Teks: Aishah Hussein
Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar sudah masuk fasa terakhir.
Fasa pertama, bercita-cita tinggi ingin masukkan 1 hari 1 resipi. Dek kerana sibuk dengan aktiviti Ramadhan, terbengkalai cita-cita. Selepas terawih sahaja mata pun dah layu, bantal pun sudah melambai-lambai. Tambahan pula si adik tidak mahu tidur kalau ibu tidak masuk tidur. Jika adik tidur lambat, sahur esoknya mesti ada orang yang buat drama sedih pukul 5 pagi.
Bersyukur sangat Ramadhan tahun ini diberi kesihatan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Moga diberi kekuatan untuk mengharungi fasa akhir Ramahan tahun ini bersama-sama keluarga tercinta.
Doa saya agar ibadat kita semua pada tahun ini adalah lebih baik di sisi Allah dari tahun-tahun yang lalu.
Wednesday, July 31, 2013
Fasa Akhir Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment