Foto: Carian google
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. Bulan yang penuh dengan amalan dan tidak lupa juga penuh dengan pelbagai bisnes. Ada yang mengejar ibadat sahaja dan ada yang mengejar bisnes sahaja. Tetapi walau sesibuk mana kalian menjalankan bisnes, ibadat jangan ditinggalkan. Ramadhan datang hanya sekali, tahun depan belum tentu lagi kita bertemu dengan Ramadhan.
Bagi yang ingin mencari duit poket tambahan dan ada kemahiran untuk membuat biskut-biskut raya, kalian sudah boleh mula
membuat biskut-biskut contoh untuk dihantar ke pejabat-pejabat. 2 minggu sebelum Ramadhan sudah boleh
mengedar kerana bila sudah bulan puasa pelanggan sudah tidak boleh mencuba
sampel yang diberi. Walaupun sampel itu
boleh dicuba selepas waktu berbuka nanti, tetapi bimbang jika dalam proses
membawa balik ke rumah, sampel biskut sudah hancur dan kita mungkin akan
kehilangan pelanggan kerana dia sudah tidak berminat untuk mencuba lagi sampel
kita yang tidak sempurna itu.
Bungkuskan dalam paket yang kecil untuk setiap jenis dan
labelkan nama biskut dan harga supaya senang untuk pelanggan memilih dan menempah.
Lebih mudah dan selamat jika kita boleh
sediakan sampel di dalam balang-balang plastik.
Dengan itu biskut kita juga tidak mudah lemau dan pelanggan juga mudah
melihat dan menilai biskut kita. Beli
botol-botol kecil (banyak dijual di kedai bakeri dan pasaraya-pasaraya) dan isi
setiap jenis di dalam satu balang.
Jangan dicampur beberapa jenis biskut ke dalam satu baling dengan niat
berjimat. Biskut anda menyerap rasa dari
biskut-biskut yang berlainan jenis dan pelanggan tentu sekali tidak akan
berminat untuk membeli biskut anda.
No comments:
Post a Comment