1 ikat pucuk paku merah
1 helai daun kunyit
2 tangkai daun kadok
2 ikat daun kesom
2 tangkai daun kemangi
Santan  dari biji kelapa
5 ekor Ikan kembong yang kecil - direbus atau bakar dan ambil isinya
Daging yang dihiris kecil-kecil yang telah direbus terlebih dahulu - optional
Sotong - optional
Serbuk kunyit sedikit
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1.  Rebus pasta sehingga 3/4 lembut.
2. Sayur-sayur dibersihkan.
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang merah, halia dan lada hitam.
3. Masak sehingga mendidih dan masukkan isi ikan, daging rebus dan sotong.  Masukkan garam dan kacau rata.  Harus dikacau selalu bimbang nanti santan pecah minyak. 
4. Apabila telah hampir masak, masukkan sayur-sayuran tadi dan sedikit serbuk kunyit.
5. Masukkan mee pasta dan kacau rata. Biarkan sehingga 5 minit kemudian boleh dihidangkan.

Fasa ke 2 Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah sudah 2 minggu kita berpuasa.  Bulan Ramadhan bulan penuh barakoh.  Tinggal berbaki lebih kurang 2 minggu juga untuk kita berusaha keras merebut rahmat dan pengampunan Allah.

Syukuri nikmat dan rezeki yang Allah berikan  setiap saat, tanpa Allah apa sahajalah yang ada pada diri kita.  Udara yg kita sedut secara percuma pun Allah yang berikan.    Terima kasih Allah untuk semua nikmat yang diberikan.

Terima kasih Allah kerana memberi peluang untk berkongsi pelbagai ilmu dengan protege saya dan rakan-rakan yang lain.  Lebih banyak kita memberi lebih banyak Allah akan memberi kepada kita.  Mungkin bukan dalam bentuk RM tetapi kesihatan, amal ibadat kita, rumahtangga kita.  Itu juga satu nikmat yang saya sangat-sangat perlukan di akhir-akhir usia sebegini.

Mari kita sama-sama syukuri nikmat yang Allah berikan dan sama-sama berkongsi dengan orang lain.  Semoga rantaian nikmat itu tidak terputus dari terus mendapat rahmat Allah.

Pendaftaran Kelas Asas blog masih terbuka di bulan Ramadhan.

Kami juga ingin membantu suri rumah yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi agen dropship.  Hubungi saya terus bagi pembinaan blog dan fanpage untuk bisnes online.

pm saya Aishah Hussein untuk pendaftaran dan juga pertanyaan tentang blog dan fanpage

Boleh juga emel ke noraisah.hussein@gmail.com





Sunday, July 21, 2013

Resipi Ramadhan 7.0

Teks: Aishah Hussein

Setiap kali Ramadhan tiba, Bubur Lambuk Mee akan menjadi nostalgia buat kami sekeluarga.  Ia mengingatkan kepada menu air tangan arwah mak saya.  Sudah tentu ia tidak sesedap bubur lambuk yang mak masak kerana daun-daunan semua tidak ada, tetapi cukup untuk mengubati kerinduan kami kepada arwah.

Ia menggunakan resipi bubur lambuk Terengganu tetapi menggunakan mee.  Sekarang sudah susah nak jumpa mee yang mak guna, jadi saya gantikan dengan angel hair pasta.
Nanti saya akan letakkan resipi.  Sekarang hendak pergi masak dahulu.  Selamat berbuka semua.









Resipi Ramadhan 6.0

Teks: Aishah Hussein

Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan resipi Ayam Masak Halia dan Kerabu Timun.


Ayam Masak Halia
Bahan-bahan:
10 ketul Ayam 
3 ulas Bawang putih  } ditumbuk
6 ulas Bawang merah} ditumbuk 
Halia 3 inci  } ditumbuk
5 biji Buah pelaga } ditumbuk
2 biji Bunga lawang  } ditumbuk
Kulit kayu manis
Garam secukup rasa
Air


Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga ayam berwarna kuning sahaja. Tidak perlu sehingga masak.  Tak perlu keluarkan ayam.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali.  Masukkan juga kulit kayu manis.
3. Kacau semua sehingga rata.
5. Masukkan air separas ayam.
6. Masak sehingga ayam betul-betul masak dan kuah menjadi pekat.





