Sunday, August 31, 2014

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan

Alhamdulillah.
Pagi yang indah.
Semalam dapat banyak telur rebus dari kenduri.  Jadi pagi ini masak nasi lemak bersama sambal telur.

Hari ini ada lagi jemputan kenduri. Walau raya sudah tamat tetapi oleh kerana cuti panjang, ramai yang mengadakan kenduri. Syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada rakyat Malaysia.

Semoga kita lebih menghargai kemerdekaan kita.  


        Red Velvet untuk anak buah yang sudah setahun mengidam :) 

Thursday, August 28, 2014

PROMOSI Bengkel Akaun anjuran ABDR


Bengkel bagi grup besar (15-30pax) dengan harga PROMOSI
Hanya bayar RM199 di Shah Alam, 6 Sept dan Melaka 13 Sept, Sabtu.

[BENGKEL ASAS AKAUN]
Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg

Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Melaka
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.



Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut boleh PM saya di fb atau klik di sini
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/p/loading.html

Bagi Grup Coaching dan kelas online, boleh juga lihat di sini
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/


Sunday, August 24, 2014

Alhamdulillah. Syukur atas ujian dan nikmat

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Hujan di bumi Shah Alam sudah semakin kerap sekarang.  Sejuk sedikit suhu dalam rumah.  Almaklum, kipas dan beberapa poin di rumah ada "shortage" minggu lepas.  Masih belum dibaiki lagi.  Menunggu orang datang baiki sudah berhari-hari.  Jadi bergelap dan sedikit panas di bahagian ruang tamu.  Ujian sedikit Allah bagi.  Bersabar dan redha di atas ketentuannya.

Semalam sudaj berlangsung grup coaching untuk Kelas Asas Akaun.  Esok akan berlangsung Kelas Online Asas Akaun pula.  Moga semua peserta dapat menyerap ilmu yang dapat membantu mereka mengurus aliran kewangan bisnes masing-masing.  Inshaallah, andai ulasan diberikan oleh mereka saya akan upload di sini.

Bagi yang berminat untuk sertai kami, boleh klik di sini untuk keterangan selanjutnya.
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/

Atau boleh pilih mana-mana kelas online berikut:
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline - 26 Sept 2014
Grup Coaching
Kelas Online 25/8/14, Isnin
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 800 blog

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7

Thursday, August 21, 2014

Brownies lagi

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Hari ini penghantaran  tempahan ke Bangsar. Tempahan hanya untuk seronok-seronok.
Saya bukan Chef.  Saya juga tidak pandai membuat kek yang cantik-cantik.  Hanya yang mudah dan sedap dimakan sahaja yang saya suka cuba. (Sedap ke.  Mestilah sedap.  Kalau tidak kenapa kawan-kawan masih oder hi.hi.)  Saya sendiri sebenarnya tidak begitu menggemari Brownies tetapi rakan-rakan saya sangat suka dengan Brownies.

Nikmat memasak adalah apabila orang yang memakan masakan kita rasa puashati dengan rasa dan kebersihan masakan.  Moga dengan setiap masakan yang kita hasilkan memberi berkat dan rahmat kepada kita.




Tuesday, August 19, 2014

Ulasan Peserta Kelas Blog - Noor Azila Mohamad

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah. Pendaftaran setiap hari di Akademi Bekerja di Rumah.
Bagi yang masih berfikir-fikir, baca dulu ulasan protege yang sudah tamat kelas.

Sumber :  http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/07/ulasan-tentang-blog-asas-dan-fanpage.html
Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.

Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.

Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi  risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.

Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline - Sept 2014
Grup Coaching 23/8/14, Sabtu
Kelas Online 25/8/14, Isnin
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 800 blog


Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih buka pendaftaran bisnes dropship berikut:

1. Bisnes Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Telekung solat runcit dan borong
4. Bisnes produk islamik

=> Stok ada sepanjang tahun
=> Tidak perlu simpan stok
=> 5 langkah mudah: Daftar, blog jualan, fanpage, ambil komisyen & urus pesanan





Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com

Monday, August 18, 2014

Ilmu untuk dikongsi - Muffin Coklat Gebu

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Bermula minggu baru.

Percutian yang tidak dirancang ke Pangkor hujung minggu lepas.  Along sudah 2 tahun tidak ke sana, jadi kami ambil peluang ini bercuti ke kampung di sana.  Sambil-sambil bercuti, sempat juga mencurahkan ilmu mengajar seorang adik cara-cara membuat Kek Red Velvet.  Sekadar berkongsi ilmu.  Tiada apa yang saya harapkan, hanya sekadar sedikit saham akhirat setiap kali dia menghidangkan kek tersebut kepada keluarganya.  Inshaallah.

