Tuesday, November 25, 2014

Kembali membuat rawatan Ceragem

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Pagi ini mencari peluang untuk membuat rawatan di Ceragem.  Sudah lama saya tinggalkan rawatan ini.  Almaklum bila badan sudah rasa sihat, akal pun mula cari alasan untuk ponteng.  Bermula cuti sekolah bercadang untuk membuat rawatan 2 hari seminggu sahaja kerana saya  juga tidak mahu ponteng dari kelas agama.  Moga Allah memberi kekuatan dan kelapangan bagi saya mengimbangi masa untuk dunia dan akhirat.

Yang minat nak sertai ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut.
Bergabung bersama kami 860 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
Grup Coaching :
27 Nov 2014, Khamis di Bandar Tun Hussein Onn.
27 Nov 2014, Putrajaya
Kelas Online -
1/12/14, Isnin
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Saturday, November 22, 2014

Ulasan Kelas Blog- Hifzaila

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Sudah bermula cuti sekolah.  Ibu-ibu yang lebih seronok kerana dapat bercuti menyiapkan persediaan anak-anak ke sekolah.
Hari ini kami akan membawa si adik ke ujian "grading" bagi kelas taekwando.  Selepas itu inshaallah akan ke rumah sepupu en suami bertemu sanak-saudara kerana esok ada kenduri kahwin di sana.  Cuti ini tiada perancangan ke mana-mana.  Inshaallah jika diizinkan Allah, saya akan mengadakan beberapa kelas asas blog secara offline bulan Disember.  Itupun hanya pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat.  Jika ada yang berminat pada hujung minggu, mungin akan dipertimbangkan.  Jadi jika ada yang berminat boleh hubungi saya di fb atau melalui emel.

Ok. Saya nak pergi selesaikan tugasan rumah dan menjenguk pokok di taman kecil saya.  Sementara itu kalian boleh baca ulasan peserta kelas blog ini ya.

Sumber : http://hifzaila.blogspot.com/2014/10/throwback-thursday-1-pengalaman-kelas.html

Saya mula mendaftar kelas asas blog penulisan seingat saya Februari 2014. Apa yang mendorong saya mendaftar kelas ini?

Saya mahu menulis secara serius, menulis blog bagi menjana pendapatan sampingan. Bagaimana blogger dapat menjana pendapatan...? Saya tak tahu. Sebab tu saya masuk kelas ni dan belajar sebanyak mana yang boleh. Lagipun, bukan saya tak pernah menulis blog, cuma blog yang ada sekadar di pinggiran saja (untuk suka-suka).
Dah hampir 9 bulan sejak saya mendaftar kelas ini, dan alhamdulillah telah siap semua tugasan. Disebabkan tema hari ini adalah throwback, marilah mengenang kisah silam sekejap ye.

Saya mulanya berniat untuk kembangkan bakat menulis. Saya bukanlah pandai menulis cuma saya suka menulis. Tapi sejak dah beranak kecil ni, saya dah jarang menulis. Maka hilang satu cara saya 'escape' daripada kehidupan saya sehari-hari. Saya juga tak pandai nak membebel (ye ke?) dan salah satu cara saya membebel melalui penulisan. Tapi saya tulis untuk simpanan sendiri dan kongsi dengan kawan-kawan rapat je. Tak ada niat nak jana pendapatan atau berbisnes pun melalui blog. Semata-mata menulis. Cita-cita biasalah nak tulis buku lah, artikel majalah lah...tapi tak tahulah jika masa depan Allah makbulkan cita-cita sekian lama tu.

Bila dalam kelas asas blog ni, kelas online saja. Hanya ikut tugasan yang dah ditetapkan langkah demi langkah. Ikut masa sendiri, masa adalah fleksibel dan jika cepat anda siapkan tugasan, cepatlah habis kelas. Jangan rasa terbeban sangat dengan tugasan-tugasan ni, bukannya cikgu online nak marah pun sebab tak ada had masa nak kena siapkan. Cuma, sayang kalau tak siapkan sebab kita dah bayar. Rugi.

