Sunday, September 29, 2013

Tidak rugi berbakti kepada tanah

Teks: Aishah Hussein

Walaupun masa saya banyak di rumah sejak menjadi WAHM, tetapi saya tidak dapat meluangkan masa di kebun kecil saya.  Setakat jirus dan tabur baja 2 minggu sekali.  Tapi alhamdulillah, setelah diletak baja dan cuaca yang tidak begitu panas bulan lepas, menjadi betul pokok limau kasturi, lalu ia menghadiahkan saya buahnya.


Ini pula daun apa saya pun tidak tahu, tetapi selalunya orang kata sesuai dimakan oleh orang yang ada darah tinggi.  Pokok ini saya ambil benihnya dari seorang rakan.  Memang menjadi sungguh. Saya petik dan simpan di dalam bekas dan letakkan di dalam petisejuk.  Alhamdulillah dapat juga dibuat ulam.




Sejak kecoh harga minyak nak naik lagi ni, apa kata kita mula tanam sendiri pokok-pokok sayur.  Jimat sikit duit belanja.

2 hari lepas, saya mula menyemai kembali benih-benih pokok yang ada dalam simpanan.
Daun bawang juga dah nampak keluar daun hijau.

Saya tidak pandai menanam pokok bunga, selalunya tidak tahan lama.  Alhamdulillah pokok-pokok ulam seperti daun kunyit, halia, cili, serai dan kari masih hidup.  Moga ia akan bertahan.

Mari kita berkebun di rumah, walaupun tiada tanah, tanam di dalam pasu pun boleh membuahkan hasil.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...