Sunday, July 28, 2013

HEARTS - Bahagian 2

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah, selesai sudah kursus program HEARTS Modul 2 petang tadi.  Hari ini, badan sudah kepenatan, mata sudah kelayuan, jadi agak mencabar juga untuk saya terus menghayati penyampaian penceramah kursus pada hari ini.  Tetapi saya rasa bukan saya seorang sahaja begitu, ramai juga yang sudah terlentok, almaklum bulan puasa sememangnya tidur tidak pernah cukup.

Selesai solat Zohor berjemaah bersama rakan-rakan program, kami semua mula bertukar-tukar nombor telefon.  Masing-masing sudah bertambah ceria walaupun ada 3 jam lagi untuk habiskan kursus. 

Selama saya menjadi WAHM, saya rasa banyak benda baru yang saya belajar.  Tetapi apabila berada di dalam program seperti ini, rupanya banyak lagi perkara baru yang saya ketahui boleh dilakukan sebagai kerjaya yang diusahakan dari rumah.  Antaranya, salon bergerak (mobile saloon), bisnes trading dan rekaan dalam dari rumah.  Mereka yang hadir adalah orang yang hebat-hebat belaka dan ada antara mereka yang memang sudah pun bekerja dari rumah dan memang betul-betul menjana pendapatan yang lumayan.  Dan yang paling saya seronok adalah mereka ini kebanyakannya ibu-ibu muda dan seawal usia begini mereka sudah berjaya menjadi WAHM dengan jayanya.  Mereka hadir untuk mendalami ilmu untuk bisnes online melalui media sosial.

Hari ini, walaupun masing-masing agak keletihan tetapi pulang dengan perasaan tidak sabar untuk menghadiri Modul 3 pada minggu depan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...