Saturday, June 1, 2013

Nasi Ayam Bakar

Teks: Aishah Hussein

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.  Semalam, tiada banyak aktiviti, cuma habiskan tugasan dan membuat penghantaran ke pos laju sahaja.  Masak pun malas, lagipun angah pergi ke rumah penjaga kerana untuk habiskan projek dia.  Petang baru akan diambil.  Bila tinggal berdua dengan adik, semalam makan lauk orang yang memang-memang betul pemalas.  Nasi dan telur goreng, lauk kegemaran adik.  Layankan sahajalah.  Petang pun saya hanya beli di pasar malam.

Tapi hari ini saya kongsikan juga resipi yang mungkin semua orang sudah tahu.   Mungkin ada juga sahabat-sahabat yang masak lain caranya.  Ini cara saya, dan saya rasa cukup mudah untuk menyediakan walaupun sampai lewat dari pejabat.  Tetapi kali ini  saya gunakan cara membakar ayam untuk mengelakkan dari asyik makan makanan yang berminyak.

Nasi Ayam















Bahan-bahan:

Nasi
4 cawan beras
4 1/2 cawan air
Daun pandan
 
Sup 
Ayam 1/2 ekor 
Air untuk merebus
Buah pelaga
bunga lawang
kulit kayu manis
2 ulas Bawang merah }  ditumbuk
3 ulas Bawang putih  }  ditumbuk
1/2 inci Halia            }  ditumbuk
sedikit garam
daun sup dan daun bawang 

Sos
cili merah 4-5 biji
cili api 5 biji
2 ulas bawang putih 

Ulam
Timun
Tomato
Salad

Cara-caranya:

1.         Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk dan juga rempah-rempah tadi.
2.         Masukkan air untuk merebus ayam. Setelah menggelegak rebuskan ayam di dalam sup tersebut. Masukkan garam.  Tidak perlu lama kerana ayam tersebut akan digoreng/dibakar.
3.         Keluarkan ayam dan diperap bersama sos tiram, kicap dan madu.
4.         Masak beras yang telah dibasuh bersih menggunakan sup rebusan ayam tadi.  Masukkan daun pandan.
5.         Ayam yang telah dikeluarkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas membakar dan bakar dengan suhu 180C selama 30 min atau sehingga masak.
6.         Ayam tersebut juga boleh digoreng di dalam minyak yang panas sehingga masak.
7.         Untuk sos cili.  Tumbuk cili besar dan cili api bersama 2 ulas bawang putih.  Boleh juga campurkan sedikit sos cili.  Campurkan sedikit sup ayam ke dalamnya dan masak sebentar di atas api yang kecil. Boleh tambah garam atau garam dan cuka jika untuk mendapat rasa yang sesuai dengan kesukaan masing-masing.
8.     Hias nasi dengan ulam-ulaman ketika hendak makan.

Bakal terbit tidak lama lagi!






















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...