Kerabu Timun
Bahan-bahan:
2 biji Timun bersaiz sedang
Santan pekat
3 ulas Bawang merah} dihiris atau ditumbuk
1 sudu besar Lada Hitam / ikut kesukaan masing2
1 ekor Ikan bakar/rebus
Cili padi jika suka
Garam secukup rasa
Air


Cara-caranya:
1. Timun dihiris panjang seperti untuk ulam laksa
2. Tumbuk bawang bersama lada hitam.
3. Ikan ditumbuk.
5. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan gaul rata.
6. Masukkan garam dan hidangkan.
*Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk sebentar dan menjadi "cold salad".

Friday, July 19, 2013

Nak masak apa ya untuk berbuka

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Setiap hari nak fikir masak apa untuk berbuka.  Walaupun masak tidaklah banyak mana tetapi sudah seminggu berpuasa mulalah pening.  Semalam berborak dengan along, minta along senaraikan apa lagi yang ibu belum tunaikan senarai makanan yang along hendak makan sebelum pulang.  Ada yang terpaksa dibuat selepas raya, jadi mana-mana yang boleh dibuat bulan Ramadhan ini, ada rezeki bolehlah dikongsikan bersama.

Saya juga memohon maaf kerana meletakkan gambar makanan di blog saya kerana niat saya untuk berkongsi resipi dan supaya pembaca dapat lihat apa hasilnya yang diceritakan di dalam resipi itu.  Sebab saya sendiri akan mencuba resipi di internet apabila saya dapat lihat fotonya.  Dari situ baru kita tahu betul ke resipi ini yang kita hendak cuba.  Untuk di facebook, saya tidak akan mempamerkan foto makanan di thumbnail kerana itu memang terang-terangan sangat untuk pamerkan kepada orang.

Saya tahu pembaca yang singgah di blog saya kebanyakannya mencari resipi di bulan Ramadhan.  Saya harap niat saya membantu memberi idea memasak kepada suri rumah yang sibuk ini memberi pahala kepada saya dan juga pembaca.  Kerana mereka akan memasak untuk keluarga mereka dan menggembirakan hati keluarga  mereka dengan air tangan mereka sendiri.  Mereka juga mendapat pahala.


Menu saya hari ini adalah Kari Ikan, Ikan Goreng dan Puding Roti Bakar (yang semalam ada lagi).   Hari ini tak boleh masak sedap-sedap sebab angah ada program qiamulail di masjid jadi dia terus berbuka di masjid berhampiran dengan sekolahnya.  Kalau masak yang special angah akan bising sebab dia tak dapat makan.  Kesian angah selalu kena usik.

Nanti saya akan kongsikan resipi Ayam Masak Halia serta Kerabu Timun, tak sempat nak mencoret resipi.  Malam-malama terkejar terawih, siang-siang mengantuk pula nak mengadap laptop lama-lama.  Selamat memasak dan selamat berbuka semua. 

Pilhan menjadi WAHM adalah urusan Allah semata-mata

Teks: Aishah Hussein

Apabila membuat keputusan untuk berhenti kerja, seorang suri rumah seharusnya berbincang dengan suami.  Walaupun sememangnya tugas dan tanggungjawab memberi nafkah adalah terletak di atas bahu suami sepenuhnya, tetapi sebagai tanda hormat dan kesepakatan kita harus bertanya pendapat dan meminta redha suami.

Saya sendiri juga ambil masa bertahun juga memohon izin dari suami.  Walaupun beberapa kali memberitahu suami tentang hasrat saya untuk meletak jawatan, tetapi saya sendiri juga belum betul-betul bersedia.  Dengan memohon petunjuk dari "CEO", akhirnya saya rasa tenang ketika memilih tarikh untuk menghantar surat perletakan jawatan.

