Thursday, April 24, 2014

Usia bukan penghalang untuk WAHM

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Semalam saya sempat mengadakan kelas asas blog secara offline untuk 3 rakan.  Salah seorang sudah ada 3 cawangan spa dan ingin mengorak langkah menjalankan bisnes online menggunakan blog.  2 orang lagi (salah seorang adalah isteri rakan pejabat lama saya) adalah rakan bisnes dan baru ingin memulakan bisnes secara online.  Sudah lama menjadi suri rumah dan baru ditawarkan untuk bekerja semula.  Apabila memikirkan terpaksa kembali berkejar ke pejabat pagi-pagi, Kak Ani merasakan beliau perlu mula sesuatu agar masa beliau terisi dengan aktiviti yang dapat menjana pendapatan.  Dengan itu dia mempunyai alasan yang kukuh untuk dirinya sendiri menolak tawaran kerja baru ;)

Pada pandangan saya sendiri, apabila seorang suri sudah terlalu lama berada di rumah dan sudah selesa dengan jadual sendiri, tentu susah untuk dia keluar semula bekerja.  Lebih-lebih lagi bila usia sudah 40an seperti saya.

Walaupun sudah berada di lewat usia, tidak bermakna kita tidak boleh menjadi WAHM.  Tidak begitu arif dengan IT dan bisnes online tetapi tidak bermakna kalian tidak boleh mula.  Yang penting ada kesungguhan.

Saya doakan agar mereka berjaya mencapai matlamat dan kuat menghadapi segala rintangan yang datang.  Dan yang paling penting juga  adalah sokongan dari Cik Abang.  Bravo En M kerana memberi galakan kepada isteri tersayang.
===================================================
Selamat datang pelajar baru bulan April.
Bergabung dengan kami 600 blog. 21 kelas dan 13 guru online dedikasi bertugas. Jom daftar di kelas berikut:
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar- kelas offline kini dibuka
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online
8. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
9. Beriklan dengan kami http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut kelas dan yuran boleh baca di sini ya,
sudah sedia baru pm.
http://aishah-hussein.blogspot.com/p/kelas-online.html

Bagi yang berminat untuk sertai kami
Hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/aishah.hussein7
emel: noraisah.hussein@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 383 7768




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...