Tuesday, July 22, 2014

Ujian fasa terakhir Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Dari minggu lepas, telefon bimbit saya masuk wad.  Terpaksa menumpang ihsan anak-anak untuk berhubung dengan kawan-kawan.   Minggu ini pula sudah 2 hari unifi buat hal.  Tenggelam timbul talian unifi.

Refleksi sebentar, apa ya yang Allah nak ajar saya kali ini.
Sabtu lepas sudah masuk ke fasa terakhir Ramadhan.  Allah tarik keselesaan menggunakan telefon bimbit agar saya persiapkan diri untuk bertemu dengan malam terakhir seperti mana yang saya inginkan.
Engkau kata mahu membaca Quran lebih dari tahun-tahun yang sudah.
Engkau kata mahu berzikir dan bermunjat kepada Allah lebih dari tahun-tahun yang sebelum ini.
Mana mungkin dengan telefon yang sentiasa berbunyi dengan whatsapp dan PM, engkau mampu memberi tumpuan kepada AKU.

Ya Allah.  Mohon keampuan dari MU atas kealpaanku selama ini.
HambaMu ini sentiasa terlupa Engkau yang memberi rezeki.
Walau di bibir dan fikiran sentiasa mengatakan Engkau Maha Pemberi tetapi di hati tidak sentiasa sedar akan kehadiranMU selama ini.

Terima kasih Allah di atas pelajaran dan peringatan ini.
Syukur di atas peluang yang diberikan.

Friday, July 18, 2014

Takziah buat keluarga penumpang dan kru MH17

Teks: Aishah Hussein

Malam tadi kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.  Kita masih lagi terkejut dengan berita MH370, tiba-tiba en suami memberitahu kepada saya yang MH17 ditembak jatuh.
Allahuakbar.  Sangat terkejut dengan  wassap yang diterima malam tadi.  Seolah-olah berita palsu yang kami terima, kami terus menunggu berita tengah malam di TV3.
Ya Allah.  Ujian demi ujian Engkau berikan kepada kami.  Moga ujian ini lebih mendekatkan rakyat Malaysia denganMU.

Al fatihah buat semua penumpang pesawat MH17 yang terkorban.  Dan takziah buat semua keluarga yang terlibat.

Wednesday, July 16, 2014

Capaikah KPI Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Bulan Ramadhan bulan mulia, penuh barakah.
Bulan puasa banyak kejutan di wall facebook.  Seboleh-bolehnya usah berkongsi saham negatif dengan menyebarkan berita-berita yang tidak elok.
Kita sendiri belum tahu apa refleksi kita apabila kejadian itu berlaku pada diri kita sendiri.
Moga Allah melindungi keaiban kita walau kita banyak melakukan dosa di dalam hidup kita.

Hari ini cadangnya hendak masak daging rendang tanpa kerisik. Permintaan si adik kalau boleh setiap hari suruh buat sambal bilis kentang.  Makan sahur pun tambah dua kali.  Kalau hari lain mata pejam aje sambil makan.  Ataupun ibu suapkan ke mulut.

Seronoknya jadi anak-anak kecil.  Lepas berbuka, rehat kemudian solat maghrib.  Sebelum pergi ke surau dengan rakan-rakan, dimestikan bertaddarus dulu.  Satu mukasurat pun sudah cukup.  Lepas terawih pukul 11 baru dia sampai rumah.  Seronok tidak terhingga bulan Ramadhan.  Bukan senang hendak dapat lampu hijau main sampai malam.

Bagi kita yang sudah berusia ini, cuba sebaik yang mungkin mencapai KPI. Moga ktia sama-sama mencapai kemenangan.



Friday, July 11, 2014

Kuat spiritual di bulan Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Bulan Ramadhan bulan yang penuh barakah.  Walau secara logik akal, kita sepatutnya rasa penat kerana tidak makan dan minum tetapi rata-rata ramai yang lebih kuat di bulan Ramadhan.

Cuba kita fikirkan.  Suri-suri ada yang bangkit seawal pukul 3 pagi untuk Qiam kemudian menyediakan hidangan sahur buat keluarga.  Ada juga umat Islam yang lain bangun seawal itu untuk buat persediaaan awal bagi bisnes mereka.  Di siang hari pula, sibuk dengan urusan dan tugasan lain.  Jika diikutkan logik, mahu kepenatan bila tiba malam tetapi kita masih mampu lagi untuk mengerjakan solat Terawih dan witir.  Kata ustaz yang memberi tazkirah tempoh hari, kalau bulan biasa tazkirah sampai pukul 9 malam, semua sudah gelisah tetapi kalau bulan Ramadhan solat Terawih dan tazkirah semua selesai sehingga pukul 11 malam pun kita masih rileks.