Ketika rakan-rakan mengetahui saya sudah menghantar surat perletakan jawatan,  salah satu soalan yang ditanya adalah, apa en suami kata.  Tetapi soalan yang saya rasa kelakar adalalah soalan dari seorang bos besar  "you dah bincang dengan suami".  Kenapa saya rasa kelakar.  Sebabnya adalah kerana dalam hidup saya, terlalu sedikit sangat yang saya buat keputusan tanpa memberitahu ataupun berbincang dengan suami, terutamanya dalam hal-hal yang penting dalam hidup.  Dan saya memang tidak faham jika ada orang yang buat keputusan begitu tanpa berbincang dengan keluarga.  Malah  saya juga bertanya pendapat untuk berhenti kerja kepada anak saya yang berumur 7 tahun ketika itu.  "Adik, kalau ibu berhenti kerja, adik suka tak?"  Jawapannnya mestilah suka kan.  Tetapi ayat dia yang best adalah, "suka sebab ibu boleh ambil saya awal setiap hari".

Sebenarnya banyak yang perlu kita ambil kira apabila kita membuat keputusan untuk berhenti kerja.  Tetapi yang paling penting, mohonlah petunjuk dari DIA.  Ramai kenalan dari kalangan ibu-ibu muda yang ingin berhenti kerja untuk menjadi WAHM menceritakan kepada saya yang mereka tidak mendapat sokongan dari suami untuk berhenti kerja.  Satu nasihat saya, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah, di samping berusaha buktikan kepada suami yang dengan duduk di rumah juga boleh menjana pendapatan.  Dapat menjaga anak-anak sendiri di depan mata dapat juga membantu suami menambah pendapatan tambahan.


WAHM, Sokongan dan restu suami sangat penting
Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom

Sokongan suami
Halangan pasti ada, ramai juga keluarga dan sahabat sepejabat yang menyuarakan
kebimbangan dan tidak bersetuju dengan keputusan saya dan suami. Saya masih kerap
bertanya lagi dengan suami, suami pula memberitahu selama ini dia yang mencari nafkah
untuk kami, hampir kesemua perbelanjaan dia yang menanggungnya. Walaupun saya tahu dia
ada sedikit gusar mengenai perbelanjaan  tetapi dia mengizinkan dan dia adalah orang paling
banyak memberi sokongan dan dorongan dalam perniagaan.

Akhirnya, setelah lebih kurang setahun merancang,  pada bulan Februari 2012 saya
menghantar surat berhenti kerja dengan sebulan notis dan March 2012 juga saya melepaskan
jawatan saya. Perasaan masih bercampur baur, gembira kerana hajat didapat tercapai, sedih
kerana sudah lebih 8 tahun saya bekerja disana bersama rakan-rakan.
Hati ini amat tenang, gembira senyum sampai telinga dan juga ada perasaan ragu dan
terfikir "boleh keraku bagi mak dan abah setiap bulan".
Sarah, tiga tahun setengah, adalah orang yang paling gembira.

" Mak tak kerja hari ini Sarah" kataku kepadanya, dia menyampuk " yeay".
Hari pertama berjalan lancar, sempat bermain dan membaca buku dengannnya sambil
menguruskan kerja menambah baik facebook dan  blog secara  online sahaja.
Pada tarikh  March 2012, saya sudah meninggalkan pejabat dan memulakan era baru di
rumah.

 Pakej Asas Wahm Soho
 Harga promosi RM100 sahaja
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
 

Bayar di sini Borang Tempahan untuk pembelian.

Thursday, July 18, 2013

Fasa pertama Ramadhan, fasa Rahmat

Teks: Aishah Hussein

Sudah hampir mencecah ke 10 hari pertama berpuasa.  Fasa pertama bakal berakhir, iaitu fasa Allah memberi Rahmat kepada hamba-hambanya dia atas amalan dan juga kebaikan yang kita lakukan.  Sama-sama kita menaiktarafkan diri kita di sisiNYA dengan memperbanyakkan membaca Al-quran, berzikir, bersedekah dan pelbagai amalan soleh.  Moga kita sama-sama mendapat RahmatNYA.

