Saturday, June 29, 2013

Ramadhan - bulan penuh berkat

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian google


Selamat berhujung minggu semua.  Semakin hampir Ramadhan, ramai kenalan yang membuat kenduri doa selamat, bak kata arwah orang tua saya, kenduri memegang puasa.  Hari ini keluarga sebelah en suami juga akan mengadakan kenduri di rumah saya.  Setahun sekali sudah menjadi satu kemestian buat kami adik-beradik ipar duai berkumpul untuk kenduri tahlil dan mengambil peluang untuk bertanya khabar  dengan yang lama sudah tidak berjumpa.  Walaupun kerap juga ada kenduri-kenduri kecil yang lain tapi sebelum Ramadhan ia sudah menjadi kenduri yang mesti diadakan.
Bulan Ramadhan adalah bulan 1000 Rahmat.  Jika kita seimbangkan dunia dan akhirat in shaa allah, Rahmat itu milik kita.  Jika diusahakan kedua-duanya milik kita.
Lagi tentang idea bisnes makanan di bulan Ramadhan.  Antara idea bisnes makanan yang saya rasa sangat memberi kelegaan dan sangat-sangat membantu suri rumah yang sibuk bekerja ialah menyediakan  juadah berbuka di bulan Ramadhan.    Sasaran pelanggan adalah pekerja-pekerja bujang ataupun suri rumah yang bekerja yang memang terkejar-kejar untuk menyediakan juadah berbuka di bulan puasa.  Walaupun diberi pelepasan untuk balik awal di bulan Ramadhan, tetapi dek kerana tuntutan kerja yang perlu diselesaikan dan juga keadaan trafik lalulintas, mereka terpaksa juga pergi ke bazar-bazar Ramadhan untuk membeli lauk-lauk ataupun kuih-muih.  Tetapi dengan keaadan harga di bazaar Ramadhan yang makin meningkat dan rasa juadah yang belum tentu sedap, suri rumah lebih percaya untuk membeli dari rakan-rakan yang rapat yang mereka sedia tahu memang sedap dan terjamin kebersihannya.
Ambil peluang ini dengan memberi pilihan kepada rakan-rakan di pejabat untuk membeli lauk-pauk atau pencuci mulut yang sedap dengan harga yang berpatutan.  Tukar-tukar menu setiap hari agar pelanggan tidak bosan.  Bulan Ramadhan hanya 30 hari dan hari bekerja pun hanya ebih kurang 20 hari sahaja, jadi kita sudah boleh sediakan pilihan menu sebelum bulan Ramadhan dan mula emel dan hantar flyer ke pejabat.  Dari situ kita sudah boleh agak berapa ramai pelanggan yang berminat dan sudah boleh bajet berapa modal yang diperlukan.  Mula berniaga pada hari puasa ke-3.  Kenapa hari ke-3? Kebiasaannya, anak-anak di perantaun akan bercuti untuk berpuasa di kampung pada hari puasa pertama kerana ingin berpuasa bersama ibubapa dan keluarga.  Jadi pada hari ke-3 puasa, anda sudah boleh mula menghantar tempahan kepada pelanggan di pejabat.
Pilihan menu boleh diberikan seawal 2 atau 3 hari sebelum 1 Ramadhan.  Berikan masa sehari untuk pelanggan fikir dan memilih.  Anda perlu follow-up pelanggan, telefon atau emel dan ambil terus tempahan kerana anda bukan berniaga di bazaar Ramadhan yang perlu masak berjenis-jenis lauk yang tidak tentu berapa pelanggannya.  Anda hanya perlu masak sebanyak mana tempahan sahaja.  Cara ini lebih menjimatkan dan memudahkan anda.
Cari idea bisnes yang menyelesaikan masalah orang, di samping mencari rezeki ia akan memberi pahala kerana membantu orang lain.  Tapi hati mesti niat untuk membantu bukan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain seperti mengenakan harga yang terlalu tinggi.  Hilang nak dapat pahala, rezeki yang kita dapat pun tidak berkat.





Pakej Wahm Soho - Bisnes dari Rumah tinggal 2 hari lagi harga promosi RM100.
Beli 2 ebook dapat 1 percuma.



Akan menyusul Julai ini, Pakej Wahm Soho-Bisnes Makanan (Harga RM125)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...