Friday, June 14, 2013

Lassi Mangga

Teks: Aishah Hussein

Semalam seharian penat menunggu along di KLIA.  Sampai di rumah lewat juga setelah bawa dia makan roti canai.  Itu yang dia teringin nak makan, kami layan aje lah.

Hari ini pergi mengambil keputusan peperiksaan si adik.  Sudah lama tidak keluar rumah waktu tengah hari begini, terasa betul panasnya di luar sana.  Bila panas-panas begini, teringat kepada minuman yang digemari oleh keluarga.

Di sini saya kongsikan resipi untuk membuat homemade Lassi Mangga.  Kalau di kedai-kedai mungkin harganya RM5 segelas, kadang-kadang mencecah RM8 di kedai mamak.  Lebih baik buat di rumah sahaja, satu jug dapat minum bergelas-gelas.



Lassi Mangga (Anggaran 4-5 cawan)
Bahan-bahan
1 bekas yogurt(tak kisah brand apa, tetapi guna yang perasa natural)
1/2 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
1/2 cawan jus mangga (beli yang pekat, yang saya selalu guna brand SUN di pasaraya Giant)
2 cawan susu
1 cawan air masak
Ketulan ais yang kecil




 Cara-cara:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam jug blender.  Pastikan blender dibasuh bersih agar tidak terasa pedas pula ya :-)
2. Masukkan ketulan ais dan putarkan 2-3 minit.
3. Tuang ke dalam gelas dan ia boleh diminum terus.

Cuba ya.  Memang sedap diminum waktu cuaca panas.  Kalau untuk keluarga saya, saya selalunya buat 2 kali resipi untuk satu jug besar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...