Dan jangan lupa perbanyakkan doa.  Ini saya petik dari blog Dr Zaharuddin semalam.

Antara kerugian yang kita sering lakukan di dalam bulan Ramadhan adalah 

"Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka".

Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" (
Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan, bagi mereka yang ada masalah kewangan atau apa pun juga masalah kita, gunakanlah peluang yang ada ini untuk berdoa.  In shaa allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.


Sempena bulan Ramadhan, kami menyediakan penghantaran secara percuma untuk pembelian borong untuk tujuan sedekah dan amal jariah.

Kos pos adalah percuma dan kami terus pos ke alamat yang dinyatakan.

Bagi di kawasan Shah Alam dan Ampang, kami akan hantar sendiri ke masjid yang berdekatan dengan kawasan tersebut.  Moga kita sama-sama mendapat barakoh dari amalan ini.
Antara senarai telekung solat
1. Telekung solat indonesia (dewasa dan kanak-kanak)
2. Telekung solat vietnam
3. Telkung solat kerawang
4. Telekung solat sulam ayak
5. Telekung solat bunga satu lapis
6. Telekung solat barbie kanak-kanak
7. Telekung solat strawberry kanak-kanak

Bagi pembelian runcit 2 helai ke atas mana-mana telekung solat akan mendapat percuma sejadah muka.

pm terus ke https://www.facebook.com/messages/ProdukSunnahOnlineShoppe

sms/whatsapp 013-383 7768 untuk belian borong



Tuesday, July 16, 2013

Resipi Ramadhan 5.0

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa dan sudah seminggu juga kita meninjau-nijau di bazaar Ramadhan.  Sudah ada kedengaran suara-suara tidak puas hati di di dinding-dinding muka buku tentang harga mahal dan ada yang merungut belum berbuka lauk yang dibeli sudah basi.

Atas alasan-alasan di atas jugalah saya cuba seboleh-bolehnya untuk masak sendiri sejak 2, 3 tahun kebelakangan ini.  Lebih-lebih lagi tahun ini, saya sudah menjadi suri rumah sepenuh masa.  Tetapi kalau teringin sangat nanti pergi juga cuci mata.  Selalunya pergi sebab nak beli makanan yang saya tidak pandai nak buat.

Jadi rakan-rakan, seelok-eloknya marilah kita cuba masak sendiri di bulan Ramadhan, walaupun hanya 1 lauk untuk berbuka.  Bukan kedekut tetapi berjimat.  Tambahan pula makanan yang dimasak oleh air tangan kita kan lebih sedap walaupun hanya menggoreng telur dadar.

Menu kami berbuka semalam adalah  Asam Pedas Ikan Kerisi, Ikan Goreng Sumbat, Salad dan Sambal Belacan Mangga.



 Asam Pedas

Bahan-bahan
2 ekor Ikan (Ikan apa-apa pun boleh)
Cili kering sudah dimesin (boleh juga gunakan cili besar yang ditumbuk)
3 biji Bawang merah
2 batang Serai
Daun Kesum
Asam Keping
Garam
Air
Buah Tomato

Cara-cara
1.  Didihkan air bersama cili mesin dan bawang merah yang telah ditumbuk.
2.  Bila sudah menggelegak, masukkan ikan.
3.  Masukkan serai, daun kesum, asam keping.
4.  Bila sudah hampir masak, masukkan potongan buah tomato.




 Ikan Goreng Sumbat

Bahan-bahan
2 ekor Ikan (Ikan elok diguna yang bersaiz besar, selalu saya guna Ikan Selar dan Kerisi)
Selalunya ikan kerisi saya tidak buangkan sisik dan dibelah belakang.  Terpulang kepada kalian.
Cili kering sudah dimesin (boleh juga gunakan cili besar yang ditumbuk)
1 inci kunyit hidup
5 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia
Asam Jawa
Garam
Sedikit gula, jika suka


Cara-cara
1.  Tumbuk bawang putih, bawang merah dan kunyit hingga hancur.
2.  Masukkan cili mesin, garam dan gula serta asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air.
3.  Sumbatkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perut ikan serta lumur keliling.
4.  goreng ikan di dalam minyak panas sehingga garing.