Hari ini hari membasuh kain-kain.  Moga sinar mentari akan membantu mengeringkan kain-kain basuhan.

Seperti yang dijanjikan, saya ingin kongsikan resipi Muffin yang saya jumpa di blog Azlita.


Muffin Coklat
Resipi asal dari  Mak Lang Azie

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara:
1.  Campurkan setiap bahan B di dalam satu bekas.
2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.  Kemudian satukan bersama bahan-bahan A yang lain.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata menggunakan senduk atau whisker sahaja.
4. Akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
5. Masukkan ke dalam mangkuk kertas yang disusun di dalam muffin tray dan
     taburkan coklat chip di atas adunan.
6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.  Perlu diingatkan suhu dan masa
    untuk memasak bergantung kepada oven masing-masing.
Saya bakar menggunakan muffin cup size 8 dan saya dapat menghasilkan lebih kurang 40 biji muffin kecil.
Muffin ini sesuai bagi yang suka kepada tekstur muffin yang mebih ringan dan gebu.


Wednesday, August 13, 2014

Kuey Teow Goreng Ibu

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Semalam saya cuba untuk memasak Kuey Teow Goreng.  Si adik sejak sebulan dua ini, sangat suka makan Kuey Teow Goreng.  Saya bab masak menu yang ini tidak berapa berjaya.  Tiba-tiba selepas hari raya, entah macam mana saya terjumpa resipi kuey teow dari Kak Fauziah Samad(KJee).  Memang terliur saya tengok gambar di blog dia.  Saya tidak gemar sangat dengan Kuey Teow tetapi kerana dua orang anak lelaki saya memang gemar sangat, jadi saya kena juga buat sampai jadi.

Bahan-bahan semua sudah saya beli, jadi semalam dengan lafaz bismillah saya berjaya menghasilkan Kuey Teow Goreng yang paling sedap pernah saya sediakan. Gambar tidak begitu menggiurkan tetapi rasanya seperti kueh teow yang beli di kedai. (Siapa lagi nak puji kalau tak anak-anak)

Kuew Teow Goreng Ibu
Sumber: KJee

Bahan-bahan:
1 bungkus kecik kuey teow. (yang ini saya beli di pasar tani, tak perasan pula berapa gm, nampak sangat tak pernah masak kuey teow)
10 ekor udang bersaiz sederhana
2 keping "fish cake" - yang ini saya tambah sendiri, tiada dalam resipi asal.
2 biji telor
1 senduk minyak untuk menumis
kerang rebus - yang ini saya tak letak, malas hendak rebus dan kopek
1 sudu sambal tumis - saya guna sambal nasi lemak yang saya simpan bakinya
4-5  sudu besar kicap manis cap kipas udang - saya agak-agak aje sebenarnya
1 sudu kecik sos ikan/kicap ikan atau nampla - yang ini saya tak letak
1 sudu kicap masin - saya letak juga gantikan sos ikan.
taugeh - ikut suka nak letak banyak mana
kucai dipotong lebih kurang 2 inci. Saya guna kucai yang saya tanam sendiri, lebih kurang dalam 3 rumpun yang besar.
3 ulas bawang putih

Cara-cara:
1. Sediakan dan bersihkan bahan-bahan dahulu.
2. Mi Kuey teow dibasuh dulu dengan air dan lerai-leraikan.
3. Bawang putih diketuk atau ditumbuk kasar-kasar.
4. Tumis bawang putih.  Kemudian masukkan udang. Goreng sebentar sahaja, lebih kurang 1-2 minit sahaja dan ketepikan dalam kuali
5. Masukkan telur dan biarkan sebentar supaya sedikit garing.
6.  Masukkan kuey teow, kicap manis, kicap masin, daun kucai dan kacau rata-rata.
Masa ini, perlu besarkan api dapur.
7. Masukkan taugeh dan "fish cake". Jika gunakan kerang masukkan kerang juga.  Kacau lebih kurang dan tutup api.
8.  Kuey Teow Goreng Penang sudah sedia untuk dihidangkan.
Hidangan ini untuk 3 orang dewasa.
Saya goreng dua kali kerana kalau goreng sekali gus risau tidak menjadi pula.  Pesan KJee masak tak boleh banyak-banyak sekali gus takut lari rasanya ;)
Memang habis licin. Kebetulan pula kawan si adik ada datang main kat rumah semalam. Habis air oren satu jug budak berdua tu kerjakan.  Pedas katanya.