Apabila kita sudah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut, hati kita akan redha dan tenang, walau mata sudah mengantuk sebenarnya :)

Begitu juga dengan penduduk di Gaza.  Walau pada pandangan Yahudi, umat Islam di sana lemah pada bulan Ramadhan tetapi hakikatnya mereka lebih kuat spiritual.

Marilah sama-sama kita berdoa agar penduduk Gaza selamat dari kekejaman kaum Yahudi.

Thursday, July 10, 2014

30 idea/menu berbuka Ramadhan 2014

Teks: Aishah Hussein

Sepanjang saya berblog dan masukkan resipi, ada beberapa resipi yang sesuai untuk dihidangkan sebagai menu untuk berbuka puasa atau bersahur.  Di sini saya letakkan antara idea/menu untuk berbuka puasa.  Ada yang saya sudah upload ke dalam blog ada juga yang saya tidak sempat untuk mengambil gambar dan memasukkan resipi.  Rakan-rakan boleh klik pada link yang saya berikan untuk cuba resipi yang saya kongsikan.
1. Nasi Arab - yang ini paling senang gunakan pek Nasi Arab, ada Mandhi, Kabshah dan Maqluba.  Cara masak semuanya ada pada kotak. Kalau tidak tahu nak beli mana, boleh oder secara online di sini
http://produksunnahshoppe.blogspot.com/
2. Nasi Putih + Kari Ayam + Sayur Campur Goreng
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-10.html
3. Nasi Putih + Ayam Bakar Susu
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ayam-susu-chicken-in-milk.html
4. Nasi Putih + Ikan Goreng Sumbat + Sambal Bilis Tempoyak
http://aishah-hussein.blogspot.com/2014/02/sambal-bilis-tempoyak.html
5. Nasi Ayam Bakar
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/06/nasi-ayam-bakar.html
6. Nasi Putih + Ayam Masak Halia + Kerabu Timun
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-60.html
7. Nasi Briyani + Ayam Masak Merah
8. Nasi Putih + Tomyam Putih + Sambal Belacan + Ulam
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-30.html
9. Nasi Putih + Sup Tulang + Sambal Kicap
10. Nasi Putih + Kuah Singgang + Ikan Goreng + Sambal Tempoyak
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/04/resipi-kuah-ikan-singgang.html
11. Nasi Putih + Paprik + Ayam Goreng Kunyit
12. Nasi Putih + Ayam Sos Tiram
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/05/ayam-masak-sos-tiram.html
13. Nasi Putih + Gulai Ikan Masin Nenas + Ikan Goreng
14. Nasi Putih + Ikan Bakar + Kerabu Timun
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-60.html
15. Nasi Putih + Stew Daging
16. Nasi Putih + Daging Rendang Basah
17. Nasi Putih + Ayam Bakar + Salad
18. Nasi Putih + Sup Ikan Merah + Sambal Mangga dan Ulam
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/04/sup-ikan-merah.html
19. Nasi Minyak + Gulai Daging + Kerabu Kobis
20. Nasi Putih  + Ikan Goreng Bersambal + Masak Lemak Putih Taugeh 
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-50.html
21. Nasi Putih + Tauhu Jepun Sos Tiram + Ikan Bakar bersama sambal Kicap
22. Nasi Putih + Ayam Goreng Berempah + Pucuk Ubi Masak Lemak
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/04/ayam-goreng-berempah.html
23. Nasi Putih + Paru Goreng Berjintan + Gulai Ikan Kerisi
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/10/paru-goreng-berjintan.html
24. Nasi Putih + Kurma Telur + Ikan Masak Cili + Sambal Belacan
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/masak-kurma-telur.html
25. Nasi Putih + Sotong Goreng Kunyit + Bayam Masak Air + Sambal Belacan
26. Nasi Putih + Asam Pedas Ikan Kerisi + Ikan Kerisi Sumbat Belakang
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-50.html
27. Nasi Putih + Ayam Bakar Lemon + Salad Campur + Sambal
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/resipi-ramadhan-20_12.html
28. Bubur Lambuk Mee
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/07/bubur-lambuk-mee.html
29. Laksa Pahang Kuah Putih
30. Nasi + Sambal Petai Udang + Ikan Kicap


Tuesday, July 8, 2014

Terima kasih Allah atas usia ini

Teks: Aishah Hussein
Alhamdulillah.
Terima kasih di atas ucapan 'selamat hari lahir' yang saya terima dari semua sahabat-sahabat, adik, kakak semua semalam dan juga hari ini.
Saya panjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana memberi peluang kepada saya untuk tiba ke hari ini dan berpeluang mengerjakan ibadat pada bulan Ramadhan sekali lagi. Tiada apa yang saya minta lagi melainkan keberkatan umur. Hidup bersama keluarga di dalam rahmatNya.
Adakah Allah akan panjangkan umur saya sehingga ke tahun hadapan.
Adakah ini Ramadhan terakhir saya?
Jawapannya hanya ada pada DIA.
Tugas saya hanya lakukan yang terbaik pada masa sekarang semoga saya mendapat yang terbaik di sana nanti. Doakan saya.
Terima kasih Allah atas segala pelajaran yang Engkau berikan kepadaku selama ini kerana tanpa semua itu, aku bukan lah yang sekarang.