Salad

Bahan-bahan
Daun Ketumbar
Kacang Buncis yang direbus sebentar
Daun Mint
Daun selasih (saya tidak gunakan kerana tiada stok)
Buat tomato dipotong / tomato ceri
Cili Padi atau cili merah
Lada Hitam
Limau Nipis/Lemon
Bawang Besar
Sedikit Garam, Gula

Cara-cara

1.  Basuh semua sayur-sayur di atas.
2.  Patah-patahkan daun ketumbar dan mint.
3. Kacang buncis yang telah direbus, dibiarkan sejuk baru dicampurkan dengan sayur lain.
4. Masukkan tomato, cili padi dan bawang yang dihiris.
5.  Simpan di dalam bekas yang telah ditutup dengan plastik wrap dan disimpan di dalam petisejuk.
6.  Bila hampir waktu hendak dihidangkan baru dimasukkan lada hitam, garam, gula dan perahan jus limau nipis.  Gaul rata dan hidangkan.


   Sambal Belacan Mangga


Pencuci Mulut, Bubur Kacang





Resipi Ramadhan 4.0

Teks: Aishah Hussein

Hari Sabtu lepas, kami ada jemputan kenduri tahlil, jadi memang tidak masak untuk berbuka.  Sebagai buah tangan ke kenduri, saya hanya bawakan Black Bottom Cheese Cupcake. 

Resipi untuk Black Bottom Cheese Cupcake ada di sini.





Untuk juadah bersahur, saya hanya masak Ayam Goreng Kunyit.

Tiada foto tetapi resipinya cukup mudah.
Isi ayam/fillet digaul garam dan kunyit.
Goreng di dalam minyak yang sedikit.  Bila hampir masak masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi, semuanya yang telah dihiris.







Monday, July 15, 2013

Resipi Ramadhan 3.0

Teks: Aishah Hussein

Sudah 3 hari saya tidak masukkan entri resipi.  Hendak kata sibuk, tidaklah sibuk sangat.  Cuma banyak hal lain yang dibuat.  Tidak sempat untuk upload gambar dan mencatat resipi.  Seperti biasa, saya cuma berkongsi resipi-resipi yang mudah-mudah sahaja yang saya rasa sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja.  Saya pernah menjadi suri rumah yang bekerja dan saya faham keadaan mereka yang berkejar pulang ke rumah untuk memasak terutamanya mereka yang tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur.

Resipi untuk dikongsi kali ini adalah Tomyam Ayam Kuah Putih dan Roti Santan.

Tomyam Ayam Kuah Putih













Bahan-bahan:
12 ketul Ayam
1 inci Lengkuas
1 inci Halia
3 ulas Bawang putih diketuk
1 labu Bawang besar
AirTomato
Serai 4 batang
Daun Ketumbar
Cili Padi diketuk
2 biji Limau Nipis
4 helai Daun Limau Purut
1 batang Saderi 
Garam
Sedikit gula


 Cara-cara:
 1.  Didihkan air di dalam periuk bersama bawang putih, lengkuas dan  halia.
 2.  Setelah mendidih masukkan ayam serta garam dan biarkan sehingga ayam kecut.
 3.  Masukkan serai, batang saderi yang sudah dihiris, daun limau purut, cili padi serta daun ketumbar.
 4.  Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan perahkan limau nipis.  Masukkan gula sedikit.
5.  Biarkan menggelegak sebentar dan tutup api.

Pencuci mulut
Roti Santan

Bahan-bahan:
Roti dipotong 4.
Kelapa parut
Gula
Sedikit Garam
Air Suam/ masak untuk memerah kelapa








Cara-Cara
1. Susun roti ke dalam pinggan
2. Kelapa diperah bersama air masak untuk dapatkan santan.
3.  Santan dibancuh dengan gula dan sedikit sahaja garam untuk memberi rasa lemak.
4.  Tuang santan di atas roti yang telah disusun.
5.  Bungkus roti dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk.
6.  Keluarkan apabila sudah sampai waktu berbuka.

