Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Lebaran

Teks: Aishah Hussein
Foto: Carian Google

Alhamdulillah, setiap hari bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk melakukan ibadah.  Malam ini kita sudah akan melihat anak bulan untuk menentukan sama ada kita akan beraya esok atau lusa.  Tahniah bagi yang berjaya mendapat ijazah di akhir Ramadhan ini.  Bagi yang masih rasa kekurangan, kita sama-sama berdoa moga dipanjangkan umur kita agar dapat bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan dan diberi peluang untuk beribadat dengan lebih baik dari tahun ini. In shaa allah.

Bagi yang sudah pulang ke kampong, berhati-hati di jalanraya.  Bersyukurlah kerana kalian masih ada ibubapa yang menanti kepulangan kalian.  Bagi mereka yang seperti saya, hanya beraya di rumah sendiri sahaja.  Setelah solat raya barulah kami akan bergerak ke pantai timur menziarah sanak saudara yang masih ada di kampong.

Hari raya bukan lagi suatu yang ditunggu-tunggu seperti waktu ketika saya masih kecil dulu-dulu.  Jika dulu, setiap hari menghitung, berapa hari lagi nak puasa.  Sekarang, menghitung hari untuk mula semula berpuasa Syawal.

Tahun ini adalah kali pertama saya beraya sebagai suri rumah sepenuh masa yang bekerja dari rumah.  Tiada bezanya cuma saya tidak perlu fikir nak cuti berapa hari, bila nak mula bercuti , bila nak mula bekerja semula.  Tahun ini lagi seronok kerana anak-anak juga bercuti panjang.  Tetapi memandangkan angah ada peperiksaan besar yang menunggu, jadi cuti panjang adalah untuk dia mengulangkaji.

Di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan kepada para pembaca sekalian, walau di mana kalian berada, Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Sepuluh jari saya susun memohon kemaafan sekiranya ada tersilap atau terkasar bahasa yang saya catatkan sepanjang saya menulis di blog ini.

Bagi yang bukan beragama Islam, Selamat bercuti panjang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...