Syukur juga saya masih mampu mengemaskini blog saya sehingga ke hari ini.  Bertemu rakan-rakan di luar hanya di alam maya.  
Apa yang seronoknya ada blog?
Tidaklah seronok macam budak-budak dapat mainan.  Tetapi seronok apabila kita terima emel, dapat panggilan dan whatsapp dari suri di luar sana yang mencari-cari ilmu dan perkongsian tentang bekerja dari rumah.  Seronok bukan sebab syok tidak tentu pasal.  Seronok sebab apa yang kita tulis dapat memberi ilmu dan juga dapat membantu kekusutan para pembaca yang contohnya dalam dilema hendak berhenti kerja atau tidak.  Syukur kerana apa yang saya kongsikan di blog memberi impak yang positif.  Moga Allah memelihara niat saya menulis di blog untuk membantu suri di luar sana untuk mula bekerja di rumah.  Mudah-mudahan ia menjadi penyelamat saya di alam sana nanti.

Antara yang selalu masuk di emel dan whatsapp:
"Saya pernah berhenti kerja tetapi atas faktor kewangan saya terpaksa kembali bekerja untuk membantu suami. Boleh puan bantu saya bagaimana hendak mula bisnes online?"

Ada antara mereka yang hendak mula bisnes online tetapi tidak tahu hendak mula di mana. Ada yang sudah ada blog tetapi blog tiada viewer dan terus bersawang.

Ada yang sudah berhenti kerja tetapi terpaksa kembali bekerja kerana bisnes tidak menguntungkan.  Tidak mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Nasihat saya, apa-apa juga keputusan yang hendak dibuat, rujuk kepada "CEO" kita dulu.  Setelah itu, berdoa agar ditunjukkan jalan yang mana sesuai untuk kita ikut.  Tidak semestinya apa yang orang lain jual laku, kita jual juga akan laku.  Kita perlu ada ilmu.  Perlu ada guru untuk belajar.

Bagi suri bekerja, mulakan secara sambilan dahulu.  Penuhkan tabung simpanan.  Andai berlaku krisis kewangan kita sudah ada tabung sandaran.
=====================================

4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, dll

Kami juga alu-alukan kalian menjadi Pengurus Online Akademi
* hanya promosi produk digital ebook
* memperkenalkan kelas online /bengkel anjuran akademi.
* semuanya atas talian
* hanya promosi dan nikmati komisen
* 2 dalam 1 - dapat ilmu blog dan dapat jana income.
* yuran pendaftaran hanya sekali sahaja. Tidak ada yuran berkali-kali.
* jana income dari RM50-100 untung bersih
macam mana nak daftar?



Kelas-kelas ini dijalankan atas talian sahaja, di group kelas fb, masa belajar sangat fleksibel. Semuanya atas talian sahaja. Juga uruskan penghantaran produk diuruskan 100% oleh pasukan akademi. Tiada cod. Kalian hanya belajar hasilkan blog dan mempromosi produk jualan.

PM ke inbox saya apabila sudah sedia.
Atau Klik sini untuk pendaftaran
http://buku-online4u.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Thursday, July 3, 2014

Ulasan Peserta Kelas Blog - Syahidah Mahassan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas rezeki dan nikmat yang Engkau kurniakan.

Hari ini menyerahkan tugas memasak kepada Along dan Angah.  Masing-masing sudah berbahagi tugas, setiap orang akan menyediakan 1 menu.  Anagh denagn Ayam Masak Merah, Along dengan Masak Lemak Telur.  Ibu perlu menjadi supir hari ini.  Hari ini perlu bergerak lebih awal supaya tidak terperangkap di dalam jam seperti semalam.

Bagi yang berminat untuk sertai Kelas Asas Blog bersama ABDR, baca dulu ulasan peserta, Syahidah Mahassan.

Sumber: http://syahidahmahassan.blogspot.com/
"Wah, akak ada blog ya," kata seorang sahabat.

