Thursday, July 4, 2013

Ganjaran akhirat diutamakan

Teks: Aishah Hussein

Semalam, diberi peluang untuk berjumpa rakan-rakan lama di pejabat.  Sudah lama sebenarnya mereka nak belanja makan, almaklum dapat kenaikan gaji tempoh hari.  Tahniah buat rakan-rakan yang mendapat kenaikan pangkat.

Tahun ini tahun pertama tiada bonus tiada kenaikan gaji buat saya.  Sedih memanglah sedih, kerja sudah menghampiri 22 tahun tetapi "tak dapat apa" itu yang rakan saya ungkapkan semalam.  Beliau ceritakan syarikat di mana isterinya bekerja memberikan jam tangan kepada semua pekerja kerana syarikatnya sudah beroperasi selama 20 tahun.  Pengiktirafan buat syarikat tetapi ganjaran dikongsi kepada pekerja.  Bukan jam tangan tulis cap nama syarikat tetapi jam jenama swatch.  Kakitangan bukan 10 orang tetapi beratus kakitangan.  Tetapi "kita yang setia hingga hujung nyawa dengan syarikat, payung sekaki pun tak diberi".  Sambil gelak-gelak kami berborak tentang syarikat lama saya.

Itulah sebenarnya yang banyak terjadi kepada syarikat-syarikat besar yang terlalu berkira untuk memberi ganjaran kepada kakitangan, sehingga kakitangan yang berpuluh tahun bekerja tidak rasa mereka dihargai.  Sedangkan mereka sudah lama dan masih lagi berkhidmat.

Tetapi kerana kita berpegang kepada rezeki di tangan Allah.  Kerja biar ikhlas dan ganjaran yang setimpal akan diberikan, mungkin bukan di dunia.  Harapkan ganjaran yang lebih hebat di sana nanti.

Buat rakan-rakan yang masih berjuang di "situ" doa saya buat kalian, moga keikhlasan kalian bekerja akan membuka hati bos di sana untuk memberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang kalian usahakan.


Sertai kami Alumni Penulis Dari Rumah.
Pendaftaran masih dibuka, 11 kelas berlangsung serentak.
Kami menawarkan kelas berikut
1. Kelas asas blog dan penulisan
-Sesuai bagi kalian yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran. Bina rangkaian sendiri dan follower tegar. Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing, serlahkan bakat ini melalui blog. Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)
Bagi yang masih zero untuk memulakan bisnes online, kami sedia membantu menunjukkan jalan. Jika sudah ada produk, masanya untuk promo. Jika tidak ada kami sediakan. Bermula sekarang, tidak terlambat untuk realisasikan impian 2013, berbaki 6 bulan lagi.
Hubungi saya: noraisah.hussein@gmail.com
atau pm di Aishah Hussein
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...