Thursday, June 13, 2013

WAHM, rancang dan ambil kesempatan

Teks: Aishah Hussein

Beberapa hari ini sibuk menyiapkan tempahan cookies.  Masih lagi bersambung hari ini, tetapi hanya untuk setengah hari. Petang nak pergi ke airport menjemput along.  Tersangat lah rindu kepada anak yang seorang ini.

Sebenarnya dua tiga hari ini, selain dari sibuk, badan juga terasa penat.  Bila en suami berada di luar kawasan, tugasan menghantar dan mengambil itu yang membuat badan jadi penat.   Tetapi masih bersyukur kerana tidak perlu menempuh jam di dalam trafik lalulintas seperti dulu-dulu semasa masih bekerja.  Setiap kali saya pulang dari menghantar anak-anak, saya amat berterima kasih kepada Allah.  Mujurlah saya tidak turut serta bersama mereka bersesak-sesak ke pejabat.

Bila badan penat, masa ini memang terfikir nak panggil servis cuci rumah dan kain baju rasa macam nak hantar  dobi.  Sebenarnya, suri rumah juga layak untuk memanjakan diri.  Sekali-sekala apa salahnya mengambil servis sebegitu.  Sudah bekerja setiap hari, 7 hari seminggu, jadi sekali sekala beri upah kepada diri kita sendiri untuk mengambil cuti dan berehat.  Pergi ke spa atau saloon untuk servis mana-mana yang perlu.  Itulah untung menjadi WAHM, rancang bila nak kerja dan bercuti.  Cuti kita tidak perlu sama dengan orang bekerja.  Ambil kesempatan waktu orang pergi bekerja untuk kita membeli-belah.

Ok, saya perlu pergi sekarang untuk bersiap mengambil adik dan membeli stok bahan untuk tempahan.  Pagi-pagi macam ini orang tak ramai.

Pakej asas WAHM Soho masih lagi berlangsung hingga ke akhir bulan ini. Dapatkan 1 ebook percuma dengan membeli 2 ebook.  Panduan untuk persiapan menjana pendapatan dari rumah.  Bukan hanya untuk suri rumah yang tidak bekerja, tetapi juga yang masih bekerja dan ingin mencari pendapatan tambahan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...