Alhamdulillah, hari kedua berpuasa. Allah memberi hari yang redup buat hambanya agar mereka merasa tidak terlalu haus dan letih. Agar malam nanti dapat beribadat dengan penuh tawadhu.
Syukur semalam adik dapat menghabiskan puasanya hingga ke petang. Selalunya pada minggu pertama memang begitu. Petang semalam, pulang sahaja dari sekolah terus baringkan kepala di atas meja makan. Setelah dipujuk suruh mandi barulah muka ada senyuman sikit. Syukur juga, tahun ini adik mudah bangun sahur dan yang penting dia mahu makan. Kalau tahun yang sudah-sudah dia hanya mahu minum milo sahaja.
Alhamdulillah juga adik sudah boleh bangun solat Subuh dengan mudah juga. Setiap pagi adik sudah boleh bangun solat subuh tanpa menitiskan airmata.
Bulan Ramadhan memang banyak menduga ibubapa yang mahu melatih anak-anak berpuasa. Tetapi jangan sampai memaksa mereka sehingga mereka sudah sudah keletihan yang amat sangat dan hendak berbuka, tidak diizinkan. Pujuk mereka dan ceritakan keuntungan orang yang berpuasa. Jika mereka tidak mahu dan menangis-nangis hendak makan, izinkan mereka berbuka. Pujuk lagi untuk keesokan hari pula. Anak bongsu saya mengambil masa seminggu juga untuk dia rasa seronok berpuasa.
Masa adik mula berpuasa ketika umur 6 tahun, dia bersahur pukul 7.30am. Jika di nurseri, dia akan makan dan minum sebelum pergi ke tadika dan akan sambung berpuasa sehingga petang. Alhamdulillah walaupun tidak cukup sebulan tetapi cukup untuk melatih dia untuk mengenal erti puasa.
Moga tahun ini anak-anak kita diberi semangat lebih cekal untuk melatih diri berpuasa.
Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
Sumber: Ebook super wahm super mom
Cabaran paling besar adalah diri sendiri
Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan
motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu
banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadi
mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya
ketika mengalami masalah-masalah tersebut.
Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan
Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah
satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan
menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit
menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa
keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.
Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes
tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang di
awal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.
Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan.
Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan
sebahagian dari masa.
Pakej Asas Wahm Soho
Harga promosi RM100 sahaja
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku
Bayar di sini Borang Tempahan untuk pembelian.
Bagi yang ingin mendaftar Kelas asas blog dan penulisan atau blog dan fanpage,
boleh terus pm saya Aishah Hussein
No comments:
Post a Comment