Teks: Aishah Hussein
Sudah 5 hari
membakar secara konsisten. Hari ini baru terasa kepenatannya.
Pagi-pagi selepas menghantar adik dan angah, balik rumah tidur
kucing(cat nap) sekejap. Walaupun sekejap, rasa macam 1 jam, itupun
terjaga bila bunyi loceng jam kejutkan masa untuk keluarkan tray cookies dari oven.
Ya, saya membakar cookies, bukan membakar sampah di kawasan terbuka ya.
Alhamdulillah, pembantu saya yang baru sampai dari Mesir juga banyak
meringankan tugasan saya di rumah. Terima kasih along yang
membantu menyusun cookies di dalam tray dan balang.
Sudah
lama sebenarnya, merindui kehadiran seorang sahabat perempuan di rumah.
Asyik berborak dengan hero-hero aje. Sejak bergelar WAHM, bercerita
dengan sahabat perempuan semuanya secara online. Whatsapp, sms, fb
messenger semua itu menjadi penghubung saya dengan rakan-rakan baru dan
lama.
Sebenarnya, semua itu juga menjadi penghubung saya dengan
pelanggan. Suri rumah yang ingin tahu cara untuk memulakan bisnes dari
rumah menggunakan blog dan fan page boleh pm saya. Tiada produk, kami
boleh sediakan.
Singgah di kedai saya:
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
http://buku-online4u.blogspot.com/
https://www.facebook.com/ZeeDonCollections
https://www.facebook.com/MZSecretSoapSbg2
No comments:
Post a Comment