Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah, seawal pukul 4am lagi hujan sudah turun. Pagi ini bergerak lebih awal ke tempat rawatan Ceragem supaya sempat encik suami dan angah solat Jumaat. Sekembali ke rumah terus melawat kebun kecil di depan rumah.
Pokok bawang yang saya tanam 2 minggu lepas sebenarnya sudah tumbuh tinggi tetapi dua tiga hari ini sibuk tidak sempat untuk mencabut. Sepatutnya saya hanya memotong daunnya sahaja tetapi kali ini saya cabut dengan bawangnya sekali. Sejak cuaca asyik hujan, pokok bawang cepat busuk buah nya.
Menanam pokok bawang untuk daun bawang tidak susah sangat. Tetapi sangat menjimatkan wang jika kita tanam nya sendiri. Memang masih mampu beli di pasar tetapi kadang-kadang kita hanya guna sedikit sahaja, selebihnya nanti layu dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah.
Untuk menanam pokok bawang hanya perlukan bawang merah atau bawang besar. Jika hendak jimat, boleh beli bawang-bawang yang longgok yang sudah ada tunas yang tumbuh. Bawang yang longgok ini harga nya lebih murah.
Bawang-bawang itu dibuang kulit dan boleh terus tanam di dalam pasu. Jika yang sudah bertunas, potong sikit bahagian bawah/akar dan tanam terus ke dalam tanah. Jika tiada tunas potong serong bahagian atas supaya ia lebih cepat bertunas.
Bagi bawang besar pula, buang kulit luar dan buang lapisan bawang yang sudah tidak elok atau busuk. Potong bahagian bawah dan tanam dengan bahagian akar nya berada di dalam tanah. Menyiram pokok bawang juga tidak boleh banyak air kerana ia boleh membuatkan bahagian bawang menjadi busuk. Letakkan pasu atau bekas bawang tersebut di bawah cahaya matahari.
Selepas 2 minggu sudah boleh dituai daun bawang sahaja tanpa perlu mencabut bawang nya. Boleh tuai sebanyak 3 kali selepas itu daun bawang yang tumbuh tidak besar. Selepas itu boleh dituai dengan bawang nya sekali.
Bukankah ini dapat menjimatkan duit belanja dapur kita?
Rujukan: http://www.tanamsendiri.com/
Terima kasih Puan Aishah atas perkongsian, rupanya daun bawang boleh tuai 3 kali sahaja. Baru tanam juga, tapi tidak menjadi, bawangnya jadi busuk sebab tidak sempat alih pasu, lalu terkena hujan. Alhamdulillah daun pudina mula bertunas, walau pun pada asalnya macam tidak mahu hidup.
ReplyDeletePuan Faridah. Jangan lupa letakkan baja untuk daun pudina. Musim hujan ni memang menjadi betul pudina saya. Masa macam ni juga elok tanam sayur-sayur yang suka air banyak seperti kangkung dan daun kesum :)
Delete