Saya ambil pakej RM200. Saya memang dah niat nak mula kelas ni bila saya dapat bayaran kerja-kerja freelancing saya. Alhamdulillah dengan pelaburan yang dibuat. Saya dapat lebih daripada apa yang saya bayar. Saya bukan setakat belajar menulis blog (bagi yang memang pro, tak mengapalah, tapi saya tidak), saya belajar berbisnes kecil-kecilan dan dropship sebab pakej RM200 ni automatiknya saya jadi Rakan Niaga juga. Iaitu belajar menulis blog dan berbisnes dengan mempromosi produk-produk Akademi Bekerja Di Rumah. Mula-mula memang tak tahu macamana nak buat bisnes ni, tapi bila dah lama-lama, akan terbiasa dan mula faham. Hinggalah saya bina kedai online saya sendiri - Hif Online Store; yang kini produk utamanya adalah pek nasi arab segera jenama Al-Bayt; di samping produk-produk makanan yang lain.

Bermula dengan hanya niat tulis blog dengan serius, melarat ke bisnes dan menambah jaringan kenalan. Juga mengenali orang-orang yang hebat dan usahawan-usahawan yang berjaya. Bergaullah dengan orang yang berjaya supaya kita juga suatu hari nanti akan berjaya seperti mereka. Insya Allah.

Friday, November 21, 2014

Kek Victoria Sandwich

Teks: Aishah Hussein
Foto: Koleksi sendiri

Alhamdulillah.  Salam hari Jumaat.  Moga kita semua diberkati Allah semua.

Setelah asyik melihat Kek Victoria sandwich lalu lalang di dalam instagram, saya teruja untuk mencuba membuatnya.  Alhamdulillah, 3 hari lepas berjaya membuat VSC yang berbentuk 4 segi.

Entah mengapa, susah nak berhenti makan kek ni rupanya.  Sedap sangat, memang kena dengan krim (saya guna Swiss Meringue Butter Cream).   Untuk mengelakkan dari menambah kalori, cepat-cepatlah berikan kepada jiran-jiran kek ini.   Boleh juga cuba guna "Krim cream cheese" atau "whip cream" bersama kek ini, tetapi saya lebih suka swiss meringue.



Kek Victoria Sandwich
Resipi asal: The Kitchen Guardian
Bahan-bahan
250g butter asli
250g gula castor
250g tepung naik sendiri
250g telur
1 1/2 tsp vanilla
3 sudu besar susu
1 botol jam strawberi atau raspberi

Cara-cara:
1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit.
4. Masukkan susu dan kaup sahaja.
5. Bakar dalam tin 8 inci selama 20-25 minit atau sehingga masak.  Bergantung kepada oven masing-masing.
6.  Untuk hiasannya, krim disapu di atas lapisan kek yang ertama.  Diikuti dengan jam beri.
7. Lapis kek kedua di atas nya.  Andai tidak suka untuk menghias di atas nya, sudah cukup hanya taburkan serbuk snow.
8. Kek perlu disimpan di dalam petisejuk supaya tahan lebih lama.

Thursday, November 20, 2014

Ikan Masak CIli Angah

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Tinggal sehari lagi hari bersekolah anak-anak.  Tetapi sekolah menengah sudah mula bercuti awal.  Ada hari tertentu sahaja yang perlu ke sekolah.  Jadi Angah hanya duduk di rumah.  Ada hari dia akan pergi bermain futsal, jadi ibu lah yang kena menghantar dan mengambil.

Angah, walaupun seorang lelaki sejati :) tetapi jiwanya minat untuk cuba memasak.  Seperti biasa, ada hari yang ibu malas nak masak, angah akan dengan rela hati menawarkan diri untuk masak.  Ibu sangat gembira kerana asyik makan air tangan sendiri aje, rasa jemu tu memang ada.