Sebenarnya saya bukanlah mula berblog pada tahun ini. Sejak saya mempunyai akaun Frienster dan Multiply lagi saya sudah berblog. Sekitar tahun 2006 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka. Pernah juga menggunakan Wordpress dan yang paling lama Blogspot. Jadi, asas senggaraan blog saya memang sudah tahu. Semuanya agak berbeza apabila mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya dapati kebanyakan peserta kelas ialah suri rumah yang berhenti kerja dan mahu meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran atas talian yang lebih mudah. Perkara ini mengubah persepsi awal saya sewaktu mula-mula mengikuti kelas. Tanpa saya sedari, saya dapat banyak info bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Saya menganggap tidak salah saya melabur wang bagi mempelajari skil dan teknik baru. Ilmu yang baik, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh menjadi asbab keupayaan kita untuk menjadi manusia hebat. Saya cukup terkesan dengan kesungguhan ibu-ibu dalam kelas yang saya sertai ini. Mereka bersungguh-sungguh mengatur kehidupan seharian semata-mata untuk menuntut ilmu.

Insya-Allah, saya akan jadikan ini pembakar semangat untuk saya memperbaiki dan menambah baik potensi diri. Apa yang menarik melalui kelas ini ialah guru akan memantau perjalanan kelas secara atas talian. Melalui medium ini, saya bebas melakukan tugasan saya pada bila-bila masa terluang. Asalkan saya ada sambungan Internet dan gajet di sisi.

Selama ini asyik berblog syok sendiri, lebih baiklah saya berblog dan memberi manfaat kepada pengunjung laman ini. Tanpa teknik yang betul, kita sendiri yang rugi. Maka, bergurulah untuk menjadi lebih baik. Asalkan tidak melanggar syariat Allah, saya dapat pula menyampaikan panduan berguna untuk orang lain.

======================================

Pendaftaran untuk kelas-kelas di Akademi Bekerja di Rumah dibuka setiap hari. Bergabung bersama kami 780 blog di ABDR.
Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya
http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com/
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes - 5hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 bloghttp://sohodirectory.blogspot.com/

Sempena ramadhan, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih buka pendaftaran bisnes dropship berikut:

1. Bisnes Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Telekung solat runcit dan borong
4. Bisnes produk islamik

> Stok ada sepanjang tahun
> Tidak perlu simpan stok
> 5 langkah mudah: Daftar, blog jualan, fanpage, ambil komisyen & urus pesanan





Kalian berminat? Boleh terus daftar bagi yang sudah sedia & serius mahu jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
Facebook: aishah.hussein7
Emel di noraisah.hussein@gmail.com

Wednesday, July 2, 2014

Kesederhanaan menjamu selera Ramadhan

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.
4 Ramadhan hari ini.  Masih kekalkan menu berbuka yang mudah dan ringkas.  Tahun ini masih berazam untuk elakkan bazaar Ramadhan.  Bukan kerana tidak menyokong peniaga-peniaga Melayu tetapi lebih kepada penjimatan wang.  Sudah 3 tahun saya rasa elakkan dari singgah.  Pertamanya kerana en suami yang selalu ambil anak-anak.  Jadi ketika masih bekerja saya akan terus pecut balik rumah untuk solat asar dan masak.  Kalau saya yang terpaksa ambil anak-anak, saya akan beli kuih sahaja, itupun kalai anak-anak teringin sangat.  Balik rumah masih masak nasi dan lauk yang ringkas.

Jadi bila sudah tidak bekerja, saya memang tidak pergi ke Bazaar Ramadhan lagi.  Saya lebih suka mengamalkan prinsip makan apa yang ada, kecuali jika keadaan memaksa seperti tiada air atau tiada stok bahan mentah, terpaksalah meronda di Bazaar.
Alhamdulillah, setakat ini masih lagi mampu bertahan.  Bagi suri yang memang tidak sempat untuk balik masak, memang tiada pilihan bagi mereka untuk tidak singgah ke bazaar.  Tetapi seelok-eloknya beli di gerai yang kita sudah biasa membeli. Penting untuk kita ketahui kebersihannya dan juga membeli yang harganya berpatutan.  Dan yang paling penting beli sekadar yang diperlukan bagi mengelak pembaziran.

Hari ini saya merancang untuk memasak Gulai Ikan Masin Talang bersama nenas dan jika diizinkan Allah sedikit donut sebagai pencuci mulut (kegemaran si adik).

Syukur dengan rezeki yang Allah bagi.  Moga Allah lebih sayang dan kasihkan kita di bulan Ramadhan ini dengan sifat kesederhanaan dalam menjamu selera.

Bagi yang mencari menu atau idea masak untuk berbuka boleh klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...