* Sedap dimakan ketika roti telah sejuk.

Kenalpasti minat dan kepakaran sebelum bergelar WAHM

Teks: Aishah Hussein

Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja, ambil masa untuk untuk fikirkan apa yang akan dibuat apabila duduk di rumah.  Semasa saya menghantar surat perletakan jawatan, soalan pertama yang orang akan tanya, nanti nak buat apa kat rumah?  "Kena buat sesuatu, nanti boring duduk di rumah".

Setelah hampir 4 bulan saya berhenti kerja, saya tidak pernah rasa jemu lagi.  Masa saya bagaikan tidak cukup 24 jam untuk saya.  Tiada sesalan di atas keputusan saya ini kerana saya membuat pilihan dengan dorongan yang saya pohon dari DIA.  Moga dia akan terus memberi kekuatan kepada saya untuk teruskan kerjaya saya sebagai WAHM di samping berada bersama keluarga yang dicintai.  Terima kasih Allah di atas segala-galanya.

Kenalpasti apa minat, kepakaran dan pengalaman sebelum bergelar wahm

Sumber: Bab 2 Ebook Super wahm Super mom
Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anakanak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anakanak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.
Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email,
FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.



Kenapa perlu ada blog.  Blog adalah platform untuk kita menjana pendapatan pasif.  Sertai kami  di Akademi bekerja dari rumah.  Belajar membina blog untuk berkongsi kepakaran atau mempromosikan produk kalian.
 
Pendaftaran bagi 2 kelas online  masih dibuka di bulan Ramadhan.
Waktu kelas masih fleksibel.

pm saya https://www.facebook.com/messages/aishah.hussein7 untuk pendaftaran dan pertanyaan atau

emel ke noraisah.hussein@gmail.com

1. Kelas asas blog dan penulisan, atau
2. Kelas asas blog dan fan page (bagi yang mahu mula bisnes)
Bagi yang tiada produk, kami sediakan produk untuk mulakan bisnes.


Saturday, July 13, 2013

Mengenali Rempah

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Ini adalah rujukan untuk anak-anakku yang tidak mengenali rupa rempah yang selalu digunakan di dalam masakan.

Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang selalu digunakan untuk masak kari.



Buah Pelaga

Kulit Kayu Manis

Bunga Lawang


Bunga Cengkih


Ketumbar




Halba
Selalu digunakan untuk nasi dagang, dan juga Masak Tumis Asam.
Halba juga digunakan untuk menambahkan susu badan.
Boleh dimasukkan ke dalam nasi ketika memasak atau ditumis ke dalam sup Lobak putih.


Buah Keras



Friday, July 12, 2013

Cabaran terbesar adalah penerimaan keluarga

Teks: Aishah Hussein

Sumber: Ebook super wahm super mom

Cabaran terbesar adalah penerimaan keluarga dan saudara mara.
Ramai merasakan rugi kerana tidak bekerja makan gaji, membazir masa dan wang ringgit
belajar tinggi hingga ke peringkat ijazah tetapi duduk di rumah. Kepada kebanyakan orang
mereka merasakan bekerja dari rumah itu sesuatu yang remeh dan lekeh. Sedangkan
sebenarnya masa dan tenaga yang diperah untuk menjayakan perniagaan itu adakala lebih
berat berbanding bekerja makan gaji.

Masyarakat secara amnya berpendapat yang wanita yg tidak bekerja di pejabat seolah-olah
tidak mempunyai kelulusan. Halangan mental seperti ini yang ada waktunya sangat melemahkan semangat saya. Faktor lain seperti kekangan modal, pendapatan yang tidak
menentu, tiada cuti tahunan, cuti sakit bergaji adalah lumrah bagi yang bekerja sendiri, baik
berniaga di premis atau secara maya.

