Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang mengatur seluruh kehidupanku. Setiap dugaanMU adalah pelajaran bagiku.
Seminggu ini, sibuk dan juga kepenatan untuk menghabiskan tempahan cookies. Lantaran malam tidak mahu terlepas dari peluang beribadat, siang hari harus siapkan tempahan pelanggan di samping mneyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Bau cookies menyelubungi seluruh rumah sehingga ke malam. Bahang kepanasan oven juga menambahkan rasa panas dalam rumah.
Sangat-sangat bersyukur kerana pada tahun ini, walaupun sumber kewangan sudah tiada dari pihak saya, tetapi kami masih dapat menyediakan pakaian raya untuk anak-anak. Masih bersederhana seperti tahun-tahun yang lalu.
Tengah hari tadi ke rumah abang mengambil tempahan biskut dari kakak ipar, beliau bertanya "cukup ke belanja kau sekarang? Biasa dah ada gaji banyak tiba-tiba dah tak ada?" Jawab saya mudah sahaja, memang tak cukup tetapi percaturan Allah itu memang adil. DIA seimbangkan mana yang tidak cukup dan alhamdulillah masih lagi bertahan. Apabila kita betul-betul berserah kepadaNYA, nescaya kelak dia kita akan lebih redha di atas percaturanNYA. Berserah bukan menyerah ya. Berserah bererti meletakkan diri kita di tanganNYA dan berusaha ke arah petunjuk yang DIA berikan. Menyerah bererti kita tidak berbuat apa-apa dan menyerah kalah sebelum berusaha.
Doa saya agar pengorbanan saya untuk keluarga diberi balasan dan rahmat oleh Allah. Andai jika ditanya adakah saya menyesal berhenti kerja, sudah tentu sama sekali tidak. Saya sangat gembira kerana memiliki masa saya sendiri tanpa perlu terikat dengan orang lain.
Hujung minggu ini saya akan menghadiri kursus untuk modul 3 program HEARTS. Isnin perlu siapkan tempahan terakhir dari sahabat dari pejabat lama. Agak ketat jadual tetapi janji harus ditepati. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan oleh NYA.
Apa-apa pun amat bersyukur segala nikmat yang Allah berikan buat masa sekarang. Terima kasih Allah.
Pendaftaran bagi 2 kelas online masih diteruskan. Bagi yang ingin menjana pendapatan dan membuat bisnes secara online, boleh daftar di Kelas asas blog dan fanpage.
pm saya https://www.facebook.com/
emel ke noraisah.hussein@gmail.com
Bagi yang tiada produk, kami sediakan produk untuk mulakan bisnes.
Atau yang mempunyai kepakaran atau hobi yang ingin dikongsi kepada ummah, boleh daftar di kelas asas blog dan penulisan. Moga kita sama-sama mendapat manfaatnya di dunia dan di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment