Tuesday, September 24, 2013

Bekerja dan bisnes dari rumah

Teks: Aishah Hussein
Foto: Pinterest


Ramai sebenarnya suri rumah yang ingin berhenti dan bekerja dari rumah.  Ada rakan-rakan  yang bertanya bagaimana nak mula.  Ada yang minat sangat hendak bisnes online tetapi tiada produk hendak dijual.  Ada yang ada produk dan servis tetapi tidak tahu apa yang patut dibuat.

Itu yang kadang-kadang membuat mereka tidak berani untuk teruskan niat mereka untuk melangkah ke hadapan.  Sebenarnya, mula dengan apa yang kita ada, itu ungkapan pengajar kami, Carol Fung di program HEARTS yang saya hadiri 2 bulan lepas.  Semua platform untuk mula bisnes online sudah diajar, tiada produk untuk dijual.  Jadi cari apa barang yang ada di rumah kita yang boleh kita jual.

Guna apa yang ada
Setiap rumah mesti ada barang lama yang masih elok tetapi kita tidak gunakan lagi.  Kalau ibu-ibu yang anak-anak yang sudah besar ada selalunya stroller lama, car seat dan buai anak-anak.  Atau mungkin yang ada nak jual piring hitam lagu lama-lama,  beg tangan berjenama yang masih elok tetapi sudah tidak berkenan di hati.  Cari apa sahaja yang ada di rumah yang memang kita rasa kita tidak memerlukannya lagi dan jual.  Tetapi jika barang tersebut ada sedikit kerosakan, kita perlu jujur dengan pelanggan.  Tidak boleh sorokkan kecacatan barang dari pelanggan. 

Guna yang percuma
Bagaimana cara nak menjual pula.  Gunakan apa yang percuma dahulu.  Banyak platform percuma yang boleh kalian gunakan.  Contohnya facebook, fanpage, blog, mudah.my dan ebay.com.
Tetapi yang paling mudah adalah blog dan facebook.  Ambil foto barang yang ingin dijual dan promo keadaan sebenar barang tersebut.  Pelanggan akan membeli barang tersebut jika mereka suka walaupun ada sedikit kecacatan.  Yang penting mereka diberitahu terlebih dahulu.  Jadi perlu ambil gambar bahagian yang rosak dan paparkan ketika promo supaya pelanggan dapat lihat keadaan sebenar barang tersebut.

Nak jual kepada siapa
Dengan platform menggunakan internet, tiada limit.  Boleh jual ke seluruh pelusuk tetapi perlu ingat negara lain ada undang-undang nya tersendiri.  Seeloknya perlu kaji dahulu apa yang boleh dan tidak boleh dijual ke negara tersebut.  Yang paling mudah mulakan di negara sendiri dahulu.  Biasakan diri dengan proses penghantaran di dalam negeri dahulu kemudian barulah terokai pasaran antarabangsa.

Tiada produk/bahan
Bagi yang tidak ada barang-barang di rumah untuk dijual, boleh cuba produk dropship.  Ini yang paling senang bagi yang mahu mula dan yang tidak ada modal untuk mula bisnes. Kita hanya perlu promo dan ambil komisen dari jualan dan hantar oder kepada pembekal.  Segala urusan penghantaran dilakukan oleh pembekal.  Bunyi macam senang tetapi tetap ada risikonya.  Kita harus cari pembekal yang jujur kerana kita yang akan dipersalahkan jika barang dihantar lewat kepada pelanggan.  Pelanggan tidak berurusan dengan pembekal tetapi dengan kita.

Antara produk yang paling mudah dijual adalah produk digital.  Tiada modal dan tiada proses penghantaran.  Semua proses hanya menggunakan talian internet.  Penghantaran hanya melalui emel.  Memang tidak memeningkan kepala kita dan juga pembekal.

Di Akademi Bekerja dari Rumah juga disediakan produk dropship bagi mereka yang tiada produk untuk mula.  Hanya sertai kami di salah satu kelas asas blog, anda layak untuk menjual mana-mana produk buku, digital, iklan dan produk sunnah.

Pendaftaran kelas dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

PM saya Aishah Hussein untuk analisa sebelum daftar masuk ke kelas.

5 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian puan :-*
    Sangat membantu;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mama Adra kerana sudi singgah di blog saya.

      Delete
  2. Perkongsian yang sangat menarik,Thaniah Aisyah.Jemputlah datang ke blog saya .Salam perkenalan

    ReplyDelete
  3. Dah lama gak teringin nak work from home ni

    ReplyDelete
  4. Bagus sharing kat artikel ni. Buat saya semakin bersemangat nak cuba kerja dari rumah. Byk gak saya dah baca pasal cara dapatkan duit secara online ni. Makin lama makin confident. Saya tau serba sedikit tentang forex. So skrg just kena polish sikit pasal forex or mungkin nak try binary option jugak..harap2 berjaya la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...