Seperti biasa, kalau Angah yang masak, dia akan masak apa yang dia suka.  Jadi semalam dia masak Ikan Masak Cili Hijau.  Menu ini sebenarnya kami pernah makan di Restoran Shaaz di Seksyen 19, Shah Alam tetapi mereka menggunakan Ikan Talapia.  Siap ada petai lagi dalam tu.  Tetapi hari semalam hanya ada ikan Selar, maka jadi lah Ikan Selar masak Cili.  Kali ini cukup rasa, masin, pedas, manis.  Ibu bagi 9 dari 10 markah.  Makan berdua nasi 2 pot pun habis macam ni.  Siap berjanji dengan diri sendiri, malam ini hanya makan lauk sahaja, kononnya lah ;)

Ikan Masak Cili


Kami berdua memang tersangat lapar.  Tidak ada masa untuk hias-hias lagi.

Saturday, November 15, 2014

Syukur setiap saat yang Allah beri

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Sudah berada di hujung minggu.

Seminggu berlalu.  Masa saya diisi dengan kesibukan hal dunia dan akhirat.  Dulu masa nak berhenti kerja ingatkan saya akan jemu menunggu masa.  Rupanya sekarang ini masa 24 jam pun tidak cukup.  Sememangnya begitulah lumrah kehidupan kita.  Tidak pernah cukup.  Cuma saya teringatkan satu pesanan yang selalu diberitahu oleh guru-guru.  Jika kita rasa kita tidak cukup masa di dalam hidup, bacalah Quran.  Inshaallah masa kita akan jadi lebih berkat dan kerja kita akan lebih tersusun dan terancang.

Apa yang saya sibuk sangat minggu lepas ya.  Hmm.  Pertamanya saya isikan masa saya dengan kelas-kelas agama dan juga kelas "baking".  Dan juga menyiapkan tempahan rakan-rakan.  Tempahannya sikit aje, kecoh aje lebih.  Sejak sudah sihat, saya bagai didatangkan satu semangat untuk meneruskan minat "baking" saya.  Jadi saya akan ambil tempahan mengikut kadar kemampuan sahaja.  Cuma saya selalu memohon pada Allah, apa juga minat dan hobi saya jangan sampai ia mengurangkan masa saya dengan Allah.

Nikmatilah gambar yang tidak seberapa ini.

  Congo Bar


Salted Caramel Chocolate Cake


Saturday, November 8, 2014

Belajar dan belajar

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Tambah ilmu dunia dan akhirat.  Tiada noktah untuk ilmu dan tiada makna malu untuk belajar walau usia sudah lanjut.  Ketika saya hadir ke kelas agama di Bukit Jelutong, ramai makcik-makcik yang sudah berumur yang bersama kami.  Tidak kurang juga ibu-ibu muda.  Yang seronok anak-anak kecil juga boleh dibawa.  Kelas lebih santai dan anak-anak juga akan rasa biasa dengan suasana menuntut ilmu sebegini.
Semakin kita belajar semakin banyak yang kita tidak tahu.  O begitu rupanya, o begini rupanya.  Tiada istilah aku sudah tahu semuanya.  Semuanya ilmu yang akan mengukuhkan ilmu dan iman di dada.

Bagi warga Kota Bharu, kalian yang suka belajar secara "offline" boleh daftar  untu kelas ini ya.
Tarikh: 29 Nov 2014, Sabtu.
Boleh daftar melalui saya.
PM ke facebook: aishah.hussein7
atau emel:noraisah.hussein@gmail.com


Yang minat untuk belajar asas blog secara "one-to-one" bagi kawasan Johor Bharu, 
Tarikh: 22/11/14 dan 29/11/14
Tempat terhad hanya untuk 5 orang sahaja bagi 1 sesi.

Bagi kawasan Shah Alam,
Tarikh boleh dibincangkan. 
Hari: Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat.

Bagi semua tempahan kelas offline di atas hubungi saya jika berminat:
Facebook: aishah.hussein7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...