Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Gooogle
Alhamdulillah esok kita sudah mula berpuasa. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca sekalian. Moga kita sama-sama dapat meningkatkan ibadah kita dan diberi peluang untuk bertemu dengan malam Lailatuqadar. Moga Ramadhan kita pada tahun ini lebih bak dari tahun-tahun yang lepas.
Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com
Ini
asas yang perlu ada bagi yang baru mahu mula belajar urusniaga online.
Saya tahu ramai yang sudah pakar, tetapi asas yang saya tulis ini khusus
bagi ibu yang baru bermula.
1. Mulakan dengan percuma, fan page,
blogspot, produk dropship. Ini tiga yang sangat asas yang boleh
dimulakan. Kalian boleh google untuk mendapatkan tiga ini.
2. Fan Page adalah sebagai kedai online dan cara yang sangat efektif untuk menjual dan terus kepada pelanggan.
3.
Blogspot. Boleh google untuk memulakan ini. Blog sangat sesuai untuk
titik mula kalian mencari pelanggan. Ya blog adalah salah satu cara
memperkenalkan diri kepada pelanggan, bina khalayak pelanggan kalian
sendiri. Ada berjuta-juta rakyat Malaysia, kalian hanya mahu 3K hingga
5K pertama pelanggan setia. Saya akui 2k pertama buku saya habis dijual
dengan mudah pada fasa pertama dan jumlah cetakan pertama adalah 3K
sahaja dan kini ia berbaki sedikit sahaja lagi.
4. Dropship.
Tidak perlu ada produk sendiri, mulakan dengan produk yang sudah ada.
Banyak pembekal yang menawarkan dropship. Saya sendiri ada tiga, sunnah,
kedai buku dan dropship borong. Beli mana-mana buku saya, kalian akan saya masukkan dengan pilihan produk yang kalian suka.
Ok,
untuk 1,2,3 mudah sahaja, jika buntu ada 1 hingga 10 langkah sahaja
bermula dengan analisa. Kami tawarkan melalui kelas online fan page dan
blogspot.
Hubungi saya aishah hussein di fb untuk pendaftaran kelas asas blog dan fanpage.
No comments:
Post a Comment