* Pesan KJee lagi, kalau tiada masa hendak hendak buat sambal tumis sendiri, beli aje sambal nasi lemak.  Tetapi boleh aje kalau tiada stok langsung , guna aje cili kering mesin tetapi perlu ditumis dulu cili tersebut nanti ada pula yang sakit perut.

Lain kali saya nak cuba guna cili mesin aje.

Tuesday, August 12, 2014

Telefon hai telefon

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Cuaca nyaman dan sejuk setelah 2 hari hujan.  Walaupun hujan, kain baju yang dibasuh sempat kering.

Maaf juga kepada pembaca kerana saya sudah lama tidak mengemaskini blog.  Hari ini selepas menghantar anak-anak ke sekolah dan menjemur kain, saya terus ambil bawa biskut jagung, muffin serta kopi buah pelaga ke depan laptop sambil menaip entri ini.


Sejak gajet telefon bimbit saya rosak, rasa macam hilang sokongan kepada tugasan saya.  Mengharapkan telefon anak-anak, almaklum mereka pun ada banyak kawan-kawan yang hendak berkomunikasi dengan mereka.  Ibu tidak bolehlah hendak menguasai telefon mereka sepanjang masa.  Ish apa kena mengena telefon bimbit dengan buat entri di blog.  Mmmm. Banyak entri saya di blog, saya kongsikan resipi yang saya sediakan di dapur.  Dan telefon itulah yang akan merakam gambar-gamabr masakan saya.  Walaupun tidak cantik tetapi cukup untuk si Along mengecam resipi itu apabila dia perlu.

Sebenarnya telefon bimbit saya adalah gajet yang penting buat saya untuk melakukan urusan online saya.  Bukan setakat untuk semak "status" facebook tetapi juga untuk urusan pemindahan kewangan pelanggan, untuk pemasaran, untuk saya mengambil gambar (di situ jugalah saya meng'edit" foto) dan macam-macam lagi lah.  Walaupun hanya smartphone cikkai aje tetapi sudah banyak jasa telefon itu kepada saya terutamanya sejak saya berhenti kerja dan menjadi WAHM.  Saya tidak perlu berada di depan laptop 24 jam.  Apabila ada PM dan notification yang masuk melalui telefon bimbit yang memerlukan saya menggunakan laptop barulah saya akan masuk soho.  Kalau tidak, saya hanya jawab menggunakan telefon aje.

Pernah juga tumpang telefon si angah.  Guna fb messenger dia.  Angah balik dari rumah pengasuh mengadu bagi tahu, "Ibu messenger ibu ini asyik berbunyi aje tadi.  Hakeem nak off takut ibu tak terima pulak nanti."  Hanya senyuman ajelah yang dapat saya berikan sebab saya terlupa untuk keluarkan fb messenger saya dari telefon angah sebelum dia pergi sekolah.

Sudah hampir 3 minggu saya ketiadaan telefon bimbit.  En suami ada menawarkan untuk membeli telefon yang murah-murah dahulu.  Tetapi saya rasa macam membazir pula.  Baiklah simpan duit itu untuk beli telefon yang lebih baik lagi, inshallah. (Dalam visi saya Samsung S4 dan Note 3 silih berganti muncul ;)).  Yang penting telefon S2 saya harus kembali ke tangan saya dulu kerana banyak data di dalamnya.




Apa-apa pun, inshaallah nanti saya akan kongsikan resipi Chocolate Muffin yang gebu dan sedap.  Sempat buat petang semalam, sambil-sambil masak untuk makan malam sebab semalam Along yang ambil adik-adik.

Tuesday, August 5, 2014

Syawal bermula

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca semua.  Saya beraya agak lama juga di kampung walau sudah tiada sesiapa di sana.  Ziarah adik-beradik dan rakan-rakan sedikit sebanyak mengubati rindu pada aarwah emak saya.

Syukur juga, bermula semalam baru dapat ber'online' dengan sempurna.  Dugaan telefon bimbit yang rosak kemudian diikuti dengan talian internet unifi yang sangat mengecewakan di akhir Ramadhan.  Namun, saya bersyukur kerana Allah sebaik-baik perancang.

Hari ini sudah 9 Syawal hari ini.  Anak-anak sudah mula ke sekolah semalam.  Tinggal ibu bersama si Hikari dan Along di rumah.  Seperti tahun-tahun yang lepas berazam untuk qadha puasa lebih awal dari sewaktu bekerja dulu.  Mudah-mudahn Allah memudahkan urusan ibadat kami.
Hari ini cadangnya hendak masak bubur lambuk Pahang, walaupun bahan-bahan tidak cukup. Guna apa yang ada aje.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...