Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google
Setiap hari nak fikir masak apa untuk berbuka. Walaupun masak tidaklah banyak mana tetapi sudah seminggu berpuasa mulalah pening. Semalam berborak dengan along, minta along senaraikan apa lagi yang ibu belum tunaikan senarai makanan yang along hendak makan sebelum pulang. Ada yang terpaksa dibuat selepas raya, jadi mana-mana yang boleh dibuat bulan Ramadhan ini, ada rezeki bolehlah dikongsikan bersama.
Saya juga memohon maaf kerana meletakkan gambar makanan di blog saya kerana niat saya untuk berkongsi resipi dan supaya pembaca dapat lihat apa hasilnya yang diceritakan di dalam resipi itu. Sebab saya sendiri akan mencuba resipi di internet apabila saya dapat lihat fotonya. Dari situ baru kita tahu betul ke resipi ini yang kita hendak cuba. Untuk di facebook, saya tidak akan mempamerkan foto makanan di thumbnail kerana itu memang terang-terangan sangat untuk pamerkan kepada orang.
Saya tahu pembaca yang singgah di blog saya kebanyakannya mencari resipi di bulan Ramadhan. Saya harap niat saya membantu memberi idea memasak kepada suri rumah yang sibuk ini memberi pahala kepada saya dan juga pembaca. Kerana mereka akan memasak untuk keluarga mereka dan menggembirakan hati keluarga mereka dengan air tangan mereka sendiri. Mereka juga mendapat pahala.
Menu saya hari ini adalah Kari Ikan, Ikan Goreng dan Puding Roti Bakar (yang semalam ada lagi). Hari ini tak boleh masak sedap-sedap sebab angah ada program qiamulail di masjid jadi dia terus berbuka di masjid berhampiran dengan sekolahnya. Kalau masak yang special angah akan bising sebab dia tak dapat makan. Kesian angah selalu kena usik.
Nanti saya akan kongsikan resipi Ayam Masak Halia serta Kerabu Timun, tak sempat nak mencoret resipi. Malam-malama terkejar terawih, siang-siang mengantuk pula nak mengadap laptop lama-lama. Selamat memasak dan selamat berbuka semua.
Assalamualaikum Sis Aishah.
ReplyDeleteMenarik juga kerabu timun tu. Tak sabar nak tunggu resepinya.
http://mariatulqiptiyah.blogspot.com