Sudah menjadi tradisi di rumah arwah mak, bubur lambuk mee memang akan jadi menu untuk Ramadhan. Tetapi angah kat rumah saya ni memang suka dengan bubur lambuk nasi juga, jadi kenalah buat juga bubur lambuk nasi lepas ni.
Bubur Lambuk Mee
Bahan-bahan:
1/2 bungkus pasta Angel Hair 5 ulas Bawang merah - ditumbuk
Halia 1 inci - ditumbuk
Lada Hitam - ditumbuk
1 ikat pucuk paku merah
1 helai daun kunyit
2 tangkai daun kadok
2 ikat daun kesom
2 tangkai daun kemangi
Santan dari biji kelapa
5 ekor Ikan kembong yang kecil - direbus atau bakar dan ambil isinya
Daging yang dihiris kecil-kecil yang telah direbus terlebih dahulu - optional
Sotong - optional
Serbuk kunyit sedikit
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Rebus pasta sehingga 3/4 lembut.
2. Sayur-sayur dibersihkan.
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang merah, halia dan lada hitam.
3. Masak sehingga mendidih dan masukkan isi ikan, daging rebus dan sotong. Masukkan garam dan kacau rata. Harus dikacau selalu bimbang nanti santan pecah minyak.
4. Apabila telah hampir masak, masukkan sayur-sayuran tadi dan sedikit serbuk kunyit.
5. Masukkan mee pasta dan kacau rata. Biarkan sehingga 5 minit kemudian boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment