Friday, November 6, 2015

Redha dan sabar

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Sudah selesai minggu pertama SPM.
Hari ini rehat dulu.  Bukan Angah yang rehat.  Angah tetap ke sekolah kerana sekolah mengadakan kelas tambahan.  Ibu yang rehat :)

Semalam, dari kuliah dhuha ustazah Nurhafizah.  Beliau mengajar tentang menerima ketentuan Allah dengan redha.  Setiap yang Dia bagi pasti ada hikmah di sebaliknya.  Usah cepat melatah untuk merasa orang lain lebih beruntung dari kita.  Seolah-olah merungut tentang nasib yang Allah bagi pada kita.  Menggelupur untuk keluar dari ketentuan itu selagi ianya masih berada dalam landasan syariat.  Sedangkan apa yang Allah bagi itu memang yang terbaik bagi kita.  Dari pandangan mata kita, memang ujian yang datang bukan yang terbaik buat kita tetapi jika dilihat dari pandangan mata hati, subhanallah ada hikmah di sebaliknya.
Ambil tempoh untuk bertenang.  Fikir dan mahasabah dulu. Inshaallah, Allah akan bagi jalan keluar dari setiap masalah.

Antara contoh yang beliau berikan:
Seorang cikgu sekolah berfikir,
"Seronoknya kalau dapat pergi kuliah tiap-tiap hari".
Tetapi kalau semua cikgu pakat nak datang kuliah pagi-pagi, siapa yang nak jadi cikgu yang mengajar di sekolah.  Sedangkan jika dilihat jasa cikgu mengajar anak-anak kita di sekolah, mendidik dengan penuh ikhlas sehingga anak-anak itu menjadi anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat.  Itu adalah lebih banyak pahalanya yang mereka belum dapat lihat di dunia.  Dan jika ingin mendengar kuliah, sebenarnya hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih.  Boleh pergi kuliah-kuliah malam di surau.  Boleh dengar di youtube.


Satu ayat yang ustazah sebut:
Jangan sempitkan rahmat dan kebijaksaan Allah dengan fikiran kita yang terbatas ini.

Moga kita sama-sama menjadi hamba yang sentiasa redha dan sabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...