Untuk permulaan semasa berniaga, memang agak payah untuk mendapatkan pelanggan.
Susah juga untuk meyakinkan pelanggan yang pertama kali hendak membeli barang secara
online. Ramai yang akan datang melihat sendiri barangan yg dihasilkan kemun kemudian barulah
mereka yakin untuk membuat tempahan. Namun dengan teknologi IT yang ada terutama pada
masa sekarang, lebih senang untuk membuat promosi tentang bisnes yang dijalankan. Orang
ramai pun lebih terbuka dengan idea membeli barang secara online berbanding 6-7 tahun
dulu.



Pakej Asas Wahm Soho
 Harga promosi RM100 sahaja
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
 
 
Bayar di sini Borang Tempahan untuk pembelian.

Resipi Ramadhan 2.0

Teks: Aishah Hussein

Bersambung ke resipi yang seterusnya.

Semalam lupa hendak masukkan resipi Ikan Bilis Goreng Petai.



Bahan-bahan
Ikan bilis
Petai
Bawang Besar dihiris bulat
Cili Merah dihiris
Kicap Manis
Cuka
Garam






Cara-cara
1.  Goreng ikan bilis sehingga garing dan keluarkan.
2.  Masukkan bawang besar dan cili merah.
3.  Masukkan petai.  Goreng bersama sehingga bawang agak garing.
4.  Masukkan ikan bilis.
5.  Renjiskan kicap manis dan letak sedikit garam.
6.  Renjiskan sedikit cuka dan goreng sehingga kesemuanya kelihatan garing bersalut dengan kicap.

Ayam Bakar Lemon



Bahan-bahan

Ayam 7 ketul besar
Bawang putih 7 ulas
Lada Hitam
Minyak Zaiton
Serbuk Rosemary
Garam

Cara-cara
1.  Bawang putih diketuk dan dilumurkan kepada ayam bersama garam.
2. Jirus minyak zaiton dan tabur lada hitam serta rosemary.
3.  Bakar di dalam oven bersuhu 200C selama 40 minit (bergantung kepada oven masing-masing)














 
Cekodok Ikan Bilis
Bahan-bahan:
2 cawan tepung
Bawang Merah ditumbuk
Cili merah dihiris
Daun kucai
Ikan bilis segenggam
Garam
Air untuk membancuh

Cara-caranya:
 1.   Bancuh tepung  dengan air dan tambahkan garam secukup rasa.
2.   Masukkan kucai dan ikan bilis.
3.   Bancuhan biarlah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
4.   Goreng cekodok dalam minyak yang panas.

Thursday, July 11, 2013

Latih anak-anak berpuasa, bukan memaksa berpuasa

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah,  hari kedua berpuasa.  Allah memberi hari yang redup buat hambanya agar mereka merasa tidak terlalu haus dan letih.  Agar malam nanti dapat beribadat dengan penuh tawadhu.

Syukur semalam adik dapat menghabiskan puasanya hingga ke petang.  Selalunya pada minggu pertama memang begitu.  Petang semalam, pulang sahaja dari sekolah terus baringkan kepala di atas meja makan.  Setelah dipujuk suruh mandi barulah muka ada senyuman sikit.  Syukur juga, tahun ini adik mudah bangun sahur dan yang penting dia mahu makan.  Kalau tahun yang sudah-sudah dia hanya mahu minum milo sahaja.

Alhamdulillah juga adik sudah boleh bangun solat Subuh dengan mudah juga.  Setiap pagi adik sudah boleh bangun solat subuh tanpa menitiskan airmata.

Bulan Ramadhan memang banyak menduga ibubapa yang mahu melatih anak-anak berpuasa.  Tetapi jangan sampai memaksa mereka sehingga mereka sudah sudah keletihan yang amat sangat dan hendak berbuka, tidak diizinkan.  Pujuk mereka dan ceritakan keuntungan orang yang berpuasa.  Jika mereka tidak mahu dan menangis-nangis hendak makan, izinkan mereka berbuka.  Pujuk lagi untuk keesokan hari pula.  Anak bongsu saya mengambil masa seminggu juga untuk dia rasa seronok berpuasa.

Masa adik mula berpuasa ketika umur 6 tahun, dia bersahur pukul 7.30am.  Jika di nurseri, dia akan makan dan minum sebelum pergi ke tadika dan akan sambung berpuasa sehingga petang.  Alhamdulillah walaupun tidak cukup sebulan tetapi cukup untuk melatih dia untuk mengenal erti puasa.

Moga tahun ini anak-anak kita diberi semangat lebih cekal untuk melatih diri berpuasa.


Perlu jelas matlamat bekerja di rumah

Sumber: Ebook super wahm super mom

Cabaran paling besar adalah diri sendiri
Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan
motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu
banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadi
mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya
ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan
Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah
satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan
menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit
menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa
keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes
tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang di
awal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.
Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan.
Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan
sebahagian dari masa.


Pakej Asas Wahm Soho
 Harga promosi RM100 sahaja
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
 

Bayar di sini Borang Tempahan untuk pembelian.

Bagi yang ingin mendaftar Kelas asas blog dan penulisan atau blog dan fanpage,
boleh terus pm saya Aishah Hussein

Resipi Ramadhan 1.0

Teks: Aishah Hussein

Hari pertama puasa sudah tidak tahu nak masak apa.  Yang tahu hari ini nak masak ayam sebab tengah hari tadi sudah keluarkan ayam dari freezer.

Setelah berbincang dengan anak-anak(macam nak kenduri pula), saya akhirnya membuat keputusan untuk masak Kari Ayam, Ikan Bilis Goreng Petai (petai baki dari yang beli di Cameron Highland masih ada), Ikan Goreng dan Cekodok Kurma pula sebagai pencuci mulut.

Sewaktu berbuka, angah siap cakap, oo bestnya dapat makan cekodok ni, bulan puasa aje ada cekodok ni.  Macam-macamlah anak-anak.

Resipi Kari Ayam (sebenarnya tak perlu kongsi lagi sebab mesti ramai dah pandai masak kari ayam, tetapi sebab Along masih belum lulus, saya akan kongsikan di sini juga)

Bahan-bahan
Ayam 12 ketul kecil
Rempah Kari Cap O 4 sudu besar, dibancuh dengan air
Bawang merah 2 ulas - ditumbuk, 2 ulas dihiris
Bawah putih 2 ulas - ditumbuk, 2 ulas dihiris
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih
Buah Pelaga
Daun Kari 1 pelepah
Santan pekat 1 mangkuk

Cara-caranya:
1.  Tumis bawang merah yang ditumbuk.  Setelah naik bau masukkan bawang-bawang yang dihiris.
2.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.
3.  Tumis sehingga garing.
4.  Kemudian masukkan ayam. Kacau dan biarkan sehingga ayam kecut.  Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
5.  Masukkan kentang dan tambahkan air anggaran semangkuk dan biarkan sehingga ayam sudah hampir masak.
6.  Masukkan santan dan kacau.  Kecilkan api dan biarkan sehingga kuah pekat dan naik minyak.


Cekodok Kurma


Bahan-bahan
Tepung Gandum
Buah Kurma (gunakan kurma yang murah sahaja)
Sedikit Garam
Air

Cara-cara
1.  Bancuh tepung dan sedikit garam bersama air sehingga ia menjadi sederhana cair.
2.  Masukkan buah kurma yang telah dibuang biji.
3.  Goreng cekodok di dalam minyak panas.

---------------------------------
Sempena bulan Ramadhan, bagi pembelian borong untuk tujuan sedekah/ amal.
Kita terus pos ke alamat yang dinyatakan.Kos pos adalah percuma,

Antara senarai telekung solat
1. Telekung solat indonesia
2. Telekung solat vietnam
3. Telkung solat kerawang
4. Telekung solat sulam ayak
5. Telekung solat bunga satu lapis
6. Telekung solat barbie kanak-kanak
7. Telekung solat strawberry kanak-kanak

Pembelian 2 dan ke atas mana-mana telekung solat, percuma sejadah muka.

pm terus ke https://www.facebook.com/messages/ProdukSunnahOnlineShoppe


atau emel ke noraisah.hussein@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...