Friday, June 7, 2013

Tips gaya makan sihat

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah. Rezeki di mana-mana.
Malam tadi cajer laptop sudah buat hal. Malam tadi juga pergi cari tapi sebab model lama, terpaksa ke supplier juga.
Lepas siapkan bancuhan cookies, disimpankan ke dalam chiller, terus keluar mencari cajer sambil-sambil meronda di kedai buku Popular. Dah rambang mata si angah nak pilih yang mana.
Memang gedung ilmu di sini. Habiskan hari-hari terakhir cuti sekolah anak-anak dengan mencari bahan bacaan.
Kelam kabut balik solat Jumaat, jadinya anak-anak makan KFC sahaja.
Saya sebenarnya tidak begitu menggalakkan anak-anak memakan makanan segera.  Mereka hanya dibenarkan untuk makan KFC mungkin paling kerap pun hanya sekali sebulan.  Memang tidak dapat dielakkan, anak-anak memang suka dengan ayam.  Cuma bila disediakan di restoran segera, saya dapat rasakan minyak yang digunakan sudah berkali-kali digunakan untuk menggoreng.  Berapa kali kah minyak itu ditukar.  Dikhuatiri jika makanan sebegini selalu diberi kepada anak-anak, boleh meningkatkan kadar kolestrol dalam badan. 
Jika anak-anak inginkan ayam yang berperisa, buat sendiri di rumah.  Beli ayam dan goreng bersama tepung magik keluaran produk Muslim. 
Jika ikut gaya hidup sihat, minyak tidak boleh digunakan mengggoreng lebih dari dua kali.  Andai dilakukan, ia akan dicemari sejenis bahan yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kanser dan sakit jantung.  Selepas menggoreng ayam, jika minyak masih berwarna cerah, tapis minyak tersebut dan simpan di dalam bekas bertutup.  Jika minyak sudah berwarna gelap, buanglah minyak tersebut demi kesihatan keluarga kita.
Didiklah anak-anak untuk memakan makanan yang sihat lagi halal.  Seeloknya ajar mulakan dengan makanan sunnah seawal pagi seperti kismis, kurma, habbatus sauda, madu dan air zam-zam.
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...