Hari ini berbaki 5 hari lagi berakhirnya September. Pagi ini penuh aktiviti luaran. Masih berhutang rakan-rakan untk masukkan resipi Kurma Telur. Inshaallah, ada kesempatan akan dimuatkan ke dalam blog.
Sibuk memanjang kononnya. Tetapi memang sibuk. Sibuk dengan tugasan online, sibuk dengan urusan anak-anak dan keluarga. Tetapi apa-apa pun, matlamat kita perlu jelas. Perlu faham kenapa kita hendak berhenti kerja dan bekerja di rumah.
Mungkin ada yang fikir, kalau sudah berhenti kerja tetapi masih sibuk juga, kenapa nak letak jawatan yang lama. Baik terus aje kerja.
Apabila matlamat dan tujuan kita berhenti kerja dulu kita faham, kita tidak akan rasa tertekan apabila kita sibuk di rumah. Kerana apa yang kita lakukan kini memang jelas untuk mencapai keredhaan Allah. Kenapa kita harus bising. Lakukan semua ini untuk keluarga dan inshaallah Allah akan merahmati kita dan keluarga kita.
Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom
Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom
Cabaran paling besar adalah diri sendiri.
Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadimereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya
ketika mengalami masalah-masalah tersebut.
Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan.
Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa
keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.
Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang diawal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online.
Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan.
Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa.
Pakej Wahm Soho- Mula Bisnes Makanan
Untuk pembelian PM Aishah Hussein
Pendaftaran 2 kelas asas blog dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage (mula bisnes)
No comments